KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, June 9, 2012

ISU PENDIDIKAN - UMNO TIDAK SERIUS

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor percaya bahawa berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN hari ini tidak menghilangkan kemarahan dan bantahan rakyat terutamanya mahasiswa dan keluarga yang terlibat dalam ‘permainan’ politik Kerajaan Umno Barisan Nasional.

Malah situasi terbaru ini menurut pemerhatian AMK Selangor adalah bukti nyata Kerajaan Umno BN tidak serius menguruskan masa depan pendidikan di Malaysia kecuali menjadikannya sebagai talian hayat bagi memaksa sokongan rakyat terhadap polisi mereka.

Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini menyebut langkah membekukan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS ini adalah sebagai peluang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma.

Saya menganggap percaturan politik Umno BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Sokongan rakyat juga semakin meningkat apabila wujud persetujuan lisan bahawa Adun-Adun Pakatan Rakyat di Selangor bersedia membantu mahasiswa ini melalui peruntukkan DUN yang mereka perolehi.

JANGKAAN UMNO BN MELESET, PAKATAN RAKYAT KEKAL KOMITED

Perkiraan Kerajaan Umno BN untuk melihat rakyat bangkit menekan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mencapai sasaran apabila dengan mudah rakyat melihat kecenderungan Umno BN untuk mengancam dan mengugut rakyat apabila mereka mati hujah dengan dasar polisi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Umno BN jelas berada dalam tekanan yang begitu memuncak lalu membuatkan Datuk Seri Khaled Nordin hilang arah sehingga mengeluarkan arahan sedemikian sebelum terpaksa menarik balik tindakan tersebut. Pimpinan Umno BN sendiri tidak bersetuju dengan langkah sumbang Khaled Nordin ini seperti yang boleh dilihat kritikan YB Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda Umno menerusi laman sosial Twitternya.

Ternyata niat dan tindakan Kerajaan Umno BN untuk menganiayai rakyat dan mensabotaj masa depan anak-anak muda harus dilihat sebagai satu politik biadab dan ketandusan. Anak-anak muda sebagai satu aset masa depan sesebuah negara, mahu dikorbankan semata-mata mempunyai hubung kait dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak BN pada 2008.

AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat. Saya merasakan tindakan Khaled Nordin ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat Umno BN.

Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan dasar pendidikan yang didokongnya iaitu selari dengan kehendak dan keperluan sebenar negara. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan tidak mengancam rakyat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu bahan tawar-menawar semata-mata untuk menyaingi kredibiliti politik lawan.

AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan Pakatan Rakyat sebagai ganti di Putrajaya.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Pusat

No comments:

Post a Comment