KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, May 24, 2014

SERANG PEJABAT DAP KUANTAN - KEADILAN PAHANG KUTUK KERAS TINDAKAN TIDAK BERTAMADUN

Berlanjutan daripada kejadian sekumpulan NGO "samseng" yang dilindungi serta dipercayai mendapat restu dari parti politik musuh kepada PR yang telah bertindak ganas menceroboh dan mengganas merosakkan Pejabat DAP Kuantan petang semalam, kami dari KEADILAN Pahang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun itu.

Melihat kepada situasi yang berlaku sebelum ini, kami yakin kejadian tersebut sememangnya telah dirancang untuk mewujudkan situasi tegang di antara kaum.  Sebelum ini kita telah melihat kumpulan yang beridentiti serupa yang menyorok di belakang NGO telah mengganas dan menceroboh Dewan Undangan Negeri P.Pinang, kemudiannya di Pejabat DAP di negeri tersebut.

"Rasict" ?  Eja pun tidak betul......
Pelik bin ajaib, tindakan ini seolah-olah 'sepi' dari pandangan pihak berkuasa.  Adakah sebarang tangkapan telah dilakukan di Penang?  Terang dan jelas di dalam foto dan video mereka menceroboh dan mengganas di Dewan Undangan Negeri, bahkan menentang pihak keselamatan yang mengawal Dewan Undangan tersebut serta lebih berani tidak menghiraukan pihak Polis yang tiba untuk menyuraikan keadaan.  Oleh kerana mereka seolah-olah dilindungi, maka pihak yang tidak bertamadun ini semakin berani.  Kini beralih ke Pahang pula.



Kami tidak menentang hak bersuara secara aman, tetapi bukan dengan cara mengganas dan menceroboh harta awam lebih-lebih lagi harta orang lain.  Tindakan sekumpulan samseng ini seolah-olah mendapat restu dari TPM, Muhyiddin yang semalam mengulas bahawa tindakan seperti itu mungkin kerana 'tindakan semulajadi".  Ini satu kenyataan yang amat bahaya dan rendah moralnya dari seorang TPM.  Bayangkan jika para penyokong PR yang bertindak seperti puak-puak ini?  Bayangkan jika Parlimen juga dilakukan seperti ini?  Apakah kami boleh menjawab, "Ini tindakan semulajadi"?.

KEADILAN Pahang ingin memberi amaran bahawa tiada jaminan bahawa negara ini boleh maju dan aman sentosa sekiranya pihak berkuasa seperti PDRM masih lagi berada di bawah ketiak parti politik dan tidak bersikap profesional. 

No comments:

Post a Comment