KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 6, 2011

SIMPATI DENGAN IBRAHIM ALI

Masih tidak berputus asa lagi nampaknya Presiden Perkasa, Ibrahim Ali. Apa yang beliau mahukan dari Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti gagal kerana BERSIH telah mendapat `restu' untuk berhimpun di Stadium Merdeka. Mungkin kecewa kerana ada perancangan dari Perkasa akan gagal untuk dilaksanakan.

Diberitakan beliau mahu mengadap Tuanku, malangnya gagal. Kita boleh menjangkakan apa tujuan Ibrahim Ali mahu mengadap Tuanku kerana semua kenal perwatakan Ibrahim Ali, MP Bebas dari Pasir MAS yang menumpang atas tiket PAS itu. Keadilan Daily ada berita lanjut seperti di bawah:

-------------------------------------------------------------------------------------------

Ibrahim Ali tidak dibenarkan mengadap Agong

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, membatalkan jadual mengadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai supaya memohon campurtangan baginda membatalkan himpunan Bersih.

Menurut Malaysiandigest.com, berdasarkan sumber, ia dibatalkan kerana pihak Istana tidak membenarkan Ibrahim Ali mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perkasa dijangka mengadap baginda pada pukul 10 pagi tadi untuk menyerahkan sepucuk surat sebelum 9 Julai- tarikh perhimpunan aman Bersih berlangsung.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16679

No comments:

Post a Comment