KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 16, 2015

MESYUARAT MPN SIRI 1/15 - AMANAT DATO' FAUZI ABDUL RAHMAN

Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang telah mengadakan Mesyuarat MPN Siri 01/15 pada 15 Januari 2015 jam 03.00 Petang.  Pembuka tirai tahun baru, Cabang Bentong telah dipertanggungjawabkan selaku Tuan Rumah bagi mesyuarat yang telah dihadiri oleh semua Ketua cabang dan Ahli MPN bertempat di Janda Baik, Bentong.

Pengerusi MPN - YB Dato' Fauzi Abdul Rahman

Mesyuarat telah diPengerusikan oleh Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi, Sdr Ahmad Nizam Hamid, MP Kuantan yang juga Ketua Cabang Kuantan, YB Fuziah Salleh.   Di dalam mesyuarat tersebut, MPN telah dimaklumkan tentang perlantikan Ahli MPN yang baru bagi sesi 2015/17.  Senarai perlantikan yang telah dipersetujui bersama akan diserahkan kepada Pusat sebelum disahkan dan kami akan siarkan setelah dimuktamadkan.



Di dalam mesyuarat semalam, Pengerusi mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kunjungan Ketua umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datin Seri Wan Azizah yang turut turun ke bawah menemui mangsa-mangsa banjir di negeri ini. Penghargaan dan ribuan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri P.Pinang yang telah banyak membantu negeri ini di dalam misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini.  Komitmen Ketua Umum, Presiden, MB Selangor dan TKM P.Pinang yang turun ke akar umbi menyelami nasib mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak memberikan semangat dan ketabahan buat mereka menghadapi ujian ini.



Jawatankuasa Bantuan Banjir yang diwujudkan di peringkat MPN di bawah Sdr Jefri Jaafar dan seluruh AJKnya juga telah berjaya menjalankan tugas dengan baik.  Komitmen semua Cabang dengan menyediakan petugas-petugas dan sukarelawan juga amat baik sekali dan diharapkan dapat dipertingkatkan lagi.  Tidak dilupakan juga penghargaan dari MPN buat NGO-NGO dan beberapa badan tertentu, individu-individu dan semua pihak termasuk Jabatan Kerajaan yang telah menyumbangkan khidmat bakti dan bantuan di dalam berbagai bentuk termasuk tenaga bagi meringankan sedikit bebanan mangsa-mangsa banjir.  Semoga kita belajar dari pengalaman ini untuk terus meningkatkan lagi prestasi kita demi kebaikan rakyat.



Di dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi MPN telah menekankan beberapa perkara penting untuk direalisasikan, di antaranya adalah;

1.  Kekalkan semangat perpaduan yang ada di kalangan pimpinan kerana sekiranya pimpinan sendiri tidak berupaya untuk bersatu-padu, bagaimana kita mahu menyatukan ahli-ahli terutamanya rakyat untuk menyokong perjuangan kita.

2.   Hormati perbezaan pendapat sebagai memantapkan lagi parti, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan sendiri.

3.   Eratkan kerjasama di antara pemimpin dengan ahli-ahli dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

4.   Perbanyakkan program yang mendekati rakyat khususnya di akar-akar umbi. 

Dan, banyak lagi perkara yang digariskan oleh Pengerusi untuk dijadikan panduan agar hala tuju perjuangan parti tidak lari dari perjuangan asal dan dapat diterima baik oleh masyarakat.

Kehadiran semua Ketua-Ketua cabang di dalam mesyuarat kali ini yang menunjukkan semangat yang tinggi dengan berbagai idea yang dilontarkan menunjukkan KEADILAN Pahang sudah bersedia untuk menggempur Pahang di dalam PRU 14 akan datang, InsyaAllah.

MPN mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Cabang Bentong, Puan Dasimah serta seluruh jentera dan petugas yang telah berjaya mengendalikan persiapan tempat bagi mengadakan mesyuarat kali ini dengan licin dan teratur.  Terima kasih tidak terhingga kepada individu dan pihak yang sudi membenarkan penempatan mereka untuk dijadikan tempat mesyuarat kali ini.

InsyaAllah, mesyuarat akan datang akan diadakan di Zon Timur pula.

No comments:

Post a Comment