KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 11, 2012

PROGRAM ANWAR DI K.LIPIS MALAM TADI, SAMBUTAN HEBAT WALAUPUN HUJAN

Pada petang semalam, 10 Julai 2012 cuaca di sekitar K.Lipis menampakkan hujan agak turun pada bila-bila masa sahaja.  Pada malam tersebut, satu ceramah MERDEKA RAKYAT bakal dilangsungkan bertempat di Markas PAS Kg Berchang, K.Lipis dengan menampilkan Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Lokasi tapak ceramah di Markas PAS Kg Berchang, K.Lipis
Suasana ke lokasi ceramah
Pimpinan serta petugas-petugas dari Pakatan Rakyat meliputi kawasan sekitar K.Lipis, Bentong dan Raub dilihat bertungkus lumus membuat persiapan tanpa mengira keadaan cuaca.  Tidak dilupakan, Skuad Unit Amal dan AMK telah melakukan tugas mereka dengan baik bagi menentukan program malam itu pasti berjalan lancar.  Seluruh kawasan sekitar menuju ke K.Lipis telah dipenuhi dengan bendera-bendera KEADILAN, PAS dan DAP.  Lokasi ceramah juga telah bersedia sepenuhnya menjelang jam 7.00 malam.  

Saf Kepimpinan PR di pentas utama
Pengerusi, Sdr Rizal Jamin berjaya kendalikan program dengan baik
Program malam tadi, selain dari Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menjadi pemidato utama di pentas adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Program yang diPengerusikan oleh Sdr Rizal Jamin, Penyelaras Dun Benta turut menampilkan Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Ronnie Liew (DAP), Ustaz Roslan (SU PAS Pahang), Haji Abas Awang (Ketua Cabang Bera. Ahli MPP) dan Sdr Zakaria Hamid (Ahli MPP).

Sdr Zakarian Abd Hamid (Ahli MPP)
Tuan Hj Abas Awang (Ahli MPP)
Ustaz Ruslan (SU PAS Pahang)
Hujan yang renyai-renyai seawal jam 09.00 malam mulai turun agak lebat pada jam 10 malam.  Amat dibanggakan, orang ramai setia berada di hadapan pentas.  Ada yang berpayung dan ada yang duduk setia di dalam hujan.  Di dalam keadaan basah kuyup, orang ramai terus menanti kemunculan kepimpinan utama berucap.  Hujan berterusan sewaktu Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil tempat untuk berceramah.  Pidato hebat penuh pengisian dari Pesuruhjaya PAS Pahang itu membuatkan orang ramai tidak merasa terkesan dengan air hujan yang membasahi mereka.

YB Ronnie Liew (DAP)
Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman
Ustaz Tuan Ibrahim di dalam ucapannya telah menyentuh tentang bagaimana pekerja-pekerja ladang di Cameron Highland yang telah bekerja lebih 50 tahun, syarikat tempat mereka bekerja telah dijual dan pekerja-pekerja ladang diusir.  "Ke mana mereka mahu pergi? Mereka tiada rumah, mereka tiada tanah.  Penduduk telah merayu kepada pihak kerajaan dengan menghantar 36 pucuk surat kepada pihak-pihak berkenaan termasuk MB.  Akhirnya apabila tidak mendapat layanan, mereka telah berhimpun di hadapan bangunan Pejabat MB petang tadi (semalam) dan seramai lebih kurang 30 orang telah ditangkap".  Ujar beliau.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang
Turut disentuh adalah berkenaan dengan mengadakan Pilihanraya di musim Haji.  "Mengapa perlu diadakan pilihanraya di musim Haji sedangkan banyak tarikh lain yang boleh dibuat?.  Kita minta PM jangan bubarkan Parlimen pada musim Haji.  Walau bagaimanapun, jika dibubarkan juga, bagi kita lawan tetap lawan". Tegas Ustaz Tuan Ibrahim lagi.

Hujan lebat tidak dihiraukan orang ramai yang hadir


Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman di dalam ucapannya banyak menyentuh tentang perbezaan perjuangan Pakatan Rakyat berbanding dengan Umno/Bn.  Kepimpinan Umno yang lebih mengutamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni membuatkan rakyat semakin menjauhi parti Umno (Baru) ini.  Menyentuh tentang hasrat Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti, seperti juga pendapat dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ucapannya malam tadi, Dato' Fauzi turut bersetuju bahawa Dato' Seri Anwar harus meneruskan perjuangan sehingga mencapai kemenangan untuk rakyat.

Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim
Sebagai pemidato yang ditunggu-tunggu, Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti biasa berpidato sambil mengelilingi pentas.  Beliau mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua yang hadir kerana bersemangat tinggi terus setia berada di dalam hujan untuk mendengar penerangan dari kepimpinan.  Ucapan beliau penuh dengan semangat sambil disambut oleh orang ramai dengan tepukan dan laungan Takbir.

Di antara isu yang dikupas oleh beliau adalah berkaitan isu penyelewengan LRT Ampang, isu di mahkamah Perancis berkaitan dengan pembelian Scorpene, Isu NFC (lembu kondo) dan berbagai isu penyelewengan pimpinan Umno/Bn.  Beliau turut memberi amaran kepada mantan PM, Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak akan terlepas dari hukuman sekiranya  Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan dibuktikan beliau telah menyeleweng hak dan wang rakyat sewaktu beliau memegang tampuk pemerintahan dahulu.

Dari Kiri, Sdr Rizal, Sdr Zakaria, Ustaz Tuan Ibrahim dan Dato' Fauzi
Dato' Seri Anwar mendedahkan bahawa sebab utama Tun Mahathir begitu marah kepada beliau seterusnya memecat beliau dari kerajaan dahulu adalah kerana permohonan Tun Mahathir untuk mendapatkan wang RM200 Juta bagi menyelamatkan syarikat anaknya tidak dilayan oleh Dato' Seri Anwar ketika itu yang memegang jawatan Menteri Kewangan.

Sekali lagi dengan penuh keyakinan dan ketegasan, Dato' Seri Anwar menjanjikan akan berlaku perubahan besar di dalam PRU ke 13 nanti.  Sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, janji utama yang Pakatan Rakyat akan lakukan adalah dengan menurunkan harga minyak, kadar elektrik dan air, pendidikan percuma, gaji minum RM1.100 buat permulaan dan banyak lagi yang mampu dilaksanakan. 

Najib bukan PM yang berani sebab itulah banyak keputusan Najib ditentukan oleh orang lain terutamanya oleh Tun Mahathir.  Keengganan Najib untuk berdebat dengan beliau jelas menunjukkan Najib hanya mahu pelajar dan mahasiswa berani berdebat sedangkan beliau adalah seorang yang penakut untuk berdebat.  Pertandingan Debat Piala PM setiap tahun diadakan, tetapi Najib tanpa malu dan segan mendakwa debat bukan budaya kita, ujar Anwar.

Kanan sekali, Penyelaras SAMM Pahang Bung Hatta bersama rakan-rakan turut berhujan
Unit Amal
Skuad Unit Amal dan AMK siap sedia 

Kesimpulannya, program malam tadi dianggap satu kejayaan luar biasa kerana di dalam keadaan cuaca hujan agak lebat, orang ramai terus menanti sehingga ke penghujung.  Tiada perkara yang tidak diingini berlaku atau provokasi dari pihak luar kerana kecekapan pihak keselamatan dari Unit Amal dan AMK telah membantu melicinkan program malam tadi.  Tahniah kepada pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment