KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, May 8, 2012

IBU PEJABAT PKR PAHANG DICEROBOH - PENCEROBOH BERJAYA DITANGKAP

Berlanjutan daripada kes khianat dan kecurian di Pejabat PKR Negeri Pahang seperti yang disiarkan semalam, dua laporan Polis telah dibuat oleh PKR Negeri di IPD Kuantan.

Sejurus selepas laporan Polis pertama dibuat lebih kurang jam 12.00 tengah malam semalam, petugas Ibu Pejabat Parti (SUK PKR Negeri), Sdr Adnan yang kembali semula ke pejabat telah berjaya mengesan seorang penceroboh yang menyorok di atas siling bangunan pejabat. Beliau bersama Ketua AMK Negeri, Sdr Sani terus menghubungi petugas Ibu Pejabat, Sdr Hatta beserta lebih kurang 40 orang dari kalangan AMK untuk membantu beliau menangkap penceroboh berkenaan.

Kiri, Sdr Adnan (SUK), Sdr Hatta (Petugas Ibu Pejabat/Penyelaras SAMM Pahang) dan Sdr Kamarzaman (Pen. S/Usaha PKR Negeri) selepas membuat laporan Polis
Setelah dipaksa turun, akhirnya penceroboh berjaya ditangkap sekitar jam 05.00 pagi. Penceroboh seorang lelaki yang berumur sekitar 48 tahun berkemungkinan besar seorang penagih dadah. Melalui maklumat yang diberikan oleh penceroboh, beliau telah dibawa masuk oleh rakan-rakannya yang terlebih dahulu meninggalkan Ibu Pejabat tersebut dengan membawa lari sebuah komputer pejabat. Beliau disuruh untuk terus memunggah beberapa peralatan lain, namun rakan-rakannya tidak datang semula mengambil beliau dengan peralatan yang dicuri kerana berkemungkinan mereka mengetahui orang ramai telah berada di pejabat ketika itu.

Sebelum itu, mengulas lanjut berkenaan insiden ini Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam laman sembang sosial facebooknya berkata "Melihat cara pejabat PKR Phg dimusnah, sah bagi saya ia BUKAN curi biasa. Kemusnahan kpd semua alatan pejabat. Khianat tertinggi atau kecurian?".



Inilah wajah penceroboh yang telah pecah masuk ke Ibu Pejabat PKR Pahang

Sebahagian di antara AMK yang membantu menangkap penceroboh
Penceroboh seterusnya diserahkan kepada pihak Polis yang semalam dikatakan telah mendapatkan tahanan reman untuk soal siasat dijalankan. Kami percaya pihak Polis akan menjalankan siasatan rapi bagi mengenalpasti rakan penceroboh yang berjaya melarikan komputer pejabat sebelum itu.  Kita juga mendesak agar pihak Polis menyiasat adakah perbuatan khianat tersebut mempunyai unsur-unsur politik dan sabotaj.

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan syabas kepada semua petugas Ibu Pejabat termasuk dari AMK yang telah memberikan bantuan sehingga tertangkapnya penceroboh berkenaan.  Terima kasih juga kepada pihak Polis dari IPD Kuantan yang telah memberikan kerjasama baik di dalam kes ini.

Sukacita diperingatkan, mulai sekarang semua petugas di semua Cabang terutamanya yang bertugas di pejabat atau Bilik Gerakan parti agar menentukan tahap keselamatan pejabat dan dokumen-dokumen penting berkaitan parti.  Segala maklumat atau data-data penting berkaitan parti hendaklah disimpan dengan baik samada di dalam fail atau pun `pendrive' yang sentiasa terkawal.  Langkah keselamatan ini perlu dilakukan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Foto ihsan: PDO

No comments:

Post a Comment