KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, April 5, 2012

BERSIH 3.0 - PERHIMPUNAN TURUT DISERTAI PESERTA HIMPUNAN HIJAU DAN WARGA FELDA?

 
KEADILAN Pahang menyokong sepenuhnya BERSIH 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini jam 2.00 petang bertempat di Dataran Merdeka.  Sehubungan itu, perancangan kini sedang diatur untuk menggerakkan semaksima mungkin rakyat di Negeri Pahang untuk hadir berhimpun di Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.

Perancangan juga sedang dibuat untuk memberikan maklumat tepat kepada seluruh rakyat Pahang khususnya mengapa BERSIH 3.0 terpaksa diadakan.  Satu program Ceramah Pra-BERSIH 3.0 dirancang akan diadakan pada 25 April 2012 jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan.  Manakala Pra-Perhimpunan BERSIH 3.0 peringkat Negeri Pahang dijangka akan diadakan pada 26 April 2012 di satu lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

Difahamkan pada Perhimpunan BERSIH 3.0 ini nanti turut melibatkan berpuluh-puluh NGO termasuk NGO yang menentang operasi Lynas.  Pada 28 April ini nanti bakal menyaksikan peserta-peserta BERSIH 3.0 akan berhimpun serentak dengan peserta Himpunan Hijau di Dataran Merdeka dan di seluruh negeri.  Ada pihak yang mencadangkan agar pada tarikh itu juga seluruh warga Felda diminta turun sepertimana mereka berhimpun di dalam Perhimpunan BANTAH baru-baru ini di Putrajaya untuk bersama-sama BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau.

Rakyat menolak sistem pilihanraya yang tidak adil dan kotor.  Rakyat juga menentang projek Lynas di Gebeng, Kuantan manakala warga Felda pula mahu agar hak mereka tidak digadaikan melalui Penyenaraian FGVH ke Bursa Saham.  Semuanya mempunyai kaitan dengan perjuangan rakyat marhaen.  Bersedialah untuk BERSIH 3.0.


No comments:

Post a Comment