KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 29, 2015

KETUA AMK DAN USTAZ WAN JI DI INDERA MAHKOTA MALAM ESOK (KHAMIS)


AMK Negeri Pahang, dengan kerjasama AMK Indera Mahkota akan menganjurkan "Forum Perspektif Muda: 1MDB, Tabung Haji, MARA dan Hala Tuju Negara" yang akan diadakan pada Khamis (30 Julai 2015) bermula jam 08.30 malam bertempat di Pusat Komuniti Dun Semambu, Jalan Hj Ahmad (depan Petronas), Bukit Sekilau, Kuantan.

Ahli-ahli Panel yang dijemput adalah seperti berikut:

1.  YB Nik Nazmi (Ketua AMK Pusat)
2.  YB Lee Chean Chung (Adun Semambu/Exco AMK Pusat)
3.  Ustaz Wan Ji (Pengasas Sekoleh Pemikiran Asy-Syatibi)
4.  Sdr Shukri Razab (SU Pengelola AMK Pusat)

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan berita-berita terkini dari berbagai isu semasa di negara ini.  Untuk makluman, tempat adalah terhad.


Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI KEADILAN PAHANG


Majlis Pimpinan Negeri Pahang serta seluruh ahli KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakyat yang berugama Islam dengan doa tulus ikhlas agar kita semua sentiasa berada di dalam peliharaan yang Maha Esa.

Kami dari KEADILAN Negeri Pahang memohon ribuan kemaafan kepada semua sekiranya terdapat salah dan silap dari semua tindakan kami sepanjang bersama perjuangan ini.  Semoga Hari Raya Aidil Fitri ini akan dapat merapatkan lagi semangat kerjasama dan mempereratkan lagi Silaturrahim sesama kita.

Monday, July 13, 2015

Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuantan - Hentikan Pengeksportan Bauksit

Saya merujuk kepada Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 12 July 2015 yang menyatakan bahawa Lesen Melombong Bijih yang di miliki oleh pelombong bauksit akan ditamatkan berkuatkuasa 31 hb July 2015. 
 
Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Di Raja Adnan Yaakob di dalam mengeluarkan arahan tersebut bertindak seolah-olah beliau tidak memahami masalah sebenar di dalam isu bauksit ini. Senyap sunyi MB sebelum ini di dalam isu ini juga memperkukuhkan lagi ketidak percayaan rakyat terhadap kemampuan beliau menyelesaikan segala permasalahan berkaitan bauksit di sekitar kawasan Kuantan. 
 
Tentu sekali MB sedar bahawa aktiviti menjual tanah mengandungi bauksit tidak memerlukan lesen perlombongan. Juga pengangkutan tanah mengangkut bauksit ke pelabuhan hanya memerlukan lesen mengangkut tanah merah (laterite). Aktiviti mengangkut tanah mengandungi bauksit ke pelabuhan akan berterusan walaupun Lesen Perlombongan di hentikan. Ini adalah kerana masih ada 'demand' dari negara luar untuk kita mengeksport bauksit. Masih juga ada pembeli yg sanggup membeli tanah dari tuan punya tanah mengandungi bauksit dengan harga yang mahal. Ini semua tidak memerlukan lesen perlombongan. 
 
Masih ada lori yang punyai lesen untuk mengangkut tanah merah tersebut ke pelabuhan, untuk di eksport, kerana lori hanya perlu guna lesen mengangkut tanah merah. Maka dengan itu, saya gesa Kerajaan Negeri Pahang sekiranya mereka benar-benar prihatin untuk menyelesaikan masalah bauksit ini supaya menghentikan sementara pengeksportan bauksit sehingga satu penyelesaian optimum di capai. Menghentikan pengeksportan bauksit, bermaksud tiada 'demand' atau permintaan dan secara automatik akan menghentikan 'supply chain'. 
 
Bagi satu Kerajaan Negri yang prihatin, itu lah jalan penyelesaian yang wajib diambil ketika ini. Hentikan buat sementara pengeksportan bauksit dan kemudian runding dengan semua pemegang taruh melibatkan orang ramai warga Kuantan. Aktiviti hanya boleh diteruskan apabila ada jalan persetujuan dicapai bersama dengan semua pemegang taruh dan semua yang terbabit bersetuju serta berjanji untuk mematuhi perjanjian bersama. Sekiranya tiada penyelesaian secara optimum dapat dicapai, maka wajar dihentikan terus lesen pengeksportan bauksit. 
 
Saya tidak menentang pembangunan ekonomi akan tetapi segala aktiviti ekonomi tidak wajar merosakkan aktiviti ekonomi yg lain dan paling penting tidak wajar menggugat alam sekitar serta seluruh eko-sistem melibatkan manusia , binatang dan tumbuh tumbuhan yang hidup di dalamnya. 
 
Hjh Fuziah Salleh 
Ahli Parlimen Kuantan

Wednesday, July 8, 2015

Ucapan Ketua Pembangkang, YB DS Dr Wan Azizah di pertemuan tergempar Ahli-Ahli Parlimen dan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang telah diadakan di tapak kawad kehormat, Parlimen Malaysia hari ini.

UCAPAN PEMBUKAAN

1) Tuduhan-tuduhan terbaru ke atas kredibiliti Perdana Menteri adalah satu isu negara yang besar kerana ia melibatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap negara.

2) Pendedahan oleh Wall Street Journal itu juga mempersoalkan keabsahan Plihanraya Umum ke-13 yang lalu sekiranya sejumlah wang rakyat digunakan untuk membiayai kempen pilihanraya Barisan Nasional.

3) Oleh kerana persetujuan Perdana Menteri diperlukan sebelum satu sidang Parlimen tergempar dipanggil mengenai sesuatu isu, sudah tentu sesi Parlimen itu tidak akan dipanggil. Ini merendahkan martabat Parlimen di mata rakyat apabila ia tidak berbuat apa-apa pada ketika krisis keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri memuncak.

4) Justeru, sebagai Ketua Pembangkang setelah berbincang dengan pimpinan kanan pembangkang yang lain, saya mengambil inisiatif untuk memanggil satu sidang tidak rasmi ini dalam bentuk caucus untuk memberi peluang kepada ahli parlimen dan wakil-wakil masyarakat menyuarakan pandangan mereka mengenai isu ini.

5) Saya berharap ini merintis amalan yang sama dimasa hadapan yang mana Ketua Pembangkang akan terus memanggil sesi tergempar tidak rasmi dalam bentuk caucus seperti ini untuk menjemput ahli parlimen dan wakil masyarakat bersuara.

UCAPAN PENGGULUNGAN

1) Tuduhan-tuduhan bersabit dengan 1MDB membawa kesan ekonomi yang langsung kepada negara. Beberapa dasar negara termasuklah pemberian subsidi kepada rakyat telah berubah antaranya disebabkan oleh beban kewangan 1MDB yang ditanggung kerajaan.

2) Tuduhan oleh WSJ terhadap Perdana Menteri perlu dipandang serius kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia bila mana seorang Perdana Menteri dituduh sedemikian rupa oleh sebuah penerbitan besar dunia.

3) Saya percaya perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan setelah mendengar pendapat ahli-ahli Parlimen dan wakil masyarakat yang bersuara:

i - Satu sidang parlimen khas dipanggil dengan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara dipanggil untuk memberi keterangan di Parlimen mengenai perkembangan siasatan isu berhubung 1MDB

ii - Perdana Menteri wajar bercuti sementara siasatan dijalankan

iii - Semua kumpulan yang prihatin dengan perkara ini perlu menyusun gerakan rakyat untuk menolak sebarang bentuk penyelewengan dan sebarang usaha yang melindungi mana-mana pihak


Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

7 Julai 2015

Friday, July 3, 2015

PENYATUAN DAN PERPADUAN KEADILAN PAHANG ATAS FAKTOR PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM

KEADILAN Pahang amat bertuah kerana dapat mengekalkan kestabilan dan perpaduan di kalangan semua peringkat pimpinan.  Jangkaan ramai pihak yang menyatakan sejurus selepas pemilihan di dalam pucuk pimpinan parti yang menyaksikan KEADILAN Pahang bersama meraikan amalan demokrasi dan kebebasan membuat pemilihan, tentu sedikit sebanyak berlakunya perpecahan di kalangan pimpinan di negeri ini.

Ternyata jangkaan itu meleset samasekali.  Alhamdulillah, semua pimpinan di peringkat negeri dan Cabang amat profesional dan memahami erti demokrasi yang diamalkan di dalam parti.  Pemilihan yang lalu menyaksikan tiada calon yang dapat memonopoli sokongan penuh dari negeri ini, kesemua calon di peringkat Pusat mendapat perhatian dari para pengundi dan ahli-ahli KEADILAN di negeri ini.  

Sejurus selepas pemilihan dan keputusan dimuktamadkan, KEADILAN Pahang akur dengan kehendak ahli-ahli yang membuat pilihan.  Keputusan ramai perlu dihormati kerana pertandingan ini umpama pertandingan adik beradik yang mahu menyumbangkan jasa bakti di dalam parti ini.  KEADILAN Pahang bersatu hati dan bertambah jitu selepas pemilihan.

Apakah di antara faktor penyumbang kepada perpaduan seerat ini?  Faktor terbesar adalah kerana kami meletakkan insiprasi parti yang dibawa oleh tokoh yang kami sanjungi, Dato' Seri Anwar Ibrahim berada di atas segalanya dari kepentingan peribadi.  Kami tidak sanggup mengecewakan tokoh reformasi ini yang telah begitu lama berjuang dan berkorban segala-galanya untuk parti tercinta ini.  Itu lah faktor penyatuan kami di samping ketegasan dan toleransi yang ditunjukkan oleh Pengerusi KEADILAN Negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman.  

Sehubungan itu, MPN telah mengarahkan sebarang program yang diatur dan dijalankan hendaklah meletakkan Ketua Umum sebagai inspirasi dan penyuntik semangat bersama.  Setiap poster atau banner dalam apa jua program diwajibkan meletakkan gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau kini terpenjara.  Kami memahami niat rejim memenjarakan beliau adalah untuk melupakan rakyat dari mengingati kezaliman yang dilakukan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.  

KEADILAN Pahang akan terus bersama kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, serta akan bersama-sama kepimpinan pusat yang lain bagi menentukan kesinambungan perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Beliau adalah sumber penyatuan dan perpaduan.

Wednesday, July 1, 2015

KESIHATAN ANWAR MEROSOT, PINDAHKAN ANWAR SEGERA

KUALA LUMPUR 30 JUN: Tahap kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin merosot dan amat membimbangkan.

Pasukan peguam antarabangsa yang mewakili bekas Ketua Pembangkang itu mendakwa akses kepada rawatan yang amat diperlukan anak guamnya itu dinafikan.

Mereka menyarankan Anwar dipindahkan segera ke tahanan kediaman bagi mendapat rawatan perubatan yang seharusnya.

Sivarasa

“Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, keadaaan ini diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan ketika beliau ditahan dengan salah.

“Amatlah penting beliau dipindahkan segera ke tahanan kediaman, di mana beliau boleh dibenarkan menemui doktor-doktor beliau sendiri untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dalam kenyataan.

Mei lalu, Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendedahkan kesihatan Anwar yang dijadikan mangsa tahanan politik sejak 10 Februari lalu didapati makin merosot.

Berat badan Anwar menurun dengan mendadak, tekanan darahnya tidak menentu termasuk terdapat kesan darah dalam sampel najis beliau.

Johari juga berkata, Anwar berulang kali membuat permintaan untuk mendapatkan rawatan perubatan namun kerajaan bertindak sangat lambat.

“Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.

“Pada 2 Jun 2015, tahap kesihatan beliau telah dinilai di Hospital Kuala Lumpur, doktor secara lisan melaporkan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut.

“Ia berkaitan beberapa isu kesihatan dialami Anwar melibatkan tekanan darah yang tidak menentu, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten selain merawat ketumbuhan 4cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi secara intensif,” jelas Sivarasa lagi.

Amnesty International pada 17 Februari lalu membuat ketetapan bahawa Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun sejak 10 Febuari lalu merupakan seorang tahanan politik.

Mereka turut menyifatkan keputusan mahkamah tersebut adalah “penghakiman yang amat buruk, dan hanya merupakan satu lembaran terbaru dalam usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mendiamkan pengkritik kerajaan.

“Datuk Seri Anwar sebenarnya telah dipenjara kerana beliau merupakan ancaman demokratik dan ancaman tanpa kekerasan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini kali kedua Datuk Seri Anwar dihukum sebegini oleh rejim yang sama, penahanan itu berlaku di dalam konteks tangkapan, pendakwaan, malah penahanan begitu ramai pimpinan Pembangkang, wartawan dan aktivis di bawah Akta Hasutan dan undang-undang kuku besi,” tegas Sivarasa dalam kenyataan itu lagi yang turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan Pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia.