Pada pagi Rabu (03 Mei 2015), Tim Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota (PAPIM) telah mengatur satu program ziarah ke atas bekas bintang bolasepak negara dan Pahang, A. Ambalagan (Nama Islamnya, Asyraf) di rumahnya di Bukit Setongkol, Indera Mahkota, Kuantan.
A. Ambalagan @ Asyraf, 47, adalah satu nama yang tidak asing lagi di arena bolasepak tanahair sewaktu era tahun 90-an. Beliau yang bermain di posisi penyerang sering menakutkan barisan pertahanan pihak lawan kerana kepantasan lariannya yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Beliau kini menghadapi penyakit "stroke" dan masih mendapat rawatan ulangan dari semasa ke semasa.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Tim PAPIM, juga disertai oleh wakil dari Adun Semambu dan Penyelaras Parlimen bagi Dun Beserah, Sdr Hatta juga turut hadir. Adun Beserah, YB Andansura tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Muktamar PAS yang sedang berlangsung. Adun Semambu, YB Lee Chean Chung pula tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program bersama warga felda di Chini dan menghantar wakilnya Sdr Alex.
Sedikit sumbangan telah diberikan oleh YB Dato' Fauzi bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga bekas bintang bolasepak ini. Beliau kini tinggal bersama isterinya dan masih menanggung dua anaknya, seorang perempuan (menanti peluang kemasukan ke Universiti) dan seorang lelaki yang masih belajar.
Sebarang bantuan atau sumbangan, boleh dihulurkan melalui Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota di Jalan Bukit Sekilau atau hubungi talian 019-9115618 (Sdr Faizal - Pengarah PAPIM) atau 013-9410309 (Sdr Wan - Penyelaras Parlimen bagi Dun Semambu) atau 010-6170170 (Sdr Mie - Pegawai Operasi/Tadbir PAPIM).
No comments:
Post a Comment