KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, November 8, 2012

DUA TOKOH HEBAT BERPIDATO DI KUANTAN/PEKAN MULAI 09 NOV/10 NOV INI

Bermula esok (Jumaat - 09 November 2012) sehingga 10 November 2012 (Sabtu), terdapat dua program pendedahan panas yang penuh kontroversi akan diadakan di sekitar Kuantan dan Pekan.  Kedua-dua program ini pastinya akan memanaskan Najib di dalam musim tengkujuh di Pahang waktu ini.


Pada 09 Nov 2012, Jumaat ini bertempat di Lot 65, Lorong Sekilau 1, Kuantan iaitu bersebelahan dengan Sek Keb Bukit Sekilau, bermula jam 09.00 malam akan diadakan Ceramah Umum dengan menampilkan Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli.  Turut bersama pada malam itu nanti adalah Sdr Zakaria Abd Hamid (Ahli MPP) dan juga Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota.  Penceramah dari PAS pula akan menampilkan Sdr Andansura Rabu.

Sudah tentu program malam itu nanti bakal mendedahkan beberapa penyelewengan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Umno/Bn di mana Sdr Rafizi terkenal dengan kebijaksanaannya membocorkan maklumat salahlaku pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang.  Isu NFC, isu projek MRT, skandal wang haram RM40 Juta untuk Umno Sabah, dan banyak lagi isu bakal menghangatkan suasana ceramah nanti.


Pada 10 November 2012 (Sabtu) jam 09.00 malam pula bumi Pekan akan dilanda 'Scorpene'.  Taman Indera Sempurna, Pekan bakal dijadikan tempat untuk rakyat mendapatkan maklumat tentang isu ini dengan lebih mendalam.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard akan bersama wakil peguam dari Suara Anak Malaysia (SUARAM) di dalam program Jelajah Nasional Skandal Scorpene Ke Pahang.  Program di bawah SAMM Kebangsaan bersama SUARAM ini akan dianjurkan oleh SAMM Pahang.  

Turut berceramah pada malam itu nanti adalah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Rosli Abdul Jabar (YDP PAS Kuantan) dan wakil dari Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT).

Orang ramai dijemput hadir di kedua-dua  program hebat tersebut.

No comments:

Post a Comment