KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, November 4, 2012

KEADILAN PAHANG MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE PAHANG HARI INI

Seluruh Ahli Majlis Pimpinan Negeri dan mewakili semua ahli dan penyokong Parti KEADILAN Rakyat Negeri Pahang mengucapkan Selamat Datang Ke Negeri Pahang Darul Makmur kepada Ketua Umum, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rombongannya hari ini, Ahad (04 November 2012).


Kehadiran YB Dato' Seri ke bumi Tok Gajah hari ini bakal menyuntik semangat kami di dalam meneruskan agenda reformasi yang diasaskan oleh YB Dato' Seri.  Sejajar dengan Thema Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang baru-baru ini iaitu "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG", kami yakin mampu untuk merampas Negeri Pahang Darul Makmur dari tangan rejim yang berkuasa sekarang untuk diserahkan kepada rakyat sebagai tuannya.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua dan memberikan kemudahan dan keselamatan sepanjang program Jelajah Merdeka Rakyat Ke Negeri Pahang yang bermula hari ini.  Program Jelajah Merdeka Rakyat Ke Negeri Pahang boleh diikuti melalui Poster/Banner yang dipamirkan di dalam Facebook/Blog kami dan juga di kawasan-kawasan yang akan dikunjungi oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu di Pekan Lanchang, Temerloh, Kuala Krau dan juga di Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar.

Selamat Datang.


No comments:

Post a Comment