KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, May 5, 2013

SEKITAR "GRAND FINALE" DI INDERA MAHKOTA, KUANTAN MALAM TADI, KEBANGKITAN RAKYAT TIDAK DAPAT DIHALANG LAGI

Malam tadi (04 Mei 2013) mulai jam 09.00 malam, sekitar deretan kedai di Jalan Air Putih, Semambu dipenuhi ribuan orang ramai yang ingin mendengar amanat dari calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding di dalam PRU 13 bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu dan Dun Beserah.

Kehadiran di luar jangkaan dari berbagai lapisan umur dan kaum menjadikan Program "Grand Finale" malam tadi amat meriah.  Ucapan oleh calon PAS yang akan bertanding di Dun Beserah, Sdr Andansura Rabu panjang lebar menceritakan bagaimana kaum Cina tidak lagi takut menyokong PAS dan mereka tidak terpedaya dengan propaganda jahat Umno/Bn yang sering bermain di media-media kawalan mereka.  PAS, katanya sentiasa istiqomah di dalam perjuangan menentang kewujudan Kilang Lynas di Gebeng dan perjuangan PAS ini adalah sejajar dengan perjuangan majoriti kaum Cina di sekitar Bandar Kuantan dan Indera Mahkota.  

Dato' Fauzi sedang berucap

Ketiga-tiga calon di atas pentas, dari Kiri, Sdr Chean Chung (Dun Semambu), Dato' Fauzi (Parlimen Indera Mahkota) dan Sdr Andansura (Dun Beserah dari PAS).

Sebelum itu, calon KEADILAN bagi Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung juga turut menyatakan komitmen Pakatan Rakyat untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil bagi seluruh kaum di negara ini.  Pakatan Rakyat menurut beliau sentiasa peka kepada permasalahan rakyat dan rekod yang ditunjukkan oleh beberapa negeri yang telah diperintah oleh Pakatan Rakyat sudah cukup untuk rakyat sekitar Indera Mahkota khususnya melakukan pilihan yang bijak di dalam PRU kali ini.


Di antara ribuan yang hadir

Kemuncak "Grand Finale" malam tadi adalah ucapan yang penuh semangat dan sering mendapat tepukan gemuruh dari ribuan yang hadir adalah ucapan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga calon bagi Parlimen Indera Mahkota.  Kebolehan beliau berbahasa Mandarin membuatkan kaum Cina yang hadir memberikan tepukan berulangkali apatah lagi ucapan beliau yang penuh bersemangat.  Beliau banyak menerangkan tentang dasar Pakatan Rakyat yang ternyata jauh berbeza dari Bn untuk membela nasib rakyat.  Kegagalan pimpinan Umno/Bn menguruskan negara sehingga terpaksa menanggung hutang melebihi 500 Bilion amat mendukacitakan, ujar beliau.  

Sdr Andansura (Calon Dun Beserah) sedang berucap
Manifesto Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga minyak yang sekali gus akan menjadikan harga barangan keperluan rakyat bertambah murah ternyata lebih bermakna dari pemberian wang tunai seperti BR1M.  Pendidikan percuma juga akan boleh dinikmati oleh semua rakyat kerana Pakatan Rakyat mahu melihat jenerasi di masa akan datang lebih berilmu dan mendapat pendidikan yang tinggi. Cubaan Umno/Bn untuk melaga-lagakan PAS, KEADILAN dan DAP ternyata tidak berhasil kerana pimpinan Pakatan Rakyat lebih bijak dan berhemah menangani berbagai isu yang mereka timbulkan.

Rakyat tiada pilihan lain lagi kerana Umno/Bn telah terlalu lama berkuasa dan ternyata mereka gagal mengatasi banyak perkara yang melibatlan kepentingan rakyat.  Kali ini rakyat telah bersedia untuk berubah.  INI KALI LAH !! 

No comments:

Post a Comment