KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 8, 2015

Ucapan Ketua Pembangkang, YB DS Dr Wan Azizah di pertemuan tergempar Ahli-Ahli Parlimen dan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang telah diadakan di tapak kawad kehormat, Parlimen Malaysia hari ini.

UCAPAN PEMBUKAAN

1) Tuduhan-tuduhan terbaru ke atas kredibiliti Perdana Menteri adalah satu isu negara yang besar kerana ia melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap negara.

2) Pendedahan oleh Wall Street Journal itu juga mempersoalkan keabsahan Plihanraya Umum ke-13 yang lalu sekiranya sejumlah wang rakyat digunakan untuk membiayai kempen pilihanraya Barisan Nasional.

3) Oleh kerana persetujuan Perdana Menteri diperlukan sebelum satu sidang Parlimen tergempar dipanggil mengenai sesuatu isu, sudah tentu sesi Parlimen itu tidak akan dipanggil. Ini merendahkan martabat Parlimen di mata rakyat apabila ia tidak berbuat apa-apa pada ketika krisis keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri memuncak.

4) Justeru, sebagai Ketua Pembangkang setelah berbincang dengan pimpinan kanan pembangkang yang lain, saya mengambil inisiatif untuk memanggil satu sidang tidak rasmi ini dalam bentuk caucus untuk memberi peluang kepada ahli parlimen dan wakil-wakil masyarakat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu ini.

5) Saya berharap ini merintis amalan yang sama dimasa hadapan yang mana Ketua Pembangkang akan terus memanggil sesi tergempar tidak rasmi dalam bentuk caucus seperti ini untuk menjemput ahli parlimen dan wakil masyarakat bersuara.

UCAPAN PENGGULUNGAN

1) Tuduhan-tuduhan bersabit dengan 1MDB membawa kesan ekonomi yang langsung kepada negara. Beberapa dasar negara termasuklah pemberian subsidi kepada rakyat telah berubah antaranya disebabkan oleh beban kewangan 1MDB yang ditanggung kerajaan.

2) Tuduhan oleh WSJ terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bila mana seorang Perdana Menteri dituduh sedemikian rupa oleh sebuah penerbitan besar dunia.

3) Saya percaya perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan setelah mendengar pendapat ahli-ahli Parlimen dan wakil masyarakat yang bersuara:

i - Satu sidang parlimen khas dipanggil dengan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara dipanggil untuk memberi keterangan di Parlimen mengenai perkembangan siasatan isu berhubung 1MDB

ii - Perdana Menteri wajar bercuti sementara siasatan dijalankan

iii - Semua kumpulan yang prihatin dengan perkara ini perlu menyusun gerakan rakyat untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak


Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

7 Julai 2015

No comments:

Post a Comment