KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, July 13, 2015

Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuantan - Hentikan Pengeksportan Bauksit

Saya merujuk kepada Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 12 July 2015 yang menyatakan bahawa Lesen Melombong Bijih yang di miliki oleh pelombong bauksit akan ditamatkan berkuatkuasa 31 hb July 2015. 
 
Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Di Raja Adnan Yaakob di dalam mengeluarkan arahan tersebut bertindak seolah-olah beliau tidak memahami masalah sebenar di dalam isu bauksit ini. Senyap sunyi MB sebelum ini di dalam isu ini juga memperkukuhkan lagi ketidak percayaan rakyat terhadap kemampuan beliau menyelesaikan segala permasalahan berkaitan bauksit di sekitar kawasan Kuantan. 
 
Tentu sekali MB sedar bahawa aktiviti menjual tanah mengandungi bauksit tidak memerlukan lesen perlombongan. Juga pengangkutan tanah mengangkut bauksit ke pelabuhan hanya memerlukan lesen mengangkut tanah merah (laterite). Aktiviti mengangkut tanah mengandungi bauksit ke pelabuhan akan berterusan walaupun Lesen Perlombongan di hentikan. Ini adalah kerana masih ada 'demand' dari negara luar untuk kita mengeksport bauksit. Masih juga ada pembeli yg sanggup membeli tanah dari tuan punya tanah mengandungi bauksit dengan harga yang mahal. Ini semua tidak memerlukan lesen perlombongan. 
 
Masih ada lori yang punyai lesen untuk mengangkut tanah merah tersebut ke pelabuhan, untuk di eksport, kerana lori hanya perlu guna lesen mengangkut tanah merah. Maka dengan itu, saya gesa Kerajaan Negeri Pahang sekiranya mereka benar-benar prihatin untuk menyelesaikan masalah bauksit ini supaya menghentikan sementara pengeksportan bauksit sehingga satu penyelesaian optimum di capai. Menghentikan pengeksportan bauksit, bermaksud tiada 'demand' atau permintaan dan secara automatik akan menghentikan 'supply chain'. 
 
Bagi satu Kerajaan Negri yang prihatin, itu lah jalan penyelesaian yang wajib diambil ketika ini. Hentikan buat sementara pengeksportan bauksit dan kemudian runding dengan semua pemegang taruh melibatkan orang ramai warga Kuantan. Aktiviti hanya boleh diteruskan apabila ada jalan persetujuan dicapai bersama dengan semua pemegang taruh dan semua yang terbabit bersetuju serta berjanji untuk mematuhi perjanjian bersama. Sekiranya tiada penyelesaian secara optimum dapat dicapai, maka wajar dihentikan terus lesen pengeksportan bauksit. 
 
Saya tidak menentang pembangunan ekonomi akan tetapi segala aktiviti ekonomi tidak wajar merosakkan aktiviti ekonomi yg lain dan paling penting tidak wajar menggugat alam sekitar serta seluruh eko-sistem melibatkan manusia , binatang dan tumbuh tumbuhan yang hidup di dalamnya. 
 
Hjh Fuziah Salleh 
Ahli Parlimen Kuantan

No comments:

Post a Comment