KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, February 16, 2012

AYUH, WARGA FELDA, KITA KE KUALA KRAU PETANG DAN MALAM INI


YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang, akan lanchar tandatangan 100,000 Bantah penyenaraian FGVHB di Kuala Krau

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan melancarkan kempen tandatangan 100,000 rakyat membantah penyenaraian Felda Gloval Ventures Holding Berhad (FGVHB) di perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau di No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau pada 16hb Februari 2012 jam 3.00 petang.

Turut hadir didalam Majlis Pelancaran BANTAH itu adalah Ketua-Ketua Cabang dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Pahang serta peneroka-peneroka Felda dan orang awam.

Diantara pimpinan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang akan turut hadir adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Pn Siti Khalijah Hj Mohamad, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan JK Wanita PKR Pusat.

Pelancaran BANTAH di Kuala Krau akan dirasmikan oleh YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang. Pada malamnya, jam 9.00 malam akan diadakan Ceramah Umum di tempat yang sama dengan para Penceramahnya terdiri daripada YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang (PKR), YB Leong Ngah Ngah, ADUN Triang (DAP), YB Rashid Latip, ADUN Ampangan (PKR).Sdr Abd Rahman Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Pak Jabit @ Man Kadir, Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh, Shafei Deris daripada kepimpinan JOAS dan Haji Suhaimi Said./Lubok kawah.blogspot

No comments:

Post a Comment