KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, May 19, 2014

SEKITAR PROGRAM INTERAKSI SPRM BERSAMA KEADILAN PAHANG PADA 18 MEI 2014

Semalam (18/5/2014) Ahad, bermula jam 09.00 pagi sehingga jam 01.30 petang satu Program Interaksi SPRM bersama Parti Politik dari KEADILAN Pahang telah diadakan di Dewan SPRM Pahang, Indera Mahkota, Kuantan.  Program ini adalah salah satu pendekatan SPRM untuk merakyatkan badan yang amat penting di dalam merealisasikan integriti pentadbiran negara.

Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota,YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah dijemput sebagai Ahli Panel bagi mengulas isu-isu berkaitan rasuah tambahan pula beliau adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang telah diwujudkan.

Paling bersejarah apabila program ini turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamad.  Turut hadir juga adalah Pengarah SPRM Pahang, Dato' Moh Samsudin bin Yusof dan Pengarah NKRA Pencegahan Rasuah, Dato' Hisham bin Hj Nordin.  Moderator program ini adalah Timbalan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang, Tuan Zainuddin bin Mat Husin.

Program bermula dengan Taklimat Aspektasi Program SPRM yang dsampaikan oleh Pengarah SPRM Pahang.  Taklimat NKRA SPRM pula telah disampaikan oleh Pengarah NKRA SPRM sendiri yang kemudiannya diikuti oleh sesi soal jawab hadirin dengan Pengarah-Pengarah berkenaan.  

Sejurus selesai waktu rehat, program disambung kembali di mana untuk sesi kedua dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya sendiri dan Ahli Panel iaitu YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Ketua Pesuruhjaya berucap di bawah tajuk "Harapan Melawan Kekangan Di Dalam Usaha Perangi Rasuah Dalam Negara".  Beliau banyak membangkit rasa terkilan kerana banyak kes-kes rasuah yang disiasat oleh SPRM akhirnya gagal di mahkamah kerana terdapat beberapa undang-undang yang membataskan usaha PSRM.  Beliau juga merasa sedih kerana terdapat si pengadu yang membuat aduan kepada SPRM dan sipengadu telah dilindungi oleh SPRM mengikut undang-undang yang ada (sipengadu dirahsiakan), namun sipengadu menghebahkan aduan kesnya itu ke pihak awam dan akhirnya imuniti sipengadu gagal dipertahankan oleh SPRM.  

Ahli Panel, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman pula menerangkan bidang tugas Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang terdiri daripada wakil-wakil dari parti-parti politik di negara ini.   Beliau menyatakan kekangan dan cabaran terbesar yang dihadapi oleh SPRM adalah bidang kuasa mereka yang terhad.  SPRM tiada kuasa untuk menjawab di dalam Parlimen bagi menjawab beberapa isu sebaliknya Menteri yang akan menjawab bagi pihak SPRM.  Kadangkala jawapan Menteri langsung tidak memuaskan dan ditolak oleh rakyat.  SPRM juga tiada kuasa untuk mendakwa terus sesuatu kes terutamanya melibatkan "ikan-ikan jerung" yang mana kuasa ini hanya terletak kepada Peguam Negara.  

Sehubungan itu, beliau bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah telah bersetuju untuk meminda beberapa undang-undang agar undang-undang yang dipinda ini dapat diluluskan oleh Parlimen. 

Program yang diadakan ini telah mendapat sambutan baik di mana dewan yang boleh memuatkan sekitar 100 orang itu hampit dipenuhi tetutamanya dari ahli-ahli KEADILAN.  Mereka juga mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab yang telah diadakan.

Pihak Penganjur juga telah menyambut kehadiran tetamu dengan begitu baik sekali dan semua yang hadir telah dijamu dengan minum pagi, minum waktu rehat dan makan tengahari.  

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada SPRM Pahang yang telah berani melangkah ke hadapan bersemuka dengan Parti Pembangkang bagi menjelaskan beberapa isu.  Meskipun tidak semua isu dipersetujui bersama namun apa yang lebih penting program seperti ini merupakan satu permulaan yang baik untuk merakyatkan SPRM.

Berikut di antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan:

Mendaftar
Di antara yang hadir
Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan KEADILAN mengajukan soalan
YB Dato Fauzi sedang mengulas beberapa isu
Sesi taklimat
Cenderahati dari SPRM kepada YB Dato' Fauzi
Kiri, Sdr Boestamim (KC Maran), Sdr Wan (Blogger), Sdr Alang (Ketua AMK Pahang), Pn Norbaini (PA Adun Teruntum), Sdr Hatta (Ahli MPN), Sdr Eddy (AMK Paya Besar) dan Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang)
Makan tengahari disediakan
YB Dato Fauzi bergambar bersama Tan Sri Abu Kassim (Ketua Pesuruhjaya SPRM).  Pn Dasimah (PKR Bentong) turut hadir
Sesi bergambar

No comments:

Post a Comment