KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, May 27, 2011

SEKITAR BENGKEL PILIHANRAYA ZON TIMUR, SEMANGAT UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN

Oleh: WFAUZDIN NS

TARIKH Pilihanraya Umum (PRU) Ke 13, walaupun menjadi satu misteri kepada rakyat tetapi pengalaman lalu banyak mengajar kita untuk meneka bilakah tarikh akan diadakan PRU di negara ini.

Melihat kepada situasi sekarang dengan gerak laku yang `pelik-pelik' dari Umno terutamanya, maka kita menjangkakan bahawa kemungkinan ianya akan diadakan pada tahun ini juga atau sawal-awalnya Jul ini nanti.

Sebilangan peserta Bengkel Pilihanraya Zon Timur yang hadir

Para peserta mendaftar diriBerdiri dan bersemangat menyanyikan Lagu Rasmi Keadilan

Sejajar dengan hasrat dan matlamat Pakatan Rakyat (PR) khususnya Parti Keadilan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya, maka satu gerak kerja yang bersungguh-sungguh telah diadakan dan diatur oleh PKR Pusat di bawah Jabatan Piliharaya Pusat (JPRP). Bagi Zon Timur meliputi tiga Negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan satu Bengkel Pilihanraya telah diadakan bermula pada 25 Mei sehingga 26 Mei 2011 bertempat di Duta Village resort, Beserah, Kuantan.

Kesemua Cabang PKR di negeri-negeri Pantai Timur telah menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta untuk mengikuti bengkel selama dua hari ini. Mereka akan merealisasikan segala ilmu dan latihan yang diberikan di kawasan masing-masing menjelang PRU nanti.

Wakil dari JPRP yang mengendalikan bengkel ini adalah terdiri Sdr Zakaria Abd Hamid Selaku Ketua Sekretariat JPRP, Tuan Hj
Ismail Yusof (Pengarah Ops), Sdr Fariz Musa (wakil MPP), Puan Aishah dan Puan Hasnah selaku `Trainer'. Sdr Zaidi selaku Ketua Biro Pilihanraya PKR Negeri Pahang turut hadir selaku Tuan Rumah kepada program ini.

Pada hari pertama wakil dari JPRP dan juga wakil dari MPP menyampaikan syarahan berkaitan objektif bengkel ini diadakan. Secara umumnya, kesemua peserta telah didedahkan dengan isu politik semasa dan bagaimana PKR menghadapi setiap isu yang sengaja ditimbulkan oleh Umno/Bn. PKR amat optimis, cita-cita ke Putarajaya bukan lagi sebagai satu `angan-angan Mat Jenin', tetapi ianya merupakan satu cita-cita murni untuk melakukan perubahan di dalam negara ini.

Sesi latihan bermula di sebelah petang 25 Mei 2011, di mana plan atau strategi untuk mendekati pengundi-pengundi didedahkan. Pengalaman PR di Selangor yang dilihat berjaya di dalam pendekatan mendekati pengundi serta menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor dijadikan sumber ilham untuk diguna pakai di setiap negeri. Perancangan yang strategik amat penting di dalam menghadapi sesuatu pilihanraya.

Pada hari kedua, semua peserta diberi kepada kumpulan masing-masing untuk membuat latihan secara praktikal. Wakil dari setiap kumpulan akan menyampaikan taklimat gerak kerja masing-masing bagaimana mereka akan mengatur strategi untuk berkempen dan mendekati pengundi di kawasan masing-masing.


Peserta tekun di dalam latihan/bengkel pilihanraya

Pada sebelah petang 26 Mei, upacara penutup bengkel telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi Keadilan Negeri Pahang. Beliau merasa kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh semua peserta yang hadir dan ini menunjukkan komitmen mereka untuk berganding bahu berusaha dengan lebih kuat bersama pimpinan parti untuk melakukan perubahan.

Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi Keadilan Pahang

Beliau turut mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada pihak JPRP yang telah sanggup meluangkan masa untuk menjayakan program ini. Mudah-mudahan bengkel yang telah diadakan ini akan terus dipraktikkan di peringkat zon atau kawasan masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Penyampaian Sijil Penyertaan juga telah disampaikan oleh Ybhg Dato' Fauzi kepada semua peserta.

Program ini berakhir dengan doa selamat beserta menyanyikan Lagu Rasmi Keadilan dengan semua peserta bersalam dan berpeluk bahu sesama rakan menandakan ikatan silaturrahim terjalin dan semangat perpaduan berbilang kaum tidak pernah luput di dalam Parti Keadilan Rakyat. REFORMASI !! LAWAN TETAP LAWAN !!





No comments:

Post a Comment