KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, June 13, 2012

WWW 1: Pemuda PAS cabar Pemuda Umno berdebat


Muhammad Faeez,
12 Jun 2012



 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Pemuda Umno Johor berdebat dalam isu pembidaan plat WWW 1.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda Umno Johor telah membohongi rakyat Johor tentang kemelut bidaan plat yang sedang hangat diperkatakan ini.

Menurutnya, Pemuda Umno Johor telah menjadikan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai sasaran utama dengan mengheret rakyat Johor terhadap isu bidaan nombor plat WWW 1 yang berharga RM520,000.

“Kami sangat kesal dengan tindakan Pemuda Umno yang meracuni pemikiran.

“Justeru kami mengajak Pemuda Umno berdebat tentang isu ini bagi merungkai perkara sebenar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena dan Bukit Gantang, Datuk Mahfuz Omar dan Nizar turut serta.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, pihaknya akan menghantar semua bukti-bukti tentang penghinaan Kosmo terhadap Sultan Johor berhubung isu bidaan plat WWW 1.

Tambahnya, Pemuda PAS hairan sehingga hari ini pihak polis langsung tidak membuat kenyataan dan tindakan kepada akhbar Kosmo dan ianya menggambarkan pihak Polis ‘memilih bulu’ dalam membuat sesuatu tindakan.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu juga mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menteri Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat MCA 1 yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?

“Apa agenda sebenar akhbar Kosmo dan siapa di belakang akhbar ini?,” soal beliau.

Terdahulu, Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo yang sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Sebanyak enam keluaran sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini dan Pemuda PAS telah mendesak pihak Polis turut membuat siasatan terhadap akhbar Kosmo./harakahdaily

LEBIH SEBULAN, BARU DIBERITAHU PERHIMPUNAN BERSIH TIADA FATWA HARAM

Lebih dari sebulan kita dialunkan dengan tohmahan oleh media kawalan Umno bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu hukumnya `haram'.  Mereka memetik kenyataan beberapa orang Mufti bahkan dikeluarkan sendiri oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Media menghukum, Majlis Fatwa diam?

Namun, semalam di Parlimen terbongkarlah rahsia bahawa sebenarnya tiada satu pun Fatwa yang dikeluarkan berkaitan Perhimpunan BERSIH.  Ustazah Umno, Mashitah menjawab di Parlimen bahawa yang ada cuma `nasihat' dari beberapa orang Mufti dan juga nasihat dari Jawatankuasa Majlis Fatwa.  Semenjak bila pula di dalam Majlis Fatwa atau para-para Mufti ini dilantik sebagai Penasihat?  Dan, mengapa para Penasihat ini tidak menegur media-media yang menyebut bahawa satu fatwa telah dikeluarkan?  


Kalau tiada fatwa, bagaimana boleh dikatakan Tok Guru Nik Aziz pertikai fatwa?
Berita Hairan pun keluar hukum `Haram'? Majlis Fatwa diam sajakah?

Apakakah `nasihat' itu setaraf dengan `fatwa'?  Kalau fatwa berkaitan isu Perhimpunan BERSIH 3.0 benar-benar telah dikeluarkan dan kita masih pertikaikan dari segi kaedah serta rujukanfatwa berkenaan, apatah lagi jika ianya hanya berbentuk `nasihat'.  Kita bimbang `nasihat' yang diberi sama seperti di dalam filem `Tiga Abdul' yang mana ada watak `Tuan Penasihat 20 persen'.

Apa ini?  Sesuka hati berhukum?
 
Sekarang sudah jelas bahawa tiada hukum `haram' terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0.  

Ihsan gambar: Blogger sahabat Cenangau dan Amenoworld

Tuesday, June 12, 2012

MALAM INI (12 JUN) - DUA PROGRAM CERAMAH PASTI MENGGEGARKAN







MALAM INI (12 JUN) - CERAMAH PERDANA DI FELDA TEMENTI


Malam ini (Selasa - 12 Jun 12), satu Ceramah Perdana akan diadakan di Simpang Kepayang, Felda Tementi, Pahang.  Senarai penceramah adalah seperti berikut:

YB Dato' Saifuddin Nasution - MP Machang/SUA KEADILAN
YB Leong Ngah Ngah - Adun Triang/Pengerusi DAP Pahang
Sdr Mazlan Aliman - Presiden ANAK
Tuan Hj Abas Awang - MPP KEADILAN/Ketua Cabang Bera
Sdri Ginie Lim
Sdr Bob Manolan - Ketua Biro Orang Asal

Orang ramai dijemput hadir.  Sila hebahkan,

Monday, June 11, 2012

JADI MENTERI TAPI SEWA RUMAH ORANG LAIN BAYAR?

Harakah

KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur. 
 

“Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

“Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

“Jawab la…nak lawan sangat,” katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

“Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

“Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya,” katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar.

Saturday, June 9, 2012

ISU PENDIDIKAN - UMNO TIDAK SERIUS

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor percaya bahawa berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN hari ini tidak menghilangkan kemarahan dan bantahan rakyat terutamanya mahasiswa dan keluarga yang terlibat dalam ‘permainan’ politik Kerajaan Umno Barisan Nasional.

Malah situasi terbaru ini menurut pemerhatian AMK Selangor adalah bukti nyata Kerajaan Umno BN tidak serius menguruskan masa depan pendidikan di Malaysia kecuali menjadikannya sebagai talian hayat bagi memaksa sokongan rakyat terhadap polisi mereka.

Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini menyebut langkah membekukan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS ini adalah sebagai peluang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma.

Saya menganggap percaturan politik Umno BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Sokongan rakyat juga semakin meningkat apabila wujud persetujuan lisan bahawa Adun-Adun Pakatan Rakyat di Selangor bersedia membantu mahasiswa ini melalui peruntukkan DUN yang mereka perolehi.

JANGKAAN UMNO BN MELESET, PAKATAN RAKYAT KEKAL KOMITED

Perkiraan Kerajaan Umno BN untuk melihat rakyat bangkit menekan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mencapai sasaran apabila dengan mudah rakyat melihat kecenderungan Umno BN untuk mengancam dan mengugut rakyat apabila mereka mati hujah dengan dasar polisi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Umno BN jelas berada dalam tekanan yang begitu memuncak lalu membuatkan Datuk Seri Khaled Nordin hilang arah sehingga mengeluarkan arahan sedemikian sebelum terpaksa menarik balik tindakan tersebut. Pimpinan Umno BN sendiri tidak bersetuju dengan langkah sumbang Khaled Nordin ini seperti yang boleh dilihat kritikan YB Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda Umno menerusi laman sosial Twitternya.

Ternyata niat dan tindakan Kerajaan Umno BN untuk menganiayai rakyat dan mensabotaj masa depan anak-anak muda harus dilihat sebagai satu politik biadab dan ketandusan. Anak-anak muda sebagai satu aset masa depan sesebuah negara, mahu dikorbankan semata-mata mempunyai hubung kait dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak BN pada 2008.

AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat. Saya merasakan tindakan Khaled Nordin ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat Umno BN.

Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan dasar pendidikan yang didokongnya iaitu selari dengan kehendak dan keperluan sebenar negara. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan tidak mengancam rakyat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu bahan tawar-menawar semata-mata untuk menyaingi kredibiliti politik lawan.

AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan Pakatan Rakyat sebagai ganti di Putrajaya.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Pusat

Friday, June 8, 2012

Anwar Ibrahim Akan Umum Kejutan Besar


 
 
Walaupun Perdana Menteri Najib Tun Razak masih ketakutan mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13 berikutan laporan bahawa sokongan kaum Cina dan India telah tergelincir, pesaingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melahirkan keyakinan yang tinggi, Pakatan Rakyat (PR) akan menang dengan majoriti yang "selesa" pada PRU akan datang.

Anwar Ibrahim membayangkan satu "kejutan besar" akan datang yang akan diumumkan tidak lama lagi di Sabah, yang mana beliau mendakwa akan menukar seluruh lanskap politik negara. "Saya benar-benar pasti, Insya'Allah, yang kami akan melakukan yang lebih baik ... cukup untuk mendapatkan majoriti mudah, dan selesa di Putrajaya," Anwar optimis memberitahu Foreign Correspondents Club of Malaysia (FCCM) semasa ceramah makan malam hari Selasa semalam.




"Anda juga akan menerima berita untuk beberapa kejutan di Sabah ... Saya rasa tidak lama lagi anda akan mendengar ... dan ini akan mengubah landskap politik. Kami pasti menembusi pasaran dan kita mampu untuk memenangi banyak kerusi ... mencukupi untuk mempunyai majoriti mudah," katanya.

"Tetapi saya agak optimistik. Persoalannya sekarang ialah Sabah dan Sarawak. Kami mempunyai sokongan popular (pada 2008) dari segi undi di sini di Semenanjung tetapi kami kalah teruk di Sabah dan Sarawak. Tetapi untuk empat tahun yang lalu, kami telah cuba keras dan kita mempunyai pemimpin yang mampu sekarang. Dan sekarang di Sarawak, jika anda pergi ke Rumah Panjang dimana-mana, orang-orang Iban bercakap tentang (stesen anti-BN) Radio Free Sarawak.


Umno/Bn Sudah Masuk Jerat

Anwar mendedahkan bahawa strategi Pakatan Rakyat adalah untuk PKR dan PAS memberi tumpuan kepada mengurangkan undi Melayu kepada UmnoBn, kerana UmnoBn sudah putus asa mendapat sokongan kaum Cina dan India.

"Strategi Umno adalah untuk menyatukan sokongan di kalangan orang Melayu ... perkara yang positif bagi Pakatan Rakyat adalah bahawa mereka telah mendapat sokongan besar dari kaum Cina, kaum India, dan juga sokongan orang Melayu. "Strategi kita untuk PKR dan PAS adalah untuk memberi tumpuan kepada kerusi Melayu. Itulah sebabnya mengapa anda lihat pengumuman Perdana Menteri di Felda ... alasan pertempuran masih kerusi Melayu, "katanya./Reformis Anak Muda