KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, July 4, 2011

VIDEO SEKS - PAKAR MEMBISU?

Profesor AS terus membisu tentang video seks

Andrea Vittorio
Jul 3, 11

Dua profesor Amerika yang melakukan analisis pengiktirafan wajah ke atas video seks lelaki mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjauhkan diri daripada pihak media selepas perbicaraan trio Datuk T berakhir dengan mereka mengaku bersalah menayangkan video tersebut bulan lepas.

Profesor sains komputer dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire itu, dilaporkan telah mendapati 99.99 peratus padanan antara lelaki dalam video itu dengan gambar pemimpin umum PKR itu, tetapi profesor tersebut tidak menjawab permintaan berulangkali untuk mengulas mengenai subjek tersebut.

Lorenzo Torresani, seorang penolong profesor sains komputer, telah menulis beberapa kertas kerja mengenai 3-D modeling, klasifikasi objek dan gaya pergerakan.

Penerima anugerah Yayasan Sains Kebangsaan itu sebelum ini bekerja di beberapa makmal penyelidikan industri, termasuk Microsoft Research Cambridge, Like.com dan Digital Persona.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan penyelidikan pembelajaran visual di Dartmouth, Torresani mengkaji cara-cara untuk mewujudkan model sebenar model data visual.

Hany Farid - yang penyelidikannya tertumpu kepada forensik digital, analisis imej, visi komputer dan persepsi manusia - telah mengajar sains komputer selama lebih satu dekad.

Farid juga pernah bertugas sebagai ketua pegawai teknologi dan pengasas bersama syarikat forensik foto Fourandsix Technologies./Malaysiakini

1 comment:

  1. ... Dua profesor Amerika yang melakukan analisis pengiktirafan wajah ke atas video seks lelaki mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah di upah supaya bercakap bohong dan mendakwa pelakun tersebut adalah DSAI.
    ... Persolannya, ... Adkah mereka berdua ini pernah bersemuka dngan DSAI dan mengenali DSAI secara dekat sehingga gambar hitam putih pun dapat mengenalinya...

    ReplyDelete