KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, November 18, 2011

KEADILAN KUANTAN DAN INDERA MAHKOTA BERSEDIA UNTUK PERTANDINGAN EMPAT PENJURU

Nampaknya beberapa kerusi Dun di dalam Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota begitu menarik minat pihak tertentu terutamanya dari mereka yang bercadang untuk bertanding sebagai calon Bebas.  Hakikatnya Keadilan tiada masalah di kerusi-kerusi berkenaan kerana kita mempunyai beberapa tokoh yang boleh di tempatkan di situ, malahan gerak kerja telah pun bermula di beberapa kawasan di dalam Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Soal siapa calon Keadilan di kawasan berkenaan biarlah menjadi rahsia kerana apa yang penting adalah jentera parti digerakkan.  Tidak timbul soal calon itu orang DS Anwar, YB Azmin, orang Dato' Fauzi atau pun orang YB Azan.  Apa yang pasti calon yang akan diletakkan di situ adalah ahli parti dan pemimpin yang boleh diterima di peringkat akar umbi.   

Mainan sesetengah media baru yang memberi andaian bahawa Keadilan Pahang bermasalah untuk menentukan calon di kawasan-kawasan tertentu adalah sebagai `serkap jarang' yang tidak berpijak di bumi nyata.  Sebenarnya bukan semua ghairah untuk menjadi calon di dalam Keadilan, malahan beberapa tokoh berpengaruh di dalam Keadilan ada yang menyuarakan hasrat untuk tidak dicalonkan di dalam Pilihanraya Umum akan datang tetapi masih terus bekerja kuat untuk parti sekarang ini.  Di antara alasan yang diberikan adalah kerana ingin memberi peluang kepada muka baru pula sebagai calon dan ada yang memberi alasan atas faktor usia.   

Samada mereka berminat untuk menjadi calon atau mohon menarik diri dari menjadi calon, akhirnya keputusan terletak di tangan parti yang mana Biro Politik akan menentukan calon yang layak dan mendapat sokongan akar umbi diletakkan sebagai calon nanti.  

Kita menyedari ada pihak yang sengaja mencetuskan isu perebutan calon di dalam Keadilan di beberapa kerusi terutamanya di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota adalah kerana mereka tahu kekuatan PR di dua kawasan Parlimen tersebut amat utuh sekali.  Terdapat calon Bebas yang mahu melakukan `test market' di situ maka di war-warkan dengan berbagai persepsi terhadap beberapa tokoh yang mereka jangkakan adalah calon yang bakal dipilih oleh parti untuk bertanding nanti.  

Sebenarnya calon Bebas itu lah yang sedang di dalam dilema untuk menentukan kawasan yang ingin ditandinginya.  Calon Bebas ini terpaksa pula memikirkan apakah beliau akan mempunyai peluang baik sekiranya terpaksa berhadapan samada dengan Keadilan mahu pun PAS di samping mungkin tidak boleh untuk mengelak juga dari berhadapan dengan Parti KITA yang juga `berselera' untuk menempatkan calon mereka di kawasan elit itu.  

Sehubungan itu, Keadilan menjangkakan peluang kita lebih baik seandainya pertandingan di dalam 4 penjuru iaitu PR, Bn, KITA dan Bebas.  Berbeza dari di Sarawak, calon Bebas di Pahang lebih-lebih lagi di kawasan bandar tidak akan diterima oleh rakyat kerana rata-rata rakyat di bandar mahukan kepada Wakil Rakyat yang mempunyai arah tuju perjuangan yang berlandaskan dasar-dasar parti.  

Isu Lynas adalah isu rakyat dan yang mampu menghalang projek ini hanyalah dengan mengambil alih kuasa pemerintahan dan aspek ini lah yang tiada kepada calon Bebas.  Rakyat sudah bosan dengan hanya jeritan atau demontrasi menentang projek Lynas ini.  Apa yang rakyat Kuantan khususnya mahukan adalah projek Lynas dikuburkan sahaja di Gebeng.  

Justeru itu, rakyat tiada pilihan melainkan memilih parti yang menyokong Lynas atau memilih parti yang akan membatalkan projek ini sekiranya berkuasa, bukannya menyokong individu yang tiada kuasa untuk menghalang projek tersebut.

No comments:

Post a Comment