KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 24, 2013

PROGRAM ADUN SEMAMBU DI BULAN RAMADHAN

Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, tangungjawab kepada masyarakat setempat tidak pernah dilupakan oleh Wakil Rakyat dari KEADILAN sepertimana juga seperti sewaktu berkempen di dalam PRU 13 yang lalu.  Keikhlasan menyantuni rakyat tidak mengira sewaktu berkempen mahupun setelah menjadi Wakil Rakyat.

YB Lee Chean Chung menyantuni pengunjung
Sdr Bung Hatta, Penyelaras SAMM Pahang turut membantu
Berucap rengkas kepada orang ramai yang mendapatkan khidmat di Pusat Khidmat bergerak
Inilah yang telah ditunjukkan oleh Adun Semambu, YB Lee Chean Chung.  Pada petang kelmarin dan semalam (22 Jul/23 Julai 2013), beliau bersama rombongannya dari Pusat Khidmat Dun Semambu telah meluangkan masa bertemu rakyat di sekitar Dun Semambu, Indera Mahkota, Kuantan.  Kawasan yang sempat dikunjungi beliau adalah di sekitar Bukit Beirut dan semalam di kawasan Taman Impian.  Program bertemu rakyat, mengedar makanan dan minuman berbuka puasa serta menyediakan Pusat Khidmat Bergerak di kawasan Pasar telah menarik perhatian orang ramai.

Menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai


Meskipun YB Lee Chean Chung seorang Non Muslim, tetapi masyarakat setempat amat mengenalinya sebagai anak muda yang benar-benar berjiwa rakyat tanpa pilih kasih.  Tahniah kepada Adun Semambu serta semua petugas-petugas beliau yang terus berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan sewaktu kempen PRU yang lalu.  

YB Lee Chean Chung bersama di antara para petugas yang membantu beliau

Semoga usaha murni dapat diteruskan demi rakyat. 

No comments:

Post a Comment