KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, January 4, 2012

KETUA CABANG MAIN PERANAN SEMASA KUNJUNGAN DS ANWAR PADA 07 JAN INI - DATO' FAUZI

Sempena dengan Program Jelajah DS Anwar, di Pahang bertempat di Balok Putra, Kuantan pada 07 Jan 2012 jam 4.45 petang satu sambutan besar-besaran akan diadakan bermula di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan mulai jam 2.30 petang.

Mahu kehadiran maksima semua ahli Keadilan Pahang
Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman mengarahkan seluruh Ketua Cabang Keadilan di seluruh negeri ini mengkordinasikan pergerakan semaksima mungkin ahli-ahli Keadilan untuk menyambut ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang.  Bagi beliau, kali ini Ketua Cabang akan diuji taat setia mereka kepada parti menjelang PRU akan datang.  Beliau akan melihat sejauh mana pengaruh dan daya usaha setiap Ketua Cabang untuk merealisasikan objektif kehadiran maksima semasa kunjungan Ketua Umum ke negeri ini.

Sejurus DS Anwar tiba, beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Keadilan Negeri bagi mendengar dan menyampaikan taklimat bersama seluruh Ahli MPN.  Tiada seorang pun yang dikecualikan hadir semasa sesi taklimat ini. 

Kemuncaknya, DS Anwar akan memberikan ceramah dan amanat beliau kepada seluruh rakyat Pahang terutamanya berkaitan apakah yang bakal berlaku pada 09 Januari 2012 dan persediaan untuk menghadapi PRU ke 13.  Sudah tentu beliau akan memberikan amanat penting sebelum beliau bakal ditentukan untuk ke penjara atau sebaliknya.  Justeru itu, kepimpinan di semua peringkat dan ahli-ahli Keadilan tidak boleh memandang mudah di atas kunjungan DS Anwar kali ini.

Sekali lagi, Pengerusi Keadilan Pahang mengingatkan semua Ketua-Ketua Cabang akan peranan dan tanggungjawab mereka bagi menjayakan program penting ini. 

No comments:

Post a Comment