KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 10, 2013

PRK DUN KUALA BESUT - KEADILAN PAHANG SEDIA TURUN MEMBANTU

KEADILAN Negeri Pahang menyokong sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh PAS untuk meletakkan calon muka baru untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, seorang anak tempatan Kuala Besut telah diumumkan sebagai calon mewakili PAS di dalam PRK Dun Kuala Besut di dalam program ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. Penamaan Calon ditetapkan pada 12 Julai ini.   



PRK Dun Kuala Besut terpaksa diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.  

KEADILAN Negeri Pahang bersedia untuk dikerah membantu PAS di dalam mengerakkan kempen di Dun Kuala Besut.  Kita yakin di atas kemampuan calon tersebut dan PAS untuk menawan Kerusi tersebut dari Bn seterusnya mencerahkan peluang buat PR mengambil alih Kerajaan Negeri Terengganu.   KEADILAN akan turun membantu kempen seolah-olah kami yang bertanding di situ.

No comments:

Post a Comment