KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, November 10, 2011

AMK INDERA MAHKOTA - AKTIVITI EDAR RISALAH DAN IBADAH KORBAN

AMK Indera Mahkota, Kuantan yang terdiri dari anak-anak muda tidak pernah merasa letih atau jemu untuk terus berjuang bagi menentukan kerusi Parlimen Indera Mahkota terlepas ke tangan Umno.  Parlimen Indera Mahkota merupakan `jiran' kepada Parlimen Kuantan yang kedua-dua kerusi di kawasan bandar itu kini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat.


Sehubungan itu, menyedari bahawa mengekalkan kerusi lebih sukar daripada mendapatkan kerusi maka gerak kerja harus dipergiatkan.  AMK Indera Mahkota melakukan berbagai aktiviti dan program khususnya yang berkait rapat dengan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.


Awal bulan Nov baru-baru ini, mereka telah mengadakan program mengedar risalah Pakatan Rakyat sekitar Pasar Malam di Chenderawasih, Kuantan.  Terbaru, sempena Hari Raya Korban, mereka turut bersama masyarakat di dalam melakukan ibadah korban pada Hari Raya Pertama dan Kedua, di samping mengedar daging-daging korban kepada penduduk-penduduk setempat.

Semoga perjuangan mereka diberkati Allah S.W.T. 

No comments:

Post a Comment