KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, May 21, 2012

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK - KEJATUHAN KARIER POLITIK ANUAR MUSA?

Tuntutan royalti minyak yang Kerajaan Pusat masih terhutang dengan negeri Kelantan dan Terengganu nampaknya bukan perjuangan orang-orang PAS atau Pakatan Rakyat semata-mata.  Hak rakyat Kelantan khususnya tidak boleh dipersendakan oleh kerajaan di dalam keadaan mereka kononnya mahu memajukan negeri Serambi Mekah tersebut.




Selepas Ku Li iaitu seorang tokoh besar di dalam Umno yang begitu aktif menyokong tuntutan royalti ini, terbaru pula adalah tokoh besar Umno Kelantan iaitu Tan Sri Anuar Musa pula dengan berani menongkah arus di dalam Umno.  Sempena Perlawanan Akhir Piala FA di antara Kelantan dan Sime Darby Sabtu lalu, beliau telah menandatangani sokongan tuntutan royalti pada satu banner yang disediakan oleh sebuah Badan Bertindak yang turut mengumpulkan lebih 10 ribu tandatangan menjelang Perlawanan Akhir tersebut.

Dikhabarkan nasib atau karier politik Tan Sri Anuar Musa di dalam Umno boleh dikatakan hancur dengan tindakan berani beliau ini.  Anak watan Kelantan seharusnya berbangga dengan Tan Sri Anuar Musa walaupun beliau masih lagi menjadi ahli Umno, namun beliau akhirnya sedar hak rakyat Kelantan wajib dikembalikan semula.  Beliau akhirnya sedar bahawa isu tuntutan royalti ini melampui isu politik kerana kesemua rakyat Kelantan tidak mengira apa jua fahaman politik akan mendapat faedah sekiranya hak royalti ini dikembalikan.

Syabas Tan Sri Anuar Musa.  

No comments:

Post a Comment