KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, November 7, 2015

PEMENJARAAN ANWAR SECARA 'HARAM' - PBB

Kuala Lumpur – Hari ini, barisan peguam Anwar Ibrahim mengeluarkan Pendapat No. 22/2015 oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UN Working Group on Arbitrary Detention)(UNWGAD), yang sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan.

“Saya amat bersyukur dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu kepada kerajaan Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata YB Nurul Izzah Anwar. “Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar menghantar sebuah mesej yang jelas kepada Perdana Menteri, Najib Razak, dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia,” tambah beliau.

Kumpulan Kerja ini merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, dan pada masa ini terdiri daripada pakar daripada Australia, Benin, Mexico, Korea Selatan dan Ukraine. Ianya diberikan mandat untuk mempertimbangkan dan mengeluarkan pendapat mengenai kes-kes penahanan arbitrari. Kerajaan Malaysia memegang kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada tahun 2006 hingga 2009, dan 2010 hingga 2013. Kerajaan Malaysia wajib mematuhi dapatan PBB ini serta cadangan yang diberikan.

Datuk Seri Anwar, mantan Ketua Pembangkang dan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dipenjarakan kerana beliau mencabar hegemoni politik UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak. Datuk Seri Anwar memimpin pakatan parti-parti pembangkang pelbagai bangsa dan agama untuk memenangi 52 peratus daripada undi popular di kalangan rakyat Malaysia pada pilihan raya umum pada tahun 2013.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan kesakitan sepanjang penahanan beliau, yang bermula pada Februari 2015, berikutan kecederaan yang dialami pada bahu kanan beliau. Walaupun beliau memerlukan perhatian dan rawatan perubatan dengan segera, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai yang merupakan Doktor yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memantau Anwar, berulangkali menafikan rawatan yang perlu diberikan kepada Anwar, dan yang paling kritikal, rekomendasi menjalani rawatan fisioterapi setiap minggu.

Fisioterapi secara intensif telah dicadangkan semenjak bulan Mac lagi oleh doktor ortopedik yang akan mengurangkan kesakitan dan mengekalkan mobiliti dan kekuatan otot, tetapi telah acapkali ditangguhkan atas arahan Dr Jeyaindran. Kesannya, kecederaan dan kesakitan yang dialami oleh Anwar meningkat, yang mana Dr Jeyaindran hanya memberikan ubat tahan sakit, bukannya memastikan fisioterapi intensif di hospital buat Anwar. Oleh kerana campurtangan politik dan gangguan tidak professional oleh Dr Jeyaindran, pilihan untuk rawatan pembedahan untuk Anwar Ibrahim juga amat terhad sekiranya Dr Jeyaindran masih lagi membuat keputusan berkenaan penjagaan sebelum dan selepas pembedahan.

Selain daripada penafian rawatan perubatan termasuk fisioterapi intensif yang diperlukan Datuk Seri Anwar, beliau jua berhadapan dengan halangan-halangan yang lain. Semenjak dua bulan lepas, akses beliau kepada barisan peguam dihadkan kepada 1 jam seminggu walaupun beliau pada masa ini mempunyai sebanyak 16 kes sivil, jenayah dan syariah yang sedang dijalankan. Halangan ini merupakan pencabulan terhadap hak-hak asasi beliau seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Ahli-ahli Parlimen ASEAN bagi Hak Asasi Manusia, Kesatuan Parlimen Antarabangsa, Human Rights Watch, Amnesty International, Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia (FIDH), dan pemimpin dunia seperti bekas Presiden Indonesia BJ Habibie , bekas Turki Presiden Abdullah Gül, dan bekas Naib Presiden Al Gore dari Amerika Syarikat, antara lain, turut menggesa pembebasan beliau tanpa syarat.

Kami juga menggesa supaya Anwar Ibrahim diberi rawatan perubatan mengikut pilihannya – bebas dari sebarang campur tangan politik yang akan menghalang penjagaan sebelum dan pasca pembedahan dan memberikan kesan negatif* terhadap kualiti hidup beliau. Dia mesti dibebaskan segera, selaras dengan penemuan UNWGAD./Sumber

No comments:

Post a Comment