KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, January 15, 2012

Pakatan batal penyenaraian Felda jika tawan Putrajaya

 

ALOR SETAR 14 Jan: Penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) adalah bertentangan dengan semangat asal penubuhan FELDA malah mengkhianati kedudukan peneroka sebagai tuan tanah.

Justeru, Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) apabila mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua Biro KEADILAN Felda dan Orang Asal, Suhaimi Said di Konvensyen Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya penyenaraian itu kerana ia menindas peneroka.

“(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham,”katanya.

Felda Global Venture Holding (FGVH), bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar.

“Masanya telah tiba untuk mengembalikan FELDA dam konsep rancangan tanah Persekutuan kepada semangat asalnya, iaitu menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada peneroka serta membasmi kemiskinan tegar 60 peratus,” kata Suhaimi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan penyenaraian itu dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas.

Namun, cadangannya ditentang PR terutamanya Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan peneroka Felda di seluruh negara.

Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas ,kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiari antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010.

Suhaimi turut menerangkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Janji Palong yang dilancarkan KEADILAN mengandungi 6 elemen penting dalam membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.

Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.

Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.

Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.

Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.

Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment