KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, October 24, 2012

HINA HUKUM ISLAM - AMK PAHANG PULA BUAT LAPORAN POLIS

Isu penghinaan terhadap hukum Islam terutamanya oleh pemimpin dari MCA terus mendapat bantahan dari seluruh umat Islam di negara ini.  Satu demi satu penghinaan telah dibuat oleh pemimpin dari sekutu Umno itu terhadap Islam, terutamanya dari Presiden MCA sendiri iaitu Chua Soi Lek.  
 
Penghinaan terhadap hukum Islam bukan baru-baru ini berlaku, malahan ianya telah bermula di era Presiden Umno lagi di zaman Tun Dr Mahathir.  Tun sering mempertikaikan hukum Islam apabila beliau membicarakan soal aurat, Sunnah Nabi dan hukum Hudud. Kelakuan Tun ini dipelajari oleh pemimpin MCA di mana Chua Soi Lek pernah memperlekehkan hukum berjabat tangan Muslimah dengan lelaki yang bukan muhrim.  Beliau mempersendakan calon PAS, Cikgu Mala kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya sewaktu calon PAS ini bertanding di dalam PRK Dun Tenang sebelum ini.
 
AMK Pahang sejurus selepas membuat laporan Polis
Terbaru, Chua Soi Lek sekali lagi menghina Hukum Islam di dalam isu aurat wanita Muslim.  Beliau menuduh hukum ini seolah-olah 'membenarkan' lelaki-lelaki Islam merogol wanita yang bukan Islam sekiranya mereka tidak menutup aurat.  Tuduhan beliau tersebut kononnya bersandarkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz, sedangkan beliau tidak memahami konteks ucapan Mursyidul Am PAS tersebut.  Chua Soi Lek juga telah menghina hukum Hudud yang didakwanya boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi dan bertambahnya pengangguran.

Sehubungan itu, AMK Pahang telah membuat satu laporan Polis terhadap kenyataan menghina hukum Islam yang dibuat oleh Chua Soi Lek.  Laporan Polis telah dibuat di IPD Kuantan pada 22 Oktober baru-baru ini kira-kira jam 1.00 petang diketuai oleh Sdr Aidil Haryman, Timbalan Ketua AMK Pahang bersama beberapa ahli AMK Pahang.
 
Baru-baru ini juga, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang telah mempersendakan hukum Islam berkaitan hukum menutup aurat di dalam Twitter beliau.  Satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah telah mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang-orang Islam.  Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBSA) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.  Atas penghinaan ini, satu laporan Polis telah dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang pada 16 Oktober baru-baru ini bertempat di IPD Kuantan.

Twitter yang menghina Islam
AMK Pahang menuntut agar pihak berwajib melakukan siasatan segera terhadap laporan Polis yang telah dibuat di merata-rata tempat.  AMK juga merasa terkilan kerana golongan yang kononnya Ulamak di dalam Umno termasuk beberapa NGO seperti PERKASA atau JATI membisu di dalam isu ini.

No comments:

Post a Comment