KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, May 30, 2014

MATC/PEMILIHAN CABANG PAYA BESAR/JERANTUT ESOK (31/5/2014)

Sebagaimana yang diarahkan oleh JPP, Cabang Paya Besar dan Jerantut akan mengadakan MATC/Pemilihan pada esok, Sabtu (31/5/2014) setelah beberapa kali ditangguhkan.
 
MATC bagi Cabang-Cabang ini akan bermula mulai jam 09.00 pagi dan pemilihan/pengundian akan dibuat pada jam 10.00 pagi sejurus tamat MATC. Semua ahli diminta hadir seawal jam 08.00 pagi untuk urusan pendaftaran/semakan keahlian.  Lokasi untuk MATC/Pemilihan tidak berubah mengikut lokasi terakhir yang ditetapkan oleh JPP iaitu bagi Paya Besar akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota, di Indera Mahkota, Kuantan (berhampiran Mc D) di IM 1/8.  Bagi Cabang Jerantut pula akan diadakan di Restoren Ariff, No. 19 Bandar Inderapura, Jln Maran, Jerantut.  Semua ahli diminta mendapatkan maklumat terkini tentang MATC/Pemilihan tersebut di Pejabat/Markas Cabang masing-masing atau berhubung terus dengan KC atau SU Cabang.

Untuk makluman, segala urusan MATC adalah dibawah kuasa PKR Pusat dan PKR Negeri bertanggungjawab di dalam aspek pentadbiran dan perjalanan MATC. Berbeza dengan Pemilihan/Pengundian, semuanya adalah di bawah tanggungjawab JPP (Jabatan Pilihanraya Pusat) dan PKR Negeri tidak boleh mencampuri urusan pemilihan melainkan sekiranya diperlukan oleh JPP bagi membantu di dalam urusan tenaga kerja atau persiapan tempat pemilihan. 
 
Semua ahli diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.  

Monday, May 26, 2014

DAP MENANG DI BUKIT GELUGOR, SEMUA CALON LAIN HILANG DEPOSIT

Calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi.

Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pada jam 9.05pm.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu.

Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.


Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo – turut bersamanya.

DAP yang berharap memperoleh majoriti lebih tinggi berbanding tahun lepas, terpaksa mengalah kerana peratusan keluar mengundi yang rendah.

Terdahulu, sebelum para penyokong Karpal tiba di pusat pengiraan undi, mereka mengadakan sambutan yang penuh emosi.

Gurmit menitiskan air mata kegembiraan sambil memegang Ramkarpal, anak ketiga dan yang terbaru menyertai politik.

Ketiga-tiga calon lain hilang deposit RM15,000 mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi.

Calon-calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan, masing-masing mendapat 799 dan 225 undi.

Terdapat 539 undi rosak . Sementara itu, 56.4% atau 46,999 pengundi keluar mengundi di PRK Bukit Gelugor ini adalah antara paling rendah pernah dicatatkan, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata kehadiran yang rendah kerana Barisan Nasional tidak bertanding dan pengundi berasa yakin DAP akan memenangi PRK itu.

"Seperti dijangkakan juga, pengundi luar kawasan tidak pulang mengundi," katanya pada satu sidang akhbar di Dewan Sri Pinang. SPR menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 75%.

Ia adalah penurunan 30% daripada 86.3% bagi peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum tahun lepas apabila bapa Ramkarpal memenangi kerusi itu dengan jumlah 42,706 undi (61%).

Awal hari ini, Abdul Aziz berkata jumlah pengundi itu "sangat rendah" pada waktu pagi selepas pusat mengundi dibuka.

Beliau juga berkata sepatutnya lebih ramai pengundi muda keluar mengundi .

Kira-kira 37% daripada jumlah 82,431 pengundi di Bukit Gelugor berumur di antara 21 dan 39.

Beliau berkata jumlah kehadiran yang rendah tidak boleh dipersalahkan kepada faktor cuaca atau Piala Thomas.

"Kita perlu mengkaji lebih lanjut apa yang menyebabkan kadar keluar mengundi yang rendah."lapor The Malaysian Insider

Saturday, May 24, 2014

SERANG PEJABAT DAP KUANTAN - KEADILAN PAHANG KUTUK KERAS TINDAKAN TIDAK BERTAMADUN

Berlanjutan daripada kejadian sekumpulan NGO "samseng" yang dilindungi serta dipercayai mendapat restu dari parti politik musuh kepada PR yang telah bertindak ganas menceroboh dan mengganas merosakkan Pejabat DAP Kuantan petang semalam, kami dari KEADILAN Pahang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun itu.

Melihat kepada situasi yang berlaku sebelum ini, kami yakin kejadian tersebut sememangnya telah dirancang untuk mewujudkan situasi tegang di antara kaum.  Sebelum ini kita telah melihat kumpulan yang beridentiti serupa yang menyorok di belakang NGO telah mengganas dan menceroboh Dewan Undangan Negeri P.Pinang, kemudiannya di Pejabat DAP di negeri tersebut.

"Rasict" ?  Eja pun tidak betul......
Pelik bin ajaib, tindakan ini seolah-olah 'sepi' dari pandangan pihak berkuasa.  Adakah sebarang tangkapan telah dilakukan di Penang?  Terang dan jelas di dalam foto dan video mereka menceroboh dan mengganas di Dewan Undangan Negeri, bahkan menentang pihak keselamatan yang mengawal Dewan Undangan tersebut serta lebih berani tidak menghiraukan pihak Polis yang tiba untuk menyuraikan keadaan.  Oleh kerana mereka seolah-olah dilindungi, maka pihak yang tidak bertamadun ini semakin berani.  Kini beralih ke Pahang pula.



Kami tidak menentang hak bersuara secara aman, tetapi bukan dengan cara mengganas dan menceroboh harta awam lebih-lebih lagi harta orang lain.  Tindakan sekumpulan samseng ini seolah-olah mendapat restu dari TPM, Muhyiddin yang semalam mengulas bahawa tindakan seperti itu mungkin kerana 'tindakan semulajadi".  Ini satu kenyataan yang amat bahaya dan rendah moralnya dari seorang TPM.  Bayangkan jika para penyokong PR yang bertindak seperti puak-puak ini?  Bayangkan jika Parlimen juga dilakukan seperti ini?  Apakah kami boleh menjawab, "Ini tindakan semulajadi"?.

KEADILAN Pahang ingin memberi amaran bahawa tiada jaminan bahawa negara ini boleh maju dan aman sentosa sekiranya pihak berkuasa seperti PDRM masih lagi berada di bawah ketiak parti politik dan tidak bersikap profesional. 

Friday, May 23, 2014

Tarif elektrik dijangka naik 39 peratus

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.

Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016, kata preseden AWER S Piarapakaran.

Piarapakaran berkata, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan pada 2013 bahawa Peraturan Berdasarkan Peraturan (IBR) akan dicuba bermula 1 Januari tahun ini dan mekanisme baru pemotongan kos bahan api akan dilaksanaKAN.

“Kerajaan persekutuan juga mahu menaikkan has gas untuk penjanaan elektrik secara berkala untuk mencapai harga pasaran pada hujung 2015.

“Ini bermaksud, tarif elektrik akan disemak semula setiap enam bulan, jika kerajaan mengikut jadual yang dirancang,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Justeru, berdasarkan kiraan AWER mengambil kira dua senario itu, kenaikan kos elektrik tidak dapat dielakkan./KD

Monday, May 19, 2014

SEKITAR PROGRAM INTERAKSI SPRM BERSAMA KEADILAN PAHANG PADA 18 MEI 2014

Semalam (18/5/2014) Ahad, bermula jam 09.00 pagi sehingga jam 01.30 petang satu Program Interaksi SPRM bersama Parti Politik dari KEADILAN Pahang telah diadakan di Dewan SPRM Pahang, Indera Mahkota, Kuantan.  Program ini adalah salah satu pendekatan SPRM untuk merakyatkan badan yang amat penting di dalam merealisasikan integriti pentadbiran negara.

Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota,YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah dijemput sebagai Ahli Panel bagi mengulas isu-isu berkaitan rasuah tambahan pula beliau adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang telah diwujudkan.

Paling bersejarah apabila program ini turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamad.  Turut hadir juga adalah Pengarah SPRM Pahang, Dato' Moh Samsudin bin Yusof dan Pengarah NKRA Pencegahan Rasuah, Dato' Hisham bin Hj Nordin.  Moderator program ini adalah Timbalan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang, Tuan Zainuddin bin Mat Husin.

Program bermula dengan Taklimat Aspektasi Program SPRM yang dsampaikan oleh Pengarah SPRM Pahang.  Taklimat NKRA SPRM pula telah disampaikan oleh Pengarah NKRA SPRM sendiri yang kemudiannya diikuti oleh sesi soal jawab hadirin dengan Pengarah-Pengarah berkenaan.  

Sejurus selesai waktu rehat, program disambung kembali di mana untuk sesi kedua dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya sendiri dan Ahli Panel iaitu YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Ketua Pesuruhjaya berucap di bawah tajuk "Harapan Melawan Kekangan Di Dalam Usaha Perangi Rasuah Dalam Negara".  Beliau banyak membangkit rasa terkilan kerana banyak kes-kes rasuah yang disiasat oleh SPRM akhirnya gagal di mahkamah kerana terdapat beberapa undang-undang yang membataskan usaha PSRM.  Beliau juga merasa sedih kerana terdapat si pengadu yang membuat aduan kepada SPRM dan sipengadu telah dilindungi oleh SPRM mengikut undang-undang yang ada (sipengadu dirahsiakan), namun sipengadu menghebahkan aduan kesnya itu ke pihak awam dan akhirnya imuniti sipengadu gagal dipertahankan oleh SPRM.  

Ahli Panel, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman pula menerangkan bidang tugas Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang terdiri daripada wakil-wakil dari parti-parti politik di negara ini.   Beliau menyatakan kekangan dan cabaran terbesar yang dihadapi oleh SPRM adalah bidang kuasa mereka yang terhad.  SPRM tiada kuasa untuk menjawab di dalam Parlimen bagi menjawab beberapa isu sebaliknya Menteri yang akan menjawab bagi pihak SPRM.  Kadangkala jawapan Menteri langsung tidak memuaskan dan ditolak oleh rakyat.  SPRM juga tiada kuasa untuk mendakwa terus sesuatu kes terutamanya melibatkan "ikan-ikan jerung" yang mana kuasa ini hanya terletak kepada Peguam Negara.  

Sehubungan itu, beliau bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah telah bersetuju untuk meminda beberapa undang-undang agar undang-undang yang dipinda ini dapat diluluskan oleh Parlimen. 

Program yang diadakan ini telah mendapat sambutan baik di mana dewan yang boleh memuatkan sekitar 100 orang itu hampit dipenuhi tetutamanya dari ahli-ahli KEADILAN.  Mereka juga mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab yang telah diadakan.

Pihak Penganjur juga telah menyambut kehadiran tetamu dengan begitu baik sekali dan semua yang hadir telah dijamu dengan minum pagi, minum waktu rehat dan makan tengahari.  

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada SPRM Pahang yang telah berani melangkah ke hadapan bersemuka dengan Parti Pembangkang bagi menjelaskan beberapa isu.  Meskipun tidak semua isu dipersetujui bersama namun apa yang lebih penting program seperti ini merupakan satu permulaan yang baik untuk merakyatkan SPRM.

Berikut di antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan:

Mendaftar
Di antara yang hadir
Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan KEADILAN mengajukan soalan
YB Dato Fauzi sedang mengulas beberapa isu
Sesi taklimat
Cenderahati dari SPRM kepada YB Dato' Fauzi
Kiri, Sdr Boestamim (KC Maran), Sdr Wan (Blogger), Sdr Alang (Ketua AMK Pahang), Pn Norbaini (PA Adun Teruntum), Sdr Hatta (Ahli MPN), Sdr Eddy (AMK Paya Besar) dan Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang)
Makan tengahari disediakan
YB Dato Fauzi bergambar bersama Tan Sri Abu Kassim (Ketua Pesuruhjaya SPRM).  Pn Dasimah (PKR Bentong) turut hadir
Sesi bergambar

Saturday, May 17, 2014

Pemilihan KEADILAN pertandingan adik beradik – Anwar

PETALING JAYA 16 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu supaya menghormati keputusan yang dibuat anggota parti yang memilih mereka.

 
 
“Pemilihan ini satu persaingan persahabatan, terima keputusan dengan baik dan bijak dan bekerjalah dalam satu pasukan,”

“Tindakan mereka bekerja untuk memantapkan parti KEADILAN menyenangkan,” jelasnya dalam sidang media bersama-sama tiga calon Timbalan Presiden KEADILAN di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Dalam pada itu Anwar turut menyatakan rasa gembira dengan kehadiran Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution ke sidang akhbar tersebut.

Jelasnya kehadiran itu adalah satu isyarat kepada semua ahli bahawa persaingan yang wujud sedikitpun tidak melunturkan semangat kekeluargaan dalam parti.

“Ini umpama pertandingan adik beradik, Kita masih bersama-sama,” tegas Anwar dalam sidang media tersebut.

Sementara itu, Anwar berkata, kepimpinan utama tegas bersama menyatakan pendirian mengutuk kekecohan yang menyebabkan penggantungan pemilihan di beberapa cabang KEADILAN di Selangor minggu lalu.

Kekecohan itu jelasnya ditimbulkan oleh pihak luar terutama oleh bukan ahli parti sendiri./KD

Friday, May 16, 2014

MATC/PEMILIHAN CABANG JERANTUT DAN PAYA BESAR YANG DIJADUALKAN PADA 17 MEI 2014 (SABTU) INI DIBATALKAN

Mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh Pusat (JPP), Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) dan pemilihan bagi Cabang Jerantut dan Paya Besar yang dijadualkan pada 17 Mei 2014 (Sabtu) ini telah dibatalkan.  Tarikh baru bagi MATC/Pemilihan bagi kedua-dua Cabang tersebut akan dimaklumkan kemudian dan Notis baru akan dikeluarkan.

Untuk makluman, pembatalan terpaksa dilakukan oleh JPP atas sebab pihak berkenaan ingin menyelaraskan serta memantapkan lagi pengurusan pemilihan di semua Cabang di seluruh negara yang terlibat dengan penundaan tarikh sebelum ini.

Mohon hebahkan kepada semua ahli Cabang-Cabang berkenaan.

Wednesday, May 14, 2014

17 MEI - MATC CABANG PAYA BESAR/JERANTUT, 18 MEI - INTERAKSI BERSAMA SPRM

MATC/PEMILIHAN CABANG PAYA BESAR DAN JERANTUT PADA 17 MEI 2014

Sekali lagi diingatkan kepada semua ahli KEADILAN bagi Cabang Paya Besar dan Jerantut, Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) bagi kedua-dua Cabang tersebut akan diadakan pada 17 Mei 2014 bertempat di tmpat yang telah dinyatakan sebelum ini.

Pendaftaran dan semakan keahlian dibuka seawal jam 0800 pagi, seterusnya MATC dijangka akan bermula jam 10.00 pagi.  Sejurus selesai MATC, pengundian bagi jawatan di Cabang/Pusat akan diadakan serentak sehingga jam 06.00 petang.  Namun, waktu sebenar akan dimuktamadkan oleh wakil JPP pada hari tersebut.  Semua ahli dinasihatkan hadir lebih awal untuk urusan pendaftaran dan semakan keahlian, dan jangan lupa bawa bersama Kad Pengenalan dan Kad Keahlian (jika ada).

PROGRAM INTERAKSI SPRM BERSAMA PARTI POLITIK DI KUANTAN PADA 18 MEI 2014 (AHAD)

Tarikh:  18 Mei 2014 (Ahad)
Jam:  09.00 Pagi - 01.00 Tengahari.
Tempat:  Dewan SPRM, Indera Mahkota, Kuantan
Ahli Panel:  YB Dato' Fauzi Abdul Rahman dan pegawai SPRM serta lain-lain.

Terbuka kepada semua ahli KEADILAN.  Kehadiran dihadkan seramai 100 orang sahaja.  Makan minum disediakan oleh pihak penganjur.

Sila daftar lebih awal dengan memberikan nama penuh serta No Tel kepada Pn Norbaini (019-9562380), Sdr Hatta (017-9573855), Sdr Suhaimi (013-5809544) atau SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman (013-9929494).

Wednesday, May 7, 2014

CABANG JERANTUT, PAYA BESAR AKAN ADAKAN MATC/PEMILIHAN PADA 17 MEI 2014

Di Pahang, MATC dan pemilihan di semua Cabang kebanyakannya berjalan lancar dan teratur tanpa menimbulkan kekecuhan atau huru-hara seperti di beberapa negeri.  Hanya terdapat dua Cabang sahaja yang perlu diadakan MATC/Pemilihan pada 17 Mei ini atas beberapa sebab teknikal sepertimana yang telah diumumkan oleh JPP.

Cabang-Cabang berkenaan adalah Cabang Jerantut dan Paya Besar.  MATC/Pemilihan bagi Cabang-Cabang ini akan bermula mulai jam 09.00 pagi dan pemilihan/pengundian akan dibuat pada jam 10.00 pagi sejurus tamat MATC.  Lokasi untuk MATC/Pemilihan tidak berubah mengikut lokasi terakhir yang ditetapkan oleh JPP.

Untuk makluman, segala urusan MATC adalah dibawah kuasa PKR Pusat dan PKR Negeri bertanggungjawab di dalam aspek pentadbiran dan perjalanan MATC.  Berbeza dengan Pemilihan/Pengundian, semuanya adalah di bawah tanggungjawab JPP (Jabatan Pilihanraya Pusat) dan PKR Negeri tidak boleh mencampuri urusan pemilihan melainkan sekiranya diperlukan oleh JPP bagi membantu di dalam urusan tenaga kerja atau persiapan tempat pemilihan.  

Sehubungan itu, adalah tidak benar jika ada dakwaan bahawa PKR Negeri boleh mengatur lokasi atau menentukan siapakah calon yang bertanding atau tidak layak bertanding.  Kuasa menentukan kelayakan seseorang calon adalah kuasa mutlak JPP.  Sekiranya terdapat sebarang bantahan terhadap prosedur pemilihan mahu pun kelayakan calon, maka JPP telah menyediakan borang bantahan untuk dikemukakan kepada JPP.  Kita penuh yakin JPP akan meneliti setiap aduan dengan adil berpandukan tatacara dan undang-undang serta Perlembagaan Parti yang sedia ada sebelum memutuskan tindakan terhadap setiap aduan.

PKR Negeri berharap agar MATC/Pemilihan bagi kedua-dua Cabang ini akan dapat berjalan dengan baik dan lancar.  Jangan timbulkan kekecuhan sekiranya merasa tidak puas hati terhadap apa jua sewaktu pengundian.  Gunakan saluran yang sedia ada bagi menyuarakan bantahan dan ketidak puasan hati.  Harus diingat, JPP sahaja yang akan mengesahkan sesiapa yang menang dan terpilih, manakala jumlah undian yang diperolehi oleh seseorang calon belum boleh disahkan sebagai pemenang sebelum disahkan oleh JPP.  Ini adalah bagi membolehkan JPP menyiasat sebarang aduan (jika ada) sebelum mengesahkan keputusan.