KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, June 6, 2012

Mahkamah Kuantan - Makmal Felda didakwa enggan uji buah, peneroka fail saman Pada 05 Jun 2012

Sekumpulan peneroka Felda yang mahu menguji kadar perahan minyak sawit hasil tanaman mereka mendakwa makmal milik lembaga tersebut dan juga firma perladangan lain enggan menjalankan ujian tersebut.
 

Namun kumpulan berkenaan bertindak memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuantan ke atas Felda sebagai defendan pertama Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua atas dakwaan "penipuan dan pecah amanah."
 
 
 
Peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili 957 peneroka dari Felda Kratong, Rompin dalam saman itu, berkata makmal berkenaan enggan menerima ujian tersebut semenjak tindakan sekumpulan peneroka memfailkan saman pada pertengahan 2011.

“Mereka membawa buah mereka ke makmal Felda, Sime Darby dan juga makmal bebas lain namun kesemuanya enggan menguji buah tersebut.
 
 
 

"Anak guam saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Katanya, makmal berkenaan tidak memberikan sebab atas keengganan mereka untuk menguji buah sawit berkenaan.

Oleh itu, peneroka berkenaan memohon bantuan mahkamah melalui saman berjumlah RM525 juta – saman paling besar oleh golongan peneroka setakat ini./Malaysiakini
 
Foto: Ihsan dari Hatta SAMM

No comments:

Post a Comment