KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, September 4, 2012

KENYATAAN UMUM - TUDUHAN TERHADAP YB FUZIAH BERNIAT JAHAT



Tarikh : 1 September 2012

KENYATAAN UMUM 

Merujuk kepada artikel Pahang Daily Online bertarikh 31 Ogos 2012 yang ditulis oleh CMK (Cucu Mat Kilau), Ahli Jawatan Kuasa PKR Cabang Kuantan sebulat suara berpendapat bahawa tulisan itu adalah tidak benar sama sekali.

Sdr Zainurin Mohd Noor, Naib Ketua Cabang 1, mewakili semua AJK Cabang Kuantan, ingin menegaskan bahawa fakta dalam artikel tersebut adalah silap. Dakwaan CMK bahawa Pn Fuziah Salleh, selaku Ketua Cabang mementingkan “bukan Melayu” adalah berbau perkauman. Pn Fuziah selama ini menjalankan tanggungjawab beliau dengan profesional dan berintegriti. Beliau tidak pernah langsung “pilih kasih” kepada mana mana kaum, malahan beliau berjaya memperkukuhkan kerjasama yang erat dikalangan AJK cabang Kuantan yang terdiri dari pelbagai kaum.

Semenjak tahun 2008 setelah Pn Fuziah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kuantan, beliau telah bersama-sama AJK Cabang menjalankan tanggungjawabnya sepenuh hati. Semua AJK memberi khidmat kepada rakyat Kuantan tanpa mengira bangsa dan agama. Dan tidak pernah ada seorang pun AJK Cabang yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Pn Fuziah tentang isu perkauman.

AJK Kuantan yang terpilih dan dilantik pada tahun 2010, terdiri dari 12 orang Melayu, 8 orang Cina dan 1 orang India. Angka ini secara tidak langsung juga mewakili pecahan kaum pengundi di Parlimen Kuantan.

Sdr Zainurin, yang juga didakwa meletakkan jawatan, ingin menegaskan bahawa perkara ini tidak benar. Beliau yang telah bersama perjuangan PKR semenjak 1999, menyatakan tindakan penulisan dalam PDO ini adalah kerana mahu menjatuhkan PKR/PR di Kuantan dan sakit hati dengan kerjasama kukuh dalam PKR Cabang Kuantan. Sebagai seorang dewasa yang matang, beliau mampu membuat pendirian sendiri dan yakin dengan kewibawaan Pn Fuziah menjalankan tugas beliau sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Kuantan.

Beliau juga menegaskan bahawa Sayap AMK dan Wanita PKR Kuantan masih aktif dan menjalankan tugasan biasa mereka.

Kerjasama di kalangan AJK Cabang Kuantan dan komitmen Cabang dalam perjuangan untuk membawa perubahan positif kepada politik negara masih tidak tergugat. Sdr Zainurin menegaskan buktinya ialah kehadiran semua AJK dalam sessi penerangan petang ini. Malahan beliau percaya, AJK Cabang Kuantan akan lebih utuh dan mantap dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan, terutama untuk menentang pihak lawan yang membuat fitnah dan dakwaan tidak berasas.

Yang benar,



Zainurin Mohd Noor

Mewakili AJK PKR Cabang Kuantan

670519-03-5895

No comments:

Post a Comment