KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, November 23, 2012

USAHA BERTERUSAN UNTUK CEMAR IMEJ YB FUZIAH SALLEH

Terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mendatangkan keraguan di kalangan masyarakat khususnya di Parlimen Kuantan bahawa KEADILAN kini tergugat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan di dalam PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Lebih menariknya, pihak berkenaan menggunakan isu perkauman kononnya Ahli Parlimen Kuantan sekarang, YB Fuziah Salleh mengabaikan masyarakat kaum Melayu.

Berkunjung di Pasar Tani bersama AMK
Berdailog bersama Persatuan Nelayan Kuantan
Bertemu nelayan dan mendengar permasalahan mereka
Usaha ini bukan cerita baru kerana pihak yang sama juga pernah melakukan perkara yang sama iaitu cuba untuk menanamkan keraguan di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen Indera Mahkota.  Dakwaan mereka kononnya berlaku 'perang besar' atau 'permusuhan' di antara penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail dengan Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga dikaitkan dengan YB Fuziah Salleh.  Nampaknya mereka tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak melihat perpecahan berlaku di kedua-dua Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di situ.

Bertemu masyarakat
YB Fuziah mendengar keluhan mereka
Sebelum itu, pihak berkenaan telah memburukkan nama YB Azan Ismail kononnya beliau tidak layak lagi dicalonkan bertanding di Indera Mahkota atas alasan Ahli Parlimen Indera Mahkota ini jarang melawat kawasannya. Sedangkan semua faham bahawa YB Azan Ismail telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu, namun segala aktiviti dan program di Indera Mahkota tetap berjalan dengan rancak samada dilaksanakan oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota berserta AJK-AJKnya termasuk dari AMK sendiri, bahkan dibantu oleh rakan sekutu dari PAS Kawasan.  Tidak timbul masalah Parlimen Indera Mahkota terabai selepas KEADILAN mencapai kemenangan.  

Kuat memperjuangkan Isu Lynas, menjadikan YB Fuziah terkenal di kalangan kaum Cina tetapi bukan bererti beliau meminggirkan kaum Melayu di Kuantan
Melawat dan memberikan sumbangan kepada warga emas
Selepas itu, mereka membawa cerita baru pula yang mana mereka menamakan YB Azan Ismail adalah calon terbaik di Indera Mahkota.  Jelas di sini apakah objektif pihak berkenaan selain dari cuba untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN.  Sepertimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman bahawa KEADILAN komited akan mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan tidak kira siapakah calon yang dinamakan oleh Pusat.

Mesra dan mudah didekati tidak kira kaum
Setelah mereka gagal memainkan propaganda memecahbelahkan pimpinan KEADILAN, kini mereka terpaksa menggunakan isu perkauman sepertimana yang sering dimainkan oleh Umno selama ini.  Mereka mendakwa YB Fuziah Salleh lebih memberi tumpuan kepada kaum Cina dan meminggirkan kaum Melayu.  Mungkin mereka tertinggal maklumat atau sengaja melupakannya bahawa YB Fuziah Salleh kerap mengadakan berbagai program dan lawatan kepada masyarakat Melayu termasuk kaum Nelayan di kawasan Parlimen Kuantan.  Jika mereka ikhlas, mereka boleh mendapatkan maklumat dan fakta tentang beberapa program yang dijalankan oleh Ahli Parlimen ini khusus untuk kaum Melayu di Pusat Khidmat Parlimen Kuantan.

Rakyat di kedua-dua kawasan elit Kuantan ini tidak lagi memandang isu perkauman di dalam fokus mereka untuk menjatuhkan Umno/Bn.  KEADILAN bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat kini telah bersedia untuk berdepan dengan musuh samada Umno mahu pun MCA di kedua-dua kerusi ini.  Sekiranya benar ada yang mahu berada di gelanggang yang sama atas kapasiti Bebas bagi meraikan demokrasi, KEADILAN amat-amat mengalukannya.

2 comments:

  1. Dedahkan terus terang identiti org ini. Org ini bukan nya ada apa-apa, dia terumbang ambing bagai kapal patah kemudi. Merantau merempat tak tentu hala. Dia harapkan umno untuk menyambung hidupnya. Sering mengutuk DSAI tanpa sebab. Beritahu semua org siapa dia.

    ReplyDelete