KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, May 10, 2012

Khianat punca Ibu Pejabat KEADILAN Pahang diceroboh – Fauzi

(Oleh Norutul Ilham)



Dari kiri: Adnan (SUK), Hatta (Petugas Ibu Pejabat) dan Kamarzaman (Pen S/Usaha KEADILAN Negeri) selepas membuat laporan polis.

Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN PKR Pahang
KUANTAN 9 Mei: Pencerobohan Ibu Pejabat KEADILAN Pahang pada 6 Mei lalu dipercayai berunsur khianat bertujuan melumpuhkan KEADILAN negeri, kata Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Berdasarkan kerosakan dan kemusnahan pejabat, beliau percaya penceroboh bukan berniat mencuri.

“Ini bukan kes kecurian biasa, tapi fail, komputer habis dimusnahkan. Nampak seperti mahu lumpuhkan aktiviti kami,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Berikutan kejadian itu, seorang pemuda lingkungan 48 tahun berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kuantan dan Indera Mahkota.

“(Penjenayah) yang AMK tangkap itu hanya boneka mereka, tapi kita mahu siapa dalangnya.

“Kalau betul orang yang ceroboh mahu mencuri takkan papan putih, penghawa dingin sengaja dirosakkan. Fail kedatangan mesyuarat juga mahu dicuri,” katanya.

Menurut Fauzi, berdasarkan anggaran awal, pihaknya mengalami kerugian lebih kurang RM50,000 hingga RM60,000.

“Mungkin banyak lagi kerugian kerana pendawaian elektrik juga dirosakkan, itu sebabnya saya kata ini unsur khianat yang didalangi seseorang.

“Masa dapat tangkap penceroboh, dia ada beritahu orang yang menyuruhnya bernama Roslan, tapi kita tidak semestinya percaya kerana orang yang kena tangkap itupun penagih dadah,” katanya.

Malah jelas Fauzi, penceroboh yang ditangkap itu kelihatan ‘gembira’ semasa dibawa ke balai polis.

“Kita hairan juga apabila pemuda itu tidak langsung takut semasa dibawa ke balai, tidak tahulah sama ada dia kenal polis atau sudah biasa dibawa ke balai.

“Bagaimanapun, kita akan siasat siapa dalang sebenar kerana penceroboh itu memberitahu bukan dia seorang sahaja tetapi ada empat kumpulan lain,” katanya yang percaya kejadian itu dilakukan penjenayah profesional./Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment