KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, February 26, 2012

FOTO - SEKITAR CERAMAH ANWAR DI KUANTAN MALAM TADI

Pengerusi Majlis - Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang)
Sdr Syed Ali Alhabshee - Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang
Sdr Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) - Penyelaras SAMM
Sdr Anansura Rabu - Wakil PAS
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR
Malam tadi (25 Feb 2012) sempena Pemukiman Kepimpinan KEADILAN di Kuantan Pahang, Parti KEADILAN Pahang telah mengadakan program Ceramah Perdana yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun program ini tiada di dalam perancangan awal dan notis hanya diberi selama dua hari, namun program ini berjaya dijalankan dengan mendapat sambutan yang baik.  Turut diberi kesempatan berucap adalah Sdr Syed Ali Alhabshee (Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang) yang pernah dihangatkan dengan kes saman MB Pahang sekarang.  


Kehadiran Penyelaras SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard ternyata menghangatkan lagi program malam tadi.  Beliau banyak menjelaskan isu kerjasama kerajaan dengan Israel melalui dagangan antarabangsa.  Ucapan beliau amat meyakinkan dengan hujah dan fakta beserta beberapa bukti berbentuk dokumen yang mengesahkan bahawa sememangnya kerjasama ini wujud di sebalik media saban hari menghentam Dato' Seri Anwar sebagai menyokong Israel.


Ucapan wakil PAS, Sdr Anansura Rabu pula banyak menjelaskan isu berkaitan Lynas.  Beliau menyeru agar seluruh rakyat Pahang tidak mengira parti dan fahaman agama agar turun berhimpun di Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan pada 26 Feb 2012 di dalam Program Himpunan Hijau 2.0.  

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap lebih awal sebelum Wakil PAS kerana beliau akan mengikuti program berasingan di Teluk Cempedak bersama AMK Kuantan.  Di dalam pidato yang penuh semangat, beliau mengulangi betapa hipokritnya pemimpin Umno yang menyerang beliau melalui media setiap hari, namun begitu takut untuk berdebat dengannya berkaitan isu Israel.  


Beliau turut menyatakan bahawa Umno kini sudah tidak mempunyai kekuatan lagi maka dengan itu fitnah dan putar belit menjadi senjata buat Umno. Umno, katanya tidak akan mampu bertahan tanpa menggunakan fitnah dan menggunakan media kawalan mereka untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.  Beliau sekali lagi ulangi pendiriannya berkaitan isu Palestine iaitu kenyataannya di dalam Wall Street Journal yang tidak disiarkan sepenuhnya oleh media milik Umno.  

Beliau amat menghormati pendirian PAS yang tegas di dalam isu Israel.  Perbezaan pendapat beliau dengan PAS hanyalah perbezaan dari segi pendekatan sahaja tetapi matlamat tetap sama iaitu bumi Palestine dan rakyat Palestine mesti dibela.

No comments:

Post a Comment