KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, July 21, 2013

SAMM PAHANG MENDAMPINGI KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK DI DALAM PROGRAM BERBUKA PUASA PETANG INI

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang mengambil kesempatan sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini untuk melakukan kerja amal.  Petang ini (21 Jul 2013), SAMM Pahang akan bersama keluarga yang kurang bernasib baik yang hidup serba kekurangan di dalam Program Berbuka Puasa bertempat di Padang MPK (berhampiran Masjid Negeri).


Mengikut kata jurucakap SAMM Pahang, Sdr Arm (Amirul) program tersebut dirancang oleh SAMM Pahang sejajar dengan hasrat SAMM Pusat melalui Retreat SAMM Kebangsaan baru-baru ini bahawa Komrad SAMM di setiap negeri mesti terus digerakkan mendampingi masyarakat.  Ini satu perkembangan yang baik kerana sebelum ini kita melihat SAMM seolah-olah satu NGO yang hanya tahu berdemontrasi atau bergerak secara agresif di dalam satu-satu isu.  Hakikatnya SAMM juga mempunyai keprihatinan terhadap permasalahan masyarakat sejagat.

Sehubungan itu, SAMM Pahang menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama SAMM Pahang meraikan keluarga yang tidak bernasib baik ini pada Program Berbuka Puasa petang ini.  SAMM Pahang juga memerlukan dana atau sebarang bentuk sumbangan untuk menggerakkan aktiviti dan program SAMM Pahang selepas ini.

No comments:

Post a Comment