KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, January 3, 2015

KEADILAN PAHANG UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR

KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Azmin Ali, MB Selangor yang begitu prihatin dengan situasi banjir yang berlaku di negeri ini khasnya.  Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan RM 100 Ribu buat negeri Pahang dan semua negeri lain yang terlibat di dalam musibah banjir sekarang ini, kecuali Kelantan yang telah mendapat RM 1 Juta memandangkan negeri tersebut agak kritikal berbanding negeri lain/

Kunjungan MB Selangor ke negeri ini telah disambut oleh Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman dan semua Ahli MPN dan MP/Adun KEADILAN dari negeri ini.  Di samping sumbangan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor juga turut membawa sukarelawan dari PANTAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini dengan membawa beberapa keperluan makanan dan barangan yang diagihkan ke semua daerah di negeri ini.

Menyampaikan sumbangan kepada Kerajaan Negeri Pahang di Pejabat SUK


Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO dan individu yang turut membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini dan yang telah memberikan sumbangan di dalam apa jua bentuk melalui KEADILAN Pahang.

Keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor ini adalah sejajar dengan arahan dari Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim;

Seluruh jentera parti KEADILAN di seluruh negara diarah membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana banjir di lima buah negeri.

Seruan ini dibuat Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang menyifatkan bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia.

Sehingga kini lebih 220,000 orang terlibat dan Kelantan negeri yang paling teruk terjejas.

 
 
Anwar juga memuji sikap rakyat Malaysia yang tidak mengenal usia, jantina, kaum mahupun perbedaan politik dalam menghulur bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan, dan tenaga.

“Saya telah berhubung dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu.

Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal,”kata Anwar.

Dalam kenyataan yang sama, Anwar mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang telah musnah akibat banjir besar ini.

“Saya, Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami semua yang terkesan,”kata Anwar

No comments:

Post a Comment