KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, November 4, 2013

PAHANG JUARA - TAHNIAH DARI KEADILAN PAHANG

TAHNIAH dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Pahang "Tok Gajah" yang telah menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan Juara bertahan Kelantan "The Red Warriors" 1-0 pada Perlawanan Akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.
 
Pahang Juara Piala Malaysia
Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira Skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.  Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.
 
YB Dato' Fauzi (dalam bulatan) turut sama memberikan sokongan
Menyedari semangat penyokong-penyokong "Tok Gajah" yang teruja dengan Perlawanan Akhir ini di samping bandar Kuantan dan Indera Mahkota juga mempunyai ramai anak jati Kelantan yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam, maka atas inisiatif Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Indera Mahkota telah menyediakan skrin gergasi untuk memudahkan para penyokong kedua-dua pasukan menonton perlawanan yang pastinya sengit itu.
 
Jaringan tunggal pasukan Pahang dirayakan oleh para penyokong

Tayangan skrin gergasi malam tadi adalah kali kedua diadakan.  Sebelum ini, ianya juga telah diadakan sewaktu Perlawanan Separuh Akhir Kedua melibatkan pasukan Pahang menentang Sarawak. Para penyokong dari kedua-dua pasukan memenuhi perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman itu.
 
Merayakan kemenangan sebaik wisel penamat
Terima kasih di atas usaha staf kakitangan pejabat berkenaan yang menjayakan tayangan malam tadi dan terima kasih juga buat orang ramai yang meluangkan masa bersama menonton perlawanan malam tadi.  Kehadiran Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman juga menambahkan kemeriahan buat para penyokong.
 
Tahniah Skuad Tok Gajah.

No comments:

Post a Comment