KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, May 28, 2013

BICARA KES HIMPPUNAN RAKYAT 27 JUN - HADIR BERAMAI-RAMAI BERIKAN SOKONGAN

Pada pagi semalam (27 Mei 2013), Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang Sdr Kamarzaman bin Mohammed Yunus telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan di atas pertuduhan di bawah Sesyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan yang menyalahi peraturan di bawah akta tersebut.

Ini adalah berlanjutan daripada Perhimpunan Rakyat Pahang "BLACK 505 - Suara Rakyat Suara Keramat" Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada 14 Mei 2013 baru-baru ini.  Pada peringkat awalnya, perhimpunan tersebut telah dirancang diadakan di Padang Awam, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.  Namun, disaat-saat akhir setelah diadakan perbincangan dengan pihak berkuasa, pihak Penganjur bersetuju dengan nasihat pihak Polis dan Penguasa Tempatan yang agar program di kawasan tersebut dipindahkan atas faktor-faktor keselamatan khususnya.

Sdr Kamarzaman - Setiausaha KEADILAN Pahang
Oleh kerana program tersebut telah diwar-warkan secara meluas melalui berbagai cara termasuk menggunakan media sosial dan akhbar Sinar, pihak Penganjur terpaksa memikirkan kawasan baru yang boleh digunakan bagi meneruskan program berkenaan.  Akhirnya, bagi memudahkan urusan pihak Keselamatan, maka pihak Penganjur telah memilih untuk mengadakan program berkenaan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat Pusat Gerakan Utama, Parlimen Indera Mahkota, Jalan Beserah, Kuantan.

Kehadiran orang ramai pada malam tersebut di luar jangkaan walaupun hebahan pertukaran lokasi program dilakukan disaat-saat akhir.  Tidak kurang dari 40 Ribu orang telah memenuhi sekitar dataran berkenaan bagi mendengar ucapan dari pimpinan.  Pihak penganjur juga berjaya mengawal keselamatan orang ramai pada malam tersebut tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Walaupun pihak Penganjur telah bertolak ansur dengan pihak keselamatan dengan mengubah lokasi disaat-saat akhir, dan berjaya membuktikan bahawa perhimpunan tersebut yang diadakan di Markas Parti sendiri telah berjalan dengan baik, namun seperti yang terjadi semalam amat mendukacitakan.  Pihak Penganjur telah dipertuduhkan juga di mahkamah kononnya melanggar Akta Perhimpunan Aman.  Sewaktu pertuduhan dibacakan, Sdr Kamarzaman mengaku TIDAK BERSALAH dan beliau telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin.  Kes beliau akan disebut semula pada 27 Jun 2013 ini mulai jam 08.00 pagi di Mahkamah Seksyen Kuantan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput beramai-ramai untuk hadir memberikan sokongan moral kepada beliau yang mewakili kita semua sebagai pejuang keadilan dan penentang penipuan Pilihanraya sewaktu kes beliau disebut semula pada tarikh yang dinyatakan.  Mohon hebahkan perkara ini agar kita boleh menghimpunkan seramai mungkin rakyat yang cintakan keadilan untuk berada di perkarangan mahkamah pada tarikh dan waktu yang dinyatakan.


No comments:

Post a Comment