KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 30, 2015

BINGKISAN DARI SG BULUH SEPIKAN SEKETIKA DEWAN DI KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT KE - 11

SHAH ALAM 29 Nov- Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar membacakan warkah bapanya dari penjara Sungai Buloh, pada Kongres Nasional KEADILAN yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini. 
 

Anwar dalam warkahnya mengingatkan pimpinan KEADILAN tentang keperluan bersatu dalam satu jemaah, selain menyambut baik kemasukan beberapa tokoh masyarakat dalam parti itu baru-baru ini. 
 

Antara lain, Anwar turut memetik puisi penyair terkenal Indonesia, W.S Rendra, dan mengingatkan pimpinan KEADILAN supaya mempertahankan idealisme perjuangan mereka.

Warkah yang dibacakan puteri sulung Anwar itu turut mengundang rasa sebak dan sedih di kalangan pimipinan dan perwakilan yang hadir hari ini. 
 


Berikut adalah warkah penuh Anwar Ibrahim:

Presiden yang dicintai, Timbalan Presiden dan pimpinan semua peringkat yang dikasihi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali dalam keheningan.., fikiran melayang menembusi tembok ke Segambut bersama Azizah dan keluarga. Dengan segar saya pastinya merayau menyapa teman dan pejuang yang terpaksa berhempas pulas diluar, serta kepasrahan rakyat yang diselubungi kesempitan hidup dan tekanan sistem “istibdat”.

Dalam bingkisan sempena kongres kali ini, saya cenderung untuk memberikan tumpuan kearah penjanaan kekuatan jemaah; dengan mengajak saudara – saudari berbaiah dengan khitah asas perjuangan. Dengan sendirinya landasan tersebut menolak faham kabilah; kesetiaan peribadi kepada Anwar dan tokoh lainnya.

Maka amat menyegarkan manakala membaca kenyataan tokoh – tokoh baru dan pimpinan muda yang menyertai KEADILAN baru – baru ini. Mereka menekankan dasar perjuangan kearah pemerkasaan rakyat ; memperjuangkan keadilan dan kemanusian!

Peringatan al quranul kareem agar menyerahkan amanah kepada ahlinya; terikat dengan akhlak dan etika serta apa yang kini diungkapkan sebagai “democratic accountability”. Seharusnya pimpinan disemua peringkat yang arif dengan saranan ” taklif wala tasyri”.

Tanggungjawab bukan keistimewaan wajar menghayatinya sekaligus memaknai intipati perjuangan.

Menyingkap teori Ibnu Khaldun mengenai pasang surut perjuangan dari tahap “umran badawi” ke “umran hadari”, perjuangan kebangsaan; malah sejak gejolak Reformasi sendiri – tahap awal lebih diwarnai dengan kegigihan dan keberanian tanpa sebarang habuan.

Masa beredar dan kita kini tercabar untuk menguji kekuatan dan bermuhasabah setelah merasai sedikit nikmat dan kedudukan, ditambah dengan gelaran. Justru itu saya anjurkan supaya kita kembali kepada “khitah”.

W.S Rendra melontarkan mutiara kata :

” kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan adalah pelaksanaan
Kata-kata”

Saya gariskan perkataan “pelaksanaan kata – kata” dengan mengajukan pertanyaan :

Apakah benar kita setia berbaiah dengan perjuangan dan tidak khayal dengan mantra pujian staf sekeliling atau kroni ?

Sejauhmanakah kita mengamalkan musyuwarah dalam memutuskan isu dasar ?

Apakah terdapat bisikan sehingga yakin dengan keegoan diri, kehandalan dan populariti peribadi mengatasi jemaah ?

Tidak terjebakkah kita dengan amalan “clientehism” sepertimana yang dilontarkan oleh penulis Francis Fukuyama dalam karyanya ‘ Political order ‘ menjelaskan sebagai satu penyakit yang menghampiri rasuah, menganugerahkan jabatan atau habuan kepada kelompok kecil dengan mengenepikan kelayakkan dan prestasi ?

Dan persoalan asas – berhasilkah kita dengan tekad mempertahankan idealisme perjuangan serta menghindari ketamakkan dan kebejatan ?
Tanpa kecuali, persoalan tersebut ditujukan kepada semua pimpinan di semua peringkat.

Membina ketahanan diri, membenamkan rasa iri hati dan cemburu, mengelak fitnah senang dibicarakan namun ukuran akhir adalah “Pelaksanaan Kata – Kata!!”
Kesenjangan diantara idealisme dan kenyataan perlu dirapatkan dan dengan sendirinya terungkai permasalahan kesenjangan pendapatan golongan mahakaya dan yang miskin papa kedana.

Politik negara kian terapung…ibarat hanyut tanpa berhaluan. Keretakan kian ketara. Malangnya..rakyat terhimpit dengan tekanan hidup akibat kebijakkan ekonomi yang tersasul, memelihara kepentingan kelompok mahakaya dan mendera majoriti rakyat miskin…

Justru itu saudara – saudaraku…

Bangunlah dengan yakin dalam saf yang kukuh – “ban yanun massus” seperti dilakar A. SAMAD SAID :

Berdiri kita setegap
Berdiri kita sederap,
Meragut cengkaman kawat.
….
Inilah tekad generasi baru
Akarnya keadilan syahda.”
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Wednesday, November 25, 2015

AMK PAHANG TUBUHKAN SKUAD AMK DAN PENAJA AMK DI TEMERLOH

Mendepani cabaran yang semakin getir di dalam PRU 14 nanti, maka langkah AMK Pahang memperluaskan lagi pengaruhnya di kalangan anak muda amatlah baik.  Atas inisiatif Ketua AMK Pahang, Sdr Wong Chun Yuan, beberapa Cabang di seluruh Pahang kini mula didekati bagi memperlengkap kekuatan AMK kerana kita yakin PRU14 nanti faktor kemenangan terletak di atas sejauh mana kita boleh mendapatkan sokongan anak-anak muda.


Pada hari Ahad (22 November 2015 jam 08.30 malam) baru-baru ini, bertempat di Apak Corner,  Taman Saga, Mentakab, Cabang Temerloh telah menubuhkan Penaja AMK Cabang sekaligus AMK Pahang mewujudkan Skuad AMK Pahang.  Penubuhan penaja dan Skuad AMK ini akan menyuntik semangat golongan anak muda untuk terus berani melangkah ke hadapan berganding bahu bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan rejim Umno/Bn di dalam PRU 14 akan datang.



Tahniah kepada AMK Pahang dan Cabang Temerloh di atas program yang dijalankan.  AMK Pahang akan meneruskan program seumpama ini sehingga kesemua Cabang di negeri ini mempunyai kekuatan anak muda yang komited terhadap perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman.
 

Monday, November 23, 2015

KURSUS KEPIMPINAN ERA BARU 1.0 CABANG PAYA BESAR, KUANTAN

KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan telah mengadakan Kursus Kepimpinan Era Baru (KEB) 1.0 pada 22 November 2015 bertempat di Pejabat Keadilan Cabang Paya Besar, Batu Sawar, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.  


Tujuan kursus ini adalah untuk membentuk kepimpinan Cabang, AMK dan Wanita serta pelapis-pelapis untuk menjadi pemimpin yang berdaya tahan, mempunyai jati diri serta beristiqomah di dalam perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Cabang, Sdr Kamarzaman merasmikan Kursus KEB 1.0
Kursus selama satu hari bermula seawal jam 09.00 pagi sehingga jam 06.00 petang ini dikendalikan oleh Dr Fazli dan Sdr Suhaimi dari Tim KEB yang berpusat di Pejabat Parlimen Indera Mahkota.  Di antara modul yang diterapkan sepanjang kursus ini adalah seperti berikut:

1.  Hasrat dan Harapan
2.  Kepimpinan - |Lain orang, lain maksudnya".
3.  Posisi Kepimpinan
4.  Perhubungan
5.  Pencapaian
6.  Pembangunan Insan dan Puncak Kepimpinan
7.  Komunikasi



Kursus ini diadakan di dalam dua bentuk iaitu teori dan praktikal di mana setiap peserta diberikan penugasan mengikut kumpulan bagi menyelesaikan beberapa masalah dan persoalan yang di utarakan.  Setiap individu juga diberi peluang menyuarakan apa jua pandangan, pendapat dan kritikan dengan bebas, kemudian dijadikan satu perkara untuk dibahaskan bersama.


Dr Fazli sedang menyampaikan penerangan
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 20 peserta yang telah mendaftar termasuk peserta-peserta dari luar Cabang Paya Besar.  Kursus ini telah diresmikan oleh Ketua Cabang Keadilan Paya Besar, Sdr Kamarzaman Mohammed Yunus dan Penutupnya oleh Ketua AMK Pahang, Sdr Wong Chun Yuan mewakili Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Semua peserta juga telah diberi Sijil Kursus yang disampaikan oleh Ketua Cabang Paya Besar, Ketua Cabang Rompin dan Ketua AMK Pahang.






Ketua AMK, Sdr Wong merasmikan Penutup Kursus

Beberapa Cabang telah pun mengadakan kursus ini dan bagi Caban-Cabang lain, tarikh untuk mengadakan kursus ini akan dimaklumkan kemudian.


Friday, November 13, 2015

DUA PROGRAM BESAR KEADILAN PAHANG BULAN NOVEMBER INI

PROGRAM TEMU PEMERKASAAN ORGANISASI PARTI (POP) 
SIRI 2 PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015  


Program di bawah anjuran Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ini akan diadakan pada tarikh, masa dan di tempat berikut:

1.  Tarikh:  15 November 2015 (Ahad) 

2.  Masa :  Jam 09.00 pagi -  12.30 Tengahari.

3.  Tempat :  Sempam Meeting Centre, Lorong Sempam Baru 10, Jalan Cheroh, Raub.

4.  Kehadiran :  Diwajibkan kepada Setiausaha Negeri, Setiausaha Pengelola Negeri, Semua Ketua Cabang, Setiausaha Cabang dan Setiausaha Pengelola Cabang.  Jemputan juga bagi menggalakkan kehadiran kepimpinan di dalam MPN.  

Taklimat akan disampaikan oleh Setiausaha Pengelola Pusat, Sdr Fariz Musa dan Setiausaha Pengelola Negeri, Sdr Arman Abd Rashid.

PROGRAM "ROADMAP"  JPRN /JPRC PERINGKAT ZON BARAT 2015

1.  Tarikh:  15 November 2015 (Ahad) 

2.  Masa :  Jam 02.00 Petang 

3.  Tempat :  Sempam Meeting Centre, Lorong Sempam Baru 10, Jalan Cheroh, Raub.

4.  Kehadiran:  Sama seperti di dalam program POP.

Taklimat program ini akan diberikan oleh YB Rodziah, Adun Bt 3, Selangor (Taklimat GOTV),  Tuan Hj Adnan Lazim, Pengarah Pilihanraya Negeri (Taklimat dan Analisa Kerusi-Kerusi Pilihanraya dan Gerak Kerja Pilihanraya) dan taklimat dari Sdr Adnan Abu, SUK Negeri (Data-Data Pilihanraya).

Kedua-dua program di atas adalah di antara beberapa program yang telah diatur oleh Pusat serta Negeri bagi melengkapkan persediaan KEADILAN Pahang bagi menghadapi Pilihanraya pada bila-bila masa.

Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan semua program yang dirancang.  Arahan lebih terperinci dan jelas boleh diperolehi melalui Ketua-Ketua Cabang masing-masing.

Saturday, November 7, 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI - SUMBANGAN DEEPAVALI DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK NEGERI PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di dalam KEADILAN khususnya dan seluruh rakyat Pahang, amnya.  Semoga semangat bekerjasama dan ikatan silaturrahim sesama kita berterusan bagi menjamin keharmonian kaum di negara ini.

Sempena dengan perayaan tersebut, KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan sedikit sumbangan kepada seluruh Cabang KEADILAN di negeri ini untuk disampaikan kepada masyrakat di kawasan masing-masing yang merayakan perayaan Deepavali tahun ini.  Sumbangan ini berdasarkan peratusan penganut kaum Hindu di setiap kawasan dan tentunya tidak dapat memenuhi keperluan semaksima mungkin.  Namun diharapkan sumbangan tersebut dapat diserahkan kepada pengutamaan iaitu mereka yang benar-benar memerlukan.

Pengagihan sumbangan tersebut masih berjalan.  Mudah-mudahan sedikit sumbangan yang diberikan akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk merayakan perayaan ini.



PEMENJARAAN ANWAR SECARA 'HARAM' - PBB

Kuala Lumpur – Hari ini, barisan peguam Anwar Ibrahim mengeluarkan Pendapat No. 22/2015 oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UN Working Group on Arbitrary Detention)(UNWGAD), yang sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan.

“Saya amat bersyukur dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu kepada kerajaan Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata YB Nurul Izzah Anwar. “Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar menghantar sebuah mesej yang jelas kepada Perdana Menteri, Najib Razak, dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia,” tambah beliau.

Kumpulan Kerja ini merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, dan pada masa ini terdiri daripada pakar daripada Australia, Benin, Mexico, Korea Selatan dan Ukraine. Ianya diberikan mandat untuk mempertimbangkan dan mengeluarkan pendapat mengenai kes-kes penahanan arbitrari. Kerajaan Malaysia memegang kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada tahun 2006 hingga 2009, dan 2010 hingga 2013. Kerajaan Malaysia wajib mematuhi dapatan PBB ini serta cadangan yang diberikan.

Datuk Seri Anwar, mantan Ketua Pembangkang dan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dipenjarakan kerana beliau mencabar hegemoni politik UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak. Datuk Seri Anwar memimpin pakatan parti-parti pembangkang pelbagai bangsa dan agama untuk memenangi 52 peratus daripada undi popular di kalangan rakyat Malaysia pada pilihan raya umum pada tahun 2013.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan kesakitan sepanjang penahanan beliau, yang bermula pada Februari 2015, berikutan kecederaan yang dialami pada bahu kanan beliau. Walaupun beliau memerlukan perhatian dan rawatan perubatan dengan segera, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai yang merupakan Doktor yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memantau Anwar, berulangkali menafikan rawatan yang perlu diberikan kepada Anwar, dan yang paling kritikal, rekomendasi menjalani rawatan fisioterapi setiap minggu.

Fisioterapi secara intensif telah dicadangkan semenjak bulan Mac lagi oleh doktor ortopedik yang akan mengurangkan kesakitan dan mengekalkan mobiliti dan kekuatan otot, tetapi telah acapkali ditangguhkan atas arahan Dr Jeyaindran. Kesannya, kecederaan dan kesakitan yang dialami oleh Anwar meningkat, yang mana Dr Jeyaindran hanya memberikan ubat tahan sakit, bukannya memastikan fisioterapi intensif di hospital buat Anwar. Oleh kerana campurtangan politik dan gangguan tidak professional oleh Dr Jeyaindran, pilihan untuk rawatan pembedahan untuk Anwar Ibrahim juga amat terhad sekiranya Dr Jeyaindran masih lagi membuat keputusan berkenaan penjagaan sebelum dan selepas pembedahan.

Selain daripada penafian rawatan perubatan termasuk fisioterapi intensif yang diperlukan Datuk Seri Anwar, beliau jua berhadapan dengan halangan-halangan yang lain. Semenjak dua bulan lepas, akses beliau kepada barisan peguam dihadkan kepada 1 jam seminggu walaupun beliau pada masa ini mempunyai sebanyak 16 kes sivil, jenayah dan syariah yang sedang dijalankan. Halangan ini merupakan pencabulan terhadap hak-hak asasi beliau seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Ahli-ahli Parlimen ASEAN bagi Hak Asasi Manusia, Kesatuan Parlimen Antarabangsa, Human Rights Watch, Amnesty International, Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia (FIDH), dan pemimpin dunia seperti bekas Presiden Indonesia BJ Habibie , bekas Turki Presiden Abdullah Gül, dan bekas Naib Presiden Al Gore dari Amerika Syarikat, antara lain, turut menggesa pembebasan beliau tanpa syarat.

Kami juga menggesa supaya Anwar Ibrahim diberi rawatan perubatan mengikut pilihannya – bebas dari sebarang campur tangan politik yang akan menghalang penjagaan sebelum dan pasca pembedahan dan memberikan kesan negatif* terhadap kualiti hidup beliau. Dia mesti dibebaskan segera, selaras dengan penemuan UNWGAD./Sumber

Sunday, November 1, 2015

FOTO SEKITAR KEMPEN ANTI PENCEMARAN BAUKSIT DI PERHEBATKAN, RAKYAT MESTI BANGKIT


Secara ringkas: BAUKSIT
 
Oleh:  YB Fuziah Salleh (Status FB)

Bauksit ialah sejenis mineral dlm tanah yg di perlukan untuk memproses aluminium. Caranya tanah perlu di korek dan kemudian di hantar ke negara China untuk di proses. Kita tidak proses di sini. Tanah yg berwarna merah yg kaya dgn bauksit itu lah yg mencemarkan udara sewaktu di angkut dari lombong hingga ke pelabuhan kuantan. 

Juga bersekali dgn bauksit ini terkandung thorium yg merupakan satu jenis NORM (Naturally Occuring Radioactive Material) . Walaupun kadar radiasi thorium ini rendah ia mempunyai jangka separuh hayat yg begitu lama iaitu selama 14 billion tahun. Paling bahaya ialah apabila debu dari bauksit yg di hidu terkandung thorium kerana thorium ini ialah sejenis carcinogen (bahan penyebab kanser) . Apabila debu ini melekat di kereta dan kita marah2.. cuba bayangkan debu merah yg melekat di paru2 kita. Marah pun tak boleh nak cuci tau!! Thorium ini juga mengeluarkan radiasi dalaman apabila melekat di paru2 kita. Uranium juga ada tu walau kandungan nya kecil.

Bersekali dgn bauksit pula selalunya terdapat juga logam2 berat seperti plumbum. Apabila tanah dikawasan lombong terhakis selepas di korek maka logam berat itu mencemari pula sistem air kita sbb pencemaran ini masuk ke sungai. Sya sudah trace bahawa air tercemar dari lombong di rtp bukit goh itu mmg masuk ke Sg Kuantan. Sg Kuantan pula sumber air minuman kita. Seluruh warga Kuantan tidak boleh mengelak.
Maka rakan2 fb sekelian..

Mmg cari penyakit la kalau kita tak bantah !!!!
 
SEKITAR KEMPEN KUTIP TANDATANGAN MEMBANTAH PENCEMARAN BAUKSIT DI KUANTAN DAN INDERA MAHKOTA  PADA HARI SABTU (31 OKTOBER 2015) BERSAMA KEADILAN KUANTAN DAN INDERA MAHKOTA