KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, June 13, 2015

KEADILAN PEKA DENGAN KRISIS PAS - DAP

KUALA LUMPUR 10 JUN: KEADILAN akan terus berusaha untuk berunding dengan kepimpinan PAS dan DAP agar semua pihak bersikap terbuka untuk berdialog dan komited mencapai muafakat berhubung krisis antara dua parti itu.

Naib Presiden, Tian Chua berkata, ketiga-tiga parti perlu bekerjasama untuk memperjuangkan kepentingan rakyat kerana tiada parti mampu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) bersendirian.

“Kini kredibiliti Datuk Seri Najib Razak amat disangsi dan BN berada dalam krisis paling teruk, Pakatan Rakyat tidak boleh mengecewakan rakyat yang mengharapkan perubahan.

 
 
“Maka dengan itu, KEADILAN akan berpegang kepada prinsip tanggungjawab secara kolektif dan berusaha mencari penyelesaian kepada perbezaan pandangan antara rakan sekutu kita,” kata Tian di twitter.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, pemimpin harus ketepikan ego dan emosi untuk tangani perbezaan pendapat secara rasional kerana segala masalah pasti ada penyelesaian.

Tegas Tian, sesiapa yang bercadang menceraikan Pakatan adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan semua pihak harus menghentikan adu domba demi kepentingan umum.

“Kita mesti sedar mandat Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang datang dari rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada Pakatan keseluruhan bukan secara berasingan,” katanya.

Minggu lalu, Dewan Ulama PAS dalam muktamarnya membawa usul menyarankan parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP.

Usul itu diluluskan tanpa bahas oleh PAS Pusat pada muktamar utamanya walaupun terdapat perwakilan yang membantah perkara itu.

Pertelagahan antara PAS dan DAP itu dikesali Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dan berpesan mahu PAS mengkaji semula keputusan itu.

Anwar juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menurut peguamnya, N Surendran semalam./KD

No comments:

Post a Comment