KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 11, 2013

AL FATIHAH - JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD RAFLIE MANGSA TEMBAKAN DIKEBUMIKAN PAGI INI

Petang semalam (10 Nov 2013), satu kejadian malang berlaku lagi tapi kali ini melibatkan kakitangan Jabatan Agama Islam pula.  Di dalam kejadian lebih kurang jam 2.00 petang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raflie Ab Malik mati ditembak dari jarak dekat di perkarangan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.  Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa dengan 3 das tembakan.  Motif pembunuhan masih di dalam siasatan Polis.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di luar rumah mangsa
MP Kuantan, YB Fuziah Salleh turut hadir menziarahi
KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham Ahmad Raflie, serta mendoakan agar Roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh dan mendapat kerahmatanNya.
 
Mangsa - Allahyarham Ahmad Raflie
Kami memandang serius kadar jenayah yang semakin serius sehinggakan tidak lagi mengira mangsa dan kejadian tembakan boleh berlaku di waktu siang di hadapan rumah.  Ini menunjukkan penjenayah tidak sedikit pun gentar dan dikhuatiri kejadian seperti ini bakal berulang jika pihak berkuasa gagal menanganinya.  
 

Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang telah dimaklumkan kejadian malang tersebut terus bergegas ke rumah Allahyarham.  Turut hadir adalah MP Kuantan, YB Fuziah Salleh.  

Diberitakan jenazah Allahyarham akan disemadikan pagi ini selepas selesai urusan bedah siasat di HTAA, Kuantan. 

Thursday, November 7, 2013

ALLAHYARHAM TUAN HJ SUHAIMI SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah Allahyarham Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ketua Cabang K.Krau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 4, Jalan Maran-Temerloh pagi semalam.

YB Dato' Fauzi tidak dapat menahan kesedihan sewaktu berdoa di sisi arwah ketika masih berada di Hospital


Turut mengiringi jenazah Sdr Ahmad Nizam, Timb Pengerusi MPN juga Ketua Cabang Temerloh

Balu Allahyarham, Kak Hendun bersama keluarganya menjirus air di atas pusara Allahyarham sebaik sahaja disemadikan

AL FATIHAH.

Wednesday, November 6, 2013

JENAZAH ALMARHUM TUAN HAJI SUHAIMI DIKEBUMIKAN PAGI INI

AL FATIHAH.

Sekitar suasana yang memilukan di Hospital Temerloh petang semalam sebaik sahaja dimaklumkan bahawa Tuan Hj Suhaimi Said telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 06.00 petang.  Beberapa pimpinan dan rakan Almarhum turut hadir menziarahi jenazah di Hospital.  Jenazah kini berada di rumah keluarganya di Km 4, Jalan Maran-Temerloh dan akan disemadikan pagi ini.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang sempat membacakan doa disisi jenazah Almarhum

YB Tuan Syed, Adun K.Semantan sedang berbicara dengan Puan Hendon, balu Almarhum yang sentiasa tabah dan tenang menghadapi ujian pemergian suami tercinta
Kakak Almarhum (duduk di kerusi) menahan tangisan di atas pemergian adik tersayang
YB Tuan Syed (Adun K.Semantan), Pak Yassin Salleh (Penyajak terkenal) dan Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang)


Tuesday, November 5, 2013

AL FATIHAH - TUAN HJ SUHAIMI SAID KEMBALI KE RAHMATULLAH

AL FATIHAH.

Dukacita KEADILAN Negeri Pahang mengumumkan berita sedih, pemergian Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ahli MPP, Naib Pengerusi KEADILAN Pahang merangkap Ketua Cabang K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 06.00 petang tadi (05 Nov 2013 - 01 Muharram 1435H) di Hospital Temerloh.


Sebelum ini Almarhum telah mendapat rawatan di Hospital Temerloh, kemudiannya beberapa kali mendapat rawatan di HUKM, Ceras dan akhirnya kembali menerima rawatan di Hospital Temerloh di mana beliau menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.  Penyakit 'misteri' yang mempunyai kaitan dengan penyakit tulangnya mula serius sejurus PRU 13 yang lalu di mana Almarhum juga adalah calon KEADILAN di Dun Jenderak tetapi tewas.

Difahamkan jenazah beliau akan dibawa pulang di rumahnya di Batu 4, Jalan Maran-Temerloh dan akan disemadikan esok (06 Nov 2013).  

KEADILAN khasnya, KEADILAN Pahang khususnya merasai amat kehilangan seorang tokoh dan pejuang yang tidak pernah serik dan mengalah memperjuangkan nasib rakyat terutamanya perjuangan beliau membela nasib para peneroka Felda dan masyarakat Orang Asal.  Kata-kata beliau " Buat kerja belum tentu menang, tidak buat kerja pastinya tidak akan menang" masih utuh pada semua pimpinan KEADILAN Pahang dan akan kami jadikan azimat untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta seluruh Ahli MPN, mewakili seluruh ahli KEADILAN Pahang mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran bagi menghadapi ujian yang berat ini.  

Marilah kita bersama mendoakan agar Roh Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh dan para pejuang Islam sebelum ini, semoga mendapat kerahmatan dari Allah Subhanahu Wataala.  
AL FATIHAH.

* Sedikit serba ringkas tentang Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said (Petikan dari blog Biro Orang Asal PKR Pahang):



Beliau telah dilahirkan di Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang pada 8.12.1944. Tempat di mana ramai pejuang Negara muncul. Misalnya Allahyarham ayahahanda beliau sendiri adalah seorang pejuang didalam Angkatan Pemuda Insaf, sayap Pemuda kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Nama Lubok kawah merupakan sebuah kampong yang telah mengalami evolusi dan revolusi dalam dunia politik kerana kebanyakan penduduknya adalah pejuang-pejuang kebangsaan menuntut kemerdekaan. Akhirnya kampung ini disenarai hitam oleh kerajaan inggeris kerana kesemua penduduknya kecuali yang mempunyai anak kecil menyertai PKMM, API dan AWAS.

Sebelum menyertai Parti keadilan Rakyat, partama sekali yang beliau sertai ialah Parti Rakyat Malaysia, sebelum menyertai Parti Islam se-Malaysia dan akhirnya satu kesilapan besar menyertai UMNO. Hal ini telah diakui sendiri oleh beliau. Menurutnya UMNO hanya untuk golongan elitis dan kapitalis. Setelah Keluar daripada PRM kerana parti tersebut telah berpecah kepada dua kumpulan sebelum lumpuh disebabkan ramai ahlinya yang keluar. PRM Pahang lumpuh kerana terdapat tuduhan kepada presiden parti tersebut sebagai tali barut kerajaan,

Beliau mengakui sebagai “binatang” dalam politik kerana selepas keluar daripada PRM beliau menyertai PAS dan menumpukan kepada isu-isu felda iaitu hak pemilikan individu kepada setiap peneroka. Akhirnya ramai ahli Umno yang keluar parti dan menyertai PAS. Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.

Di Melaka beliau tidak duduk diam, beliau terus berjuang dan menubuhkan banyak cawangan cawangan PAS dan mewujudkan Pas Selatan-Selatan. Keadaan ini amat merunsing dan membimbangkan UMNO negeri Melaka. Maka sekali lagi beliau ditahan dibawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.

Selepas lama menyepikan diri, beliau kembali ke arena politik setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada di rumah rumah saudara Nizam Hamid 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali. Kemasukan beliau dalam KEADILAN setelah Bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar dan Marina Yusf tidak wujud lagi dalam parti ini.

Bermula Januari 2008, beliau memasuki Kuala Krau dan menubuhkan cabang Kuala Krau bermula ahli yang kosong hanya dibantu oleh saudara Razak Hussein, SuhaimI Abdullah dan seterusnya saudara Man Kadir (Abdul Kadir Abdul Manaf). Akhirnya ahli Keadilan cabang ini meningkat hampir 30 orang.

Sehingga kini cabang Kuala Krau mempunyai ranting-ranting di 10 buah perkampongan Orang Asal, dan di kampong-kampong tradisi Melayu yang dulunya langsung tidak boleh dihampiri seperti Kg Paya Luas, Kg Gong Halt, Kg Dato Sharif Ahmad, dan kami juga ada ranting di Felda Jenderak Utara, Kg Jenderak, Estet Sg Tekal, Tmn Seri Desa, dan keahlian PKR di DUN Jenderak kini sudah dapat mengatasi Cabang-Cabang PKR yang sudah tertegak hampir 10 tahun yang lampau. Kini kami membantu pula rakan-rakan PR khususnya PAS di Kuala Krau dengan menubuhkan ranting-ranting di Felda Jengka 22, Felda Jengka 11, Kg Matau dan Kg Rumpun Makmur.

Dikalangan Orang Asal, Haji Suhaimi Said sangat terkenal kerana sikap peramah dan marhaen selau yang berkujung ke perkampung Orang hampir setiap minggu. Menurut Kin Kasim, Ketua ranting Kampung Penderas Haji Suhaimi Said adalah salah pemimpin Jahut dan Ustaz Badrul Amin berseloroh sebagai Batin Orang Asal Malaysia. Walaupun agak lucu gelaran tersebut tetapi yang nyatakan usaha beliau telah berhasil dan telah dihargai oleh Orang Asal bahkan rakyat Malaysia.

MARI ZIARAH TUAN HJ SUHAIMI DI HOSPITAL TEMERLOH

Di sebalik kita merasa bersyukur di atas kemenangan rakan kita, calon PAS di PRK Dun Sg Limau semalam, kita masih merasa dukacita dengan musibah berupa ujian yang dihadapi oleh orang kuat KEADILAN Pahang yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said yang kini diberitakan masih kritikal di Hospital Temerloh.
 
 
 
Sebelum ini, beliau telah beberapa kali dibawa ke HUKM, Ceras dan kini dirawat semula di Hospital Temerloh.  Selain dari menerima rawatan secara moden, Tuan Hj Suhaimi juga telah berikhtiar untuk menerima rawatan secara tradisional, namun sehingga kini kesihatannya masih belum berubah.  Sewaktu artikel ini ditulis, beliau masih tidak sedarkan diri dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan.

 
 
Beberapa rakan dan pimpinan parti termasuk dari Bn telah menziarahi beliau samada di rumahnya mahupun sewaktu beliau berada di hospital.  Oleh yang demikian, sesiapa yang mahu menziarahinya bolehlah datang ke Hospital Temerloh, di Aras 7, Kenanga 12, Katil No. 11. 
 
Marilah kita bersama-sama mengadakan Solat Hajat dan berdoa agar Tuan Hj Suhaimi Said diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini termasuk juga kaum keluarganya, di samping sentiasa berdoa agar beliau dipulihkan dari penyakit yang dihadapinya.  Sesungguhnya, perjuangan beliau amat ditagih dan diperlukan oleh rakyat terutamanya dari golongan peneroka Felda dan Orang Asal kerana beliau tidak pernah jemu memperjuangkan nasib golongan ini.
 
"Kepada Mu Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada hambamu yang lemah dan dhaif itu, hanya Engkau Maha Penyembuh Segala Penyakit".  Amin.

Monday, November 4, 2013

PAHANG JUARA - TAHNIAH DARI KEADILAN PAHANG

TAHNIAH dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Pahang "Tok Gajah" yang telah menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan Juara bertahan Kelantan "The Red Warriors" 1-0 pada Perlawanan Akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.
 
Pahang Juara Piala Malaysia
Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira Skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.  Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.
 
YB Dato' Fauzi (dalam bulatan) turut sama memberikan sokongan
Menyedari semangat penyokong-penyokong "Tok Gajah" yang teruja dengan Perlawanan Akhir ini di samping bandar Kuantan dan Indera Mahkota juga mempunyai ramai anak jati Kelantan yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam, maka atas inisiatif Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Indera Mahkota telah menyediakan skrin gergasi untuk memudahkan para penyokong kedua-dua pasukan menonton perlawanan yang pastinya sengit itu.
 
Jaringan tunggal pasukan Pahang dirayakan oleh para penyokong

Tayangan skrin gergasi malam tadi adalah kali kedua diadakan.  Sebelum ini, ianya juga telah diadakan sewaktu Perlawanan Separuh Akhir Kedua melibatkan pasukan Pahang menentang Sarawak. Para penyokong dari kedua-dua pasukan memenuhi perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman itu.
 
Merayakan kemenangan sebaik wisel penamat
Terima kasih di atas usaha staf kakitangan pejabat berkenaan yang menjayakan tayangan malam tadi dan terima kasih juga buat orang ramai yang meluangkan masa bersama menonton perlawanan malam tadi.  Kehadiran Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman juga menambahkan kemeriahan buat para penyokong.
 
Tahniah Skuad Tok Gajah.