KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, April 3, 2012

Gabungan ditubuh desak tukar MB Pahang

Lee Chean Chung
KUANTAN 2 April: Sekumpulan individu di Kuantan menubuhkan Gabungan Tukar Menteri Besar Pahang (Tukar) bertujuan mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersara selepas pilihan raya umum akan datang.

Penyelaras Gabungan Tukar, Lee Chean Chung berkata desakan ini tidak mengira sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Di bawah pentadbiran Adnan, masalah rasuah dan salah guna kuasa berleluasa, dan selama 12 tahun Pahang mengalami belanjawan defisit walaupun negeri ini kaya dengan sumber semulajadi.

“Dalam isu Lynas, beliau tidak mengutamakan rakyat, malah selalu memberi hujah yang mengugut rakyat, seperti mengancam menutup kawasan perindustrian Gebeng sekiranya bantahan diteruskan.

“Beliau juga memberi maklumat salah dan mengelirukan, seperti kenyataan beliau bahawa radiasi nadir bumi lebih selamat berbanding jalan asfalt,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Chean Chung lagi, sebagai seorang MB, sikap Adnan yang kasar dan panas baran juga cukup memalukan, seperti tindakannya menolak wartawan dan memakinya dengan perkataan ‘bodoh’ baru-baru ini.

“Kami akan dedahkan segala salah guna kuasa dan rasuah sepanjang pentadbiran beliau.

“Sebarang pertanyaan dan pendedahan maklumat boleh diemelkan ke gabungantukar@gmail.com atau hubungi 012-9540498/013-9359898,” kata Ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang itu lagi.

Adnan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 1999, menggantikan Tan Sri Khalil Yaakob.

Beliau dikenali ramai dengan sikap kurang sopan dan ala gangster, seperti tindakannya menunjukkan isyarat tangan lucah yang pernah disebarkan di Internet, tidak lama dahulu./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment