KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, April 4, 2012

BEKAS-BEKAS PEMIMPIN UMNO BERPIDATO MALAM INI DI MENTAKAB






Umno kini semakin parah.  Di Pahang khususnya, hayat Umno hanya bergantung di beberapa buah penempatan felda sahaja, itu pun sokongan terhadap parti yang dikatakan oleh Tun Mahathir sebagai parti yang telah `busuk hingga ke usus' itu semakin merosot.

Kini, beberapa tokoh Umno mulai sedar betapa Umno sekarang jauh berbeza dari Umno asal penubuhannya.  Umno (Baru) ciptaan Mahathir ini benar-benar telah rosak dan telah jauh menyimpang dari asal perjuangannya.  Oleh itu tidak hairanlah semenjak kebelakangan ini semakin ramai ahli-ahli umno yang telah meninggalkan parti warisan penjajah itu termasuklah dari tokoh-tokoh ternama.

Malam ini (Rabu - 04 April) jam 09.00 malam bertempat di Simpang Taman Bukit Cermin, di rumah Pak Amran (berhampiran Kem Batu 3, Mentakab), satu program ceramah akan diadakan di bawah anjuran KEADILAN Cabang Temerloh.  Beberapa tokoh dari bekas pemimpin Umno akan tampil berpidato diketuai oleh Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang (bekas Timb. Menteri di bawah Umno).  Lain-lain penceramah seperti yang tertera pada poster di atas, termasuk bekas Ketua Penerangan Umno Pekan dan juga bekas Adun Pulau Manis, Pekan iaitu Dato Mohd Ariff Sabri.

Semua dijemput hadir malam ini.  Mohon hebahkan pada rakan-rakan anda. 

No comments:

Post a Comment