KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, July 4, 2011

DERHAKAKAH DATO' FAUZI?

Apabila Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman memberi ulasan tentang Perhimpunan BERSIH yang dirancang akan diadakan pada 09 Jul ini, ada beberapa pihak yang tidak selesa dengan kenyataan bekas pemimpin Kerajaan dan Umno Pahang ini. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini.

Dato' Fauzi mengeluarkan kenyataan tersebut apabila dihubungi oleh seorang wartawan akhbar Sinar selepas akhbar tersebut menyiarkan titah Tuanku Sultan Pahang berkaitan isu yang sama. Beliau telah memberikan pandangannya secara spontan sepertimana yang disebutkan di atas. Sejurus kenyataan Pengerusi PKR Pahang ini tersiar di akhbar hari ini, beliau dihubungi oleh beberapa orang tokoh dan juga sahabat lama beliau di dalam Umno yang menyatakan tindakan beliau itu seolah-olah menentang titah Ke Bahawa Duli Tuanku.

Di manakah yang boleh kita anggap kenyataan beliau itu menentang titah Tuanku? Beliau sekadar menyatakan pendapatnya tentang objektif BERSIH. Apakah berbeza pendapat di antara hamba rakyat dengan Sultan atau Pemerintah diangap suatu penentangan? Akhirnya, beliau tidak mahu mengulas isu ini lebih lanjut tetapi beliau sekadar tertarik dengan kata-kata dari dari Ke Bawah Duli Tuanku Azlan Shah suatu ketika dahulu;

“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 .

No comments:

Post a Comment