KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, September 25, 2012

YB Fuziah Salleh - Pembatalan Perjanjian Konsesi Air Pahang ke Selangor- Siapa yg Untung, siapa yg Rugi?

Kenyataan Media

Fuziah Salleh

Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Kuantan

25hb Sept 2012

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengugut pada 23hb Sept di Bentong bahawa beliau akan membatalkan Perjanjian Konsesi Penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor sekiranya negri Selangor terus berdegil untuk tidak meneruskan projek Langat 2.

YB Fuziah Salleh - MP Kuantan
Di dalam Projek Langat 2 sejumlah RM60 juta setahun perlu di bayar oleh Selangor kepada Pahang untuk air mentah. Negri Pahang akan menerima 10 sen untuk setiap satu metre padu air mentah yang di bekalkan oleh Pahang kepada negri Selangor.

Kini, dengan membatalkan perjanjian membekalkan air mentah tersebut, MB Pahang telah membuat rakyat Pahang kerugian pendapatan berjumlah RM60 juta setahun. Malah mungkin juga negri Pahang perlu membayar penalti diatas pembatalan perjanjian tersebut. Didalam keadaan negri Pahang berhutang lebih RM2 billion kepada Kerajaan Pusat, keputusan ini akan menambah beban kewangan negri Pahang.  Sebaliknya sekira pihak negri Selangor yang membatalkan perjanjian maka Pahang mungkin boleh menuntut ganti rugi.

Menteri Besar Pahang juga tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah. Yang sebenarnya Selangor mempunyai cukup air mentah. Yang kurang diSelangor ialah air terawat, dan bukannya air mentah. Ini disebabkan oleh syarikat konsesi air SYABAS yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik. Juga merupakan asas kenapa Kerajaan negri Selangor bertegas mengambil alih pengurusan air di Selangor.

Maka dengan itu, negri Selangor langsung tidak akan merasai kerugian apa2 dengan Pahang membatalkan perjanjian membekalkan air. Sebaliknya Selangor lebih beruntung kerana tidak terbeban dengan terpaksa membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan.

Projek Langat 2 yang bernilai RM8.6 billion itu menimbulkan banyak kontroversi kerana Kerajaan Negri Selangor menolak projek tersebut dengan tegas bersandarkan alasan bahawa bekalan air mentah diSelangor adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor.

Projek Langat2 tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi projek kepada syarikat kroni. Kerajaan negri Selangor juga mengandaikan bahawa harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap nanti, justeru itu merugikan rakyat negri Selangor. Jalan penyelesaian masalah air di Selangor ialah dengan pengstrukturan semula industri air di Selangor dan memastikan tiada air terawat yang dibazirkan.

Akan tetapi apabila Menteri Besar Pahang mengugut untuk tidak membekalkan air ke Selangor, didalam keadaan Selangor berdegil tidak mahu Langat 2, ianya menunjukkan ketidakwajaran dan silap perhitungan didalam keputusan MB Pahang. Rugilah rakyat Pahang sekiranya pemimpin Pahang terus menerus membuat keputusan yang tidak menyebelahi kepada rakyat seperti ini.



------------------
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

No comments:

Post a Comment