KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, November 18, 2011

DUN NEGERI SELANGOR TIDAK AKAN DIBUBARKAN WALAUPUN NAJIB BUBARKAN PARLIMEN

Keputusan MB Selangor bahawa Dun Negeri Selangor tidak akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen sekiranya Najib membubarkan Parlimen sebelum Bulan Jun 2012.  Ini bermakna rakyat Selangor akan mengundi bagi kerusi Parlimen sahaja jika Najib membubarkan Parlimen di dalam tempoh terdekat ini.


MB Selangor berkata, "Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu (Malaysiakini).  Langkah bijak ini diambil adalah bagi menentukan segala yang dijanjikan di dalam Bajet baru-baru ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Selangor.

Keadilan Pahang memandang positif tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor itu kerana bagi kami sememangnya Pilihanraya Umum tidak boleh diadakan di dalam masa yang terdekat ini kerana Jawatankuasa Pemilihan Khas yang dibentuk bagi membersihkan sistem Pilihanraya di negara ini masih belum selesai melaksanakan tugas mereka.  Sudah tentu menjadi sia-sia membentuk jawatankuasa tersebut sekiranya Parlimen dibubarkan di dalam keadaan sistem pilihanraya masih belum dipulihkan.

Sebelum ini sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengeluarkan amaran kepada Najib agar menunggu hasil dari penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Khas tersebut sebelum Parlimen dibubarkan.  Seandainya Najib sanggup menerima risiko kebangkitan rakyat yang lebih hebat dari BERSIH 2.0, malahan kali ini berbentuk menukar terus kerajaan yang sedia ada, Najib boleh sahaja umumkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.  Rakyat tidak lagi mampu menerima pembohongan Najib jika Najib bertindak sedemikian.


No comments:

Post a Comment