Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka…. A. Samad Said
Menurut laporan Bernama,    Perdana Menteri Najib bersama timbalannya Muhyiddin Yassin dan jemaah    menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena    sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di Stesen ERL dan di Stesen KL    Sentral.  
Adakah rakyat Malaysia yang berprihatin dengan perkembangan politik negara akan terharu dengan perbuatan mereka?  Adakah wujud "mood" perayaan Hari Kemerdekaan sebelum segala-gala kegilaan politik dihentikan dengan serta-merta?
Pada    pendapat saya, tiga perkara yang penting perlu diselesaikan sebelum    kita dapat merayakan Hari Kemerdekaan 2011 dengan jiwa yang    bersatu-padu.
Perkara yang pertama, kemerdekaan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tidak berdosa di bawah akta EO (Emergency Ordinance)    harus diberikan.  Penahanan E06 adalah sesuatu yang paling tidak  masuk   akal dalam sejarah penahanan politik Malaysia.  Mereka terkorban  dalam   percaturan permainan politik lampau yang disebabkan anggaran  dan   keputusan yang salah dan tidak dapat diterima umum baik di dalam  negara   mahupun di antarabangsa.Bagi    kawan-kawan yang berkenalan dengan EO6, memang difahami bahawa mereka    bukan sahaja tidak membawa sebarang ancaman terhadap negara  sebaliknya   menyumbang kepada kepentingan negara.  Saya pernah  menyertai salah satu   aktiviti mereka beberapa tahun yang lepas.   Aktiviti tersebut adalah   pengumpulan tandatangan untuk meminta gaji  minima bagi perkerja.    Sekarang Parlimen sudah mula mempertimbangkan  tuntutan gaji minima untuk   golongan perkerja.
PSM adalah parti  politik yang memperjuangkan   kepentingan masyarakat terpinggir.  Sejak  penubuhan parti sehingga  masa  kini, ianya berkepercayaan terhadap  sistem pilihan raya.  Mereka  tidak  pernah menggunakan sebarang  kekerasan untuk merampas kuasa.   Sebaliknya,  kali ini mereka  menghulurkan tangan untuk menyokong  pengukuhan sistem  pilihan raya  negara dengan penyertaan dalam aktiviti  BERSIH.  Malangnya,  disebabkan  saiz parti politik tersebut dan  komposisi parti, mereka  menjadi  korban dalam persaingan kuasa antara  Barisan Nasional dan  Pakatan  Rakyat.Terdapat    5,000 orang doktor menyeru supaya EO6 dibebaskan.  Seruan kebanyakan    doktor dalam Malaysia menunjukkan rasional sekelompok barisan pimpinan    polis tidak dapat direstui orang ramai.  Ini kerana bidang kedoktoran    merupakan pencapaian tamadun manusia yang dicirikan dan dbentuk oleh    fahaman rasional dan sainstifik.  Penggunaan kanun EO memang jauh    daripada pemikiran rasional.  Ini telah mengakibatkan orang ramai    melihat polis yang sepatutnya mempertahankan undang-undang negara telah    terjerumus dan condong ke arah yang anti rasional.
Politik    Malaysia sekarang sudah berubah dan sebarang parti politik yang ingin    terus relevan tidak dapat bergantung kepada hanya satu ideologi, sama    ada tuntutan satu kaum atau tuntutan politik satu agama.  Kepelbagaian    kepentingan politik diperlukan supaya dapat memenuhi politik segenap    lapisan masyarakat.  Dengan ini, jelaslah PSM tidak dapat memberikan    ancaman komunis seperti yang didakwa.Penahanan   EO6 dan  pendakwaan 24 pimimpin dan ahli PSM adalah tindakan yang   memburukkan  imej BN sendiri.  BN akan ditegelami oleh angkara jahat   sendiri.  Mereka  perlu dibebaskan tanpa syarat.
Perkara kedua   yang perlu  diselesaikan sebelum Hari Kemerdekaan ialah kembalikan   kebenaran dan  fakta-fakta asas apakah yang telah berlaku di perhimpunan   BERSIH 2.0.   Antara tindakan-tindakan yang seharusnya diambil adalah   meminta maaf  daripada semua yang telah menjadi mangsa di perhimpunan   BERSIH 2.0  akibat keganasan tindakan polis.
Keikhlasan perlu ditunjukkan menerusi langkah-langkah berikut:
- Pampasan negara harus diberikan kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad;
- Mengambil tindakan terhadap anggota-anggota penembak gas pemedih mata ke arah Hospital Tung Shin;
- Mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota-anggota polis yang menggunakan kekerasan dan kekasaran terhadap peserta perhimpunan seperti anggota polis dalam video ini yang menumbuk peserta yang tidak bertindak apa-apa semasa ditahan;
- Semua anggota kabinet perlu meminta maaf kepada semua yang terasa dianiaya dalam permulaan, semasa, dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan,
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji pengukuhan sistem pilihan raya umum.
Perkara  ketiga   yang dapat meringankan kerosakan imej BN ialah Menteri Dalam  Negeri   Hishammuddin yang kurang berwibawa perlu meletak jawatan.   Matthias   Chang bekas penasihat khas politik Mahathir menyifatkan  Hishammuddin   telah mengidap "Sindrom Memperbesar Ego Diri" (Enlarged Ego  Syndrome)   dan memerlukan bantuan terapi psikologi untuk mengubatinya.     Menurutnya, Hishammuddin tidak berkeupayaan dan gagal dalam    mengendalikan tuntutan BERSIH 2.0.Kematangan   Hishammuddin (gambar kanan) dalam  pengendalian BERSIH 2.0 diuji dan   keputusan yang ditunjukkan adalah  ianya gagal.  Kekurangan kematangan   ditunjukkan tanpa melihat diri dan  pertimbangan yang mendalam.  Masa   depan politik Hishammuddin juga penuh  dengan tanda tanya.
Perihal   penahanan yang tidak meyakinkan orang  ramai berlaku, persoalannya   apakah ahli-ahli kabinet lain tidak  menasihat menteri yang berkaitan?    Adakah fungsi kabinet sebagai pasukan  politik yang saling membantu   sudah buntu dan tidak dapat lagi berjalan  lancar?
Perkiraan   politik yang tidak memenuhi kehendak rakyat  telah mengakibatkan   tindakan Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan  Hishammudin   tersalah langkah dan mendatangkan kesan-kesan negatif  terhadap pimpinan   BN.
Hishammuddin telah mengakibatkan populariti  BN jatuh pada   paras yang jauh lebih serius berbanding perhimpunan  BERSIH pada tahun   2007.  Abang saudaranya Najib yang bertungkus lumus  merancang   transformasi Malaysia dengan slogan Satu Malaysia yang mulai  meyakinkan   sesetengah pihak, segala usaha Najib dirosakkan dengan  sekelip mata   seakan-akan landaan tsunami yang memusnahkan Bandar Acheh.   Imej Najib   yang memihak kepada adik saudaranya turut terjejas dalam  masa tidak   cukup satu bulan.
Hishammuddin juga telah menyebabkan  imej   antarabangsa Malaysia jatuh.  Ini telah memalukan Najib yang    berkebetulan sedang berdiplomasi dengan negara-negara asing.  Najib    disambut oleh Permaisuri British dengan baju kuning dan ini menjadi    bahan bualan di Internet.Pada   abad ke-21 yang dilengkapi dengan  teknologi Internet yang dapat   menyiarkan segalanya dengan cepat dan  berkesan ke serata dunia,   tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH  2.0 telah dirakam dan   disebarkan.  Segala tindakan tersebut dianggap  tidak demokratik dalam   kaca mata sedunia.
Bukan sahaja imej BN,  Najib dan Malaysia   dinodai, yang paling ketara ialah imej polis turut  terjejas dengan pada   tahap yang amat kritikal.
Kewibawaan polis  cuba dikembalikan   sejak zaman pemerintahan Abdullah Badawi.  Usaha  pengembalian maruah   polis adalah sumbangan paling penting bagi Abdullah  Badawi kepada   Malaysia.  Dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja dan  peningkatan   peruntukan kepada polis, imej polis yang beransur-ansur  dipulihkan   dengan susah payah ini telah sekali lagi terkakis dengan  teruk.Polis   menjadi sasaran utama pengguna Internet selepas  perhimpunan BERSIH   2.0. Pada pendapat saya, ini adalah tidak adil bagi  pihak polis.    Memang sudah menjadi tradisi bagi pimpinan polis untuk  menunaikan   permintaan parti pemerintah.  Oleh hal yang demikian, polis  dilihat   sebagai alat politik sesetengah pihak, baik yang memanipulasi  jentera   polis ataupun dalam anggapan masyarakat umum.  Autonomi polis  digadai   dalam pengendalian BERSIH 2.0.
Menurut pengamatan saya berdasarkan video-video Youtube wujud babak-babak sedemikian.
Apabila    polis cuba menahan rakyat Malaysia (yang membayar cukai yakni  membayar   gaji polis), sesetengah rakyat akan bertanya terhadap polis  apakah   kesalahan memakai baju kuning.  Persoalan tersebut membuat  sesetengah   polis serba salah.  Ini kerana memang tidak ada  undang-undang yang   menghadkan warna pakaian rakyat.  Disebabkan polis  perlu mengikut arahan   atasan, maka mereka perlu mengambil tindakan  yang melanggar lojik dan   kefahaman rasional umum serta kehendak minima  tamadun manusia.    Malangnya mereka tidak dapat mengingkari perintah  atasan.Tindakan    pimpinan atasan yang menurut karenah politik parti pemerintaha secara    membuta tuli telah menyebabkan kejatuhan maruah dan pengikisan   keyakinan  terhadap jentera polis secara keseluruhan dirasai.  Polis   harus  menjauhi daripada diheret oleh persaingan politik di antara parti    pemerintah dengan parti pembangkang dan juga antara puak-puak dalam    parti pemerintah sendiri.
Penangkapan yang keterlaluan tidak    dapat dirasionalkan apabila berhadapan dengan peserta-peserta    perhimpunan yang aman dengan tidak sebiji pun batu dibaling kepada    penguatkuasa.  Sebaliknya, rakyat hanya berdiam diri menentang pemecutan    air kimia dan penembakan gas pemedih mata.
Sebelum Hari    Kemerdekaan, usaha mengembalikan keyakinan rakyat umum amat perlu.     Usaha-usaha tersebut juga merupakan "kawalan kerosakan" (damage control)    yang telah dilakukan.  Tanpa usaha sedemikian, Hari Kemerdekaan tidak    akan disambut baik oleh rakyat jelata kerana kepada pihak-pihak yang    menyokong BERSIH 2.0, Hari Kemerdekaan telah disambut pada tanggal 9    Julai.  Hari tersebut adalah hari yang benar-benar merdeka bagi rakyat    dengan memperlihatkan penampilan pelbagai kaum di jalan raya  berganding   bahu untuk perjuangan sebuah sistem demokrasi yang lebih  kukuh.
*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview.      Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD)   di   National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.
 
No comments:
Post a Comment