KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, May 31, 2011

LYNAS - Seriuskah k'jaan mempamer laporan EIA, RIA?

Wong Teck Chi
Mei 31, 11

Wartawan di Kuala Lumpur semalam menghadapi kesulitan bagi mendapatkan salinan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) berhubung projek nadir bumi Lynas.

NONEIni di sebalik jaminan kerajaan persekutuan bahawa projek yang sedang dibina di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang oleh syarikat perlombongan Australia itu akan dipamerkan untuk tatapan orang ramai.

Malaysiakini mengunjungi satu daripada dua lokasi di Kuala Lumpur yang mempamerkan laporan berkenaan semalam. Namun tinjauan kami di lokasi berkenaan - Perpustakaan Negara - mendapati ia ditutup.

Menurut papan kenyataan di luar bangunan itu, perpustakaan ditutup pada Isnin. Ia dibuka setiap Selasa hingga Ahad.

Wartawan tempatan juga menghubungi ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya tetapi diberitahu oleh pegawai bertugas bahawa perpustakaan JAS juga ditutup setiap Isnin.

NONE"Awak terpaksa datang pada hari Selasa jika ingin membaca laporan itu,” kata pegawai berkenaan.

Namun, Malaysiakini berjaya mendapatkan laporan itu di ibu pejabat JAS Selangor di Shah Alam, selepas membuat beberapa panggilan telefon ke beberapa pejabat cawangannya.

Bagaimanapun wartawan hanya dibenarkan menyalin laporan berkenaan yang setiap satunya setebal dua inci dengan tulisan tangan. Membuat salinan penduaan melalui mesin fotostat atau merakamkan gambar dilarang sama sekali.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri minggu lalu mengumumkan bahawa orang ramai boleh menyemak kedua-dua laporan EIA dan RIA selama sebulan bermula 30 Mei.

NONETindakan itu dilihat sebagai usaha kerajaan bagi mententeramkan kemarahan orang ramai yang membantah projek kontroversial oleh Lynas Advanced Material Plant (Lamp) itu.

Sesetengah rakyat bimbang projek itu akan bertukar menjadi satu bencana jika tidak diuruskan dengan betul kerana Malaysia akan mengimport radiasi melalui nadir bumi yang dibawa masuk ke negara ini untuk diproses./Malaysiakini

No comments:

Post a Comment