KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, March 31, 2014

KAMARZAMAN, SIEW SAHKAN BERTANDING DI CABANG PAYA BESAR

Sebelum ini diberitakan bahawa YB Lee Chean Chung menawarkan diri untuk bertanding Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota.  Difahamkan Adun Semambu ini menawarkan diri setelah mendapat maklumat bahawa MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang tidak bertanding jawatan tersebut.

YB Chean Chung bertanding Ketua Cabang Indera Mahkota

Sdr Razali Alias - Bertanding Ketua Cabang Indera Mahkota atau Timbalan? 
Terdapat ura-ura bahawa jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota agak 'panas; kerana difahamkan terdapat dua calon berminat menduduki Kerusi tersebut.  Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan KEADILAN Negeri difahamkan ingin mencuba nasib di jawatan tersebut.  Di samping itu, seorang lagi aktivis terkenal iaitu Sdr Zukri Aksah difahamkan akan menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang.  Sdr Zukri Aksah sememangnya berasal dari KEADILAN, namun keluar dari KEADILAN untuk menyertai PAS dan kemudiannya aktif semula bersama KEADILAN dan difahamkan telah pun menjadi ahli KEADILAN semula.

Selain dari Cabang Indera Mahkota, admin difahamkan bahawa Cabang Paya Besar juga bakal menyaksikan pertandingan di jawatan Ketua Cabang.  Setakat ini, kami diberitahu bahawa Setiausaha KEADILAN Negeri yang juga Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman Mohamed Yunus bersedia untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Paya Besar.  Ketua Cabang sebelum ini adalah Tn Hj Zahari Mamat yang telah pun keluar dari parti menjelang PRU 13 yang lalu.

Tawar diri bertanding Ketua Cabang Paya Besar
Jawatan Timbalan Ketua Cabang Paya Besar, kami difahamkan bahawa Sdr Siew, Naib Pengerusi 2 KEADILAN Negeri Pahang ingin menawarkan diri. 

Apa pun, keputusan mereka yang bertanding hanya boleh diketahui pada hari Penamaan Calon iaitu pada 04 April 2014 ini yang akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jln Bukit Sekilau Kuantan.  Penamaan Calon bermula jam 09.00 pagi sehingga jam 04.00 petang pada tarikh tersebut.

Mr Siew bertanding Timbalan Ketua Cabang Paya Besar
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat awal tentang hasrat bertanding di dalam apa jua jawatan, boleh emailkan kepada kami di zek_riy@yahoo.com  untuk dimuatkan di dalam blog ini.


Friday, March 28, 2014

YB LEE CHEAN CHUNG SAHKAN BERTANDING KETUA CABANG INDERA MAHKOTA

Persoalan siapa yang bakal bertanding di Kerusi Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota sedikit sebanyak telah terjawab.  Kerusi ini agak lama dikosongkan setelah penyandangnya Azan Ismail dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Terengganu, maka semenjak itu ia dipangku Lee Chean Chung yang kini adalah Adun Semambu.

YB Chean Chung sewaktu bertemu dengan ahli-ahli Kg Padang dan Taman Impian
Melalui FB YB Lee Chean Chung, semalam sewaktu perjumpaan dengan Ahli KEADILAN Kg Padang dan Taman Impian di Indera Mahkota, beliau telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota.  Apa yang menjadi perhatian sekarang, adakah beliau akan dicabar atau telah ada kompromi bagi mengelakkan pertandingan?

Ramai yang beranggapan akan ada pertandingan di jawatan tersebut.  Ramalan dari beberapa pemerhati, kemungkinan Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman juga bakal bertanding merebut Kerusi Ketua Cabang Indera Mahkota.  Ada perkhabaran turut menunjukkan minat bertanding di jawatan tersebut adalah Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Sdr Razali Alias.

Apa yang menariknya, sehingga kini tiada kempen yang ketara dari mana-mana pihak kerana ketiga-tiga tokoh berkenaan dikatakan mempunyai hubungan yang begitu baik dan sudah tentunya jika ada pertandingan sekalipun ia hanyalah sekadar meraikan demokrasi yang bersih.  

Walau bagaimanapun, terdapat juga ramalan bahawa satu kompromi telah dipersetujui bagi mengelakkan pertandingan di jawatan tersebut.  Apa pun, kita tunggu pada hari penamaan calon nanti.  

Kepada mana-mana individu yang ingin menawarkan diri untuk bertanding di mana-mana Cabang, anda boleh emailkan kepada kami untuk kami hebahkan melalui blog resmi parti.  Emailkan terus kepada zek_riy@yahoo.com


Monday, March 24, 2014

KEMENANGAN WAN AZIZAH - TAHNIAH JENTERA PKR PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Presiden, Datin Seri Wan Azizah kerana berjaya memenangi PRK Dun Kajang yang telah diumumkan malam tadi dengan menewaskan calon BN dari MCA, Mei Fun dengan majoriti 5, 379 undi.

Datin Seri Wan Azizah yang mendapat undi sebanyak 16, 741 manakala calon dari BN hanya mendapat 11, 362 menunjukkan walaupun berdepan dengan seluruh jentera kerajaan termasuk media mereka, sokongan kepada PR amat membanggakan.  Majoriti yang sedikit merosot memang mulai dirasakan apabila menghampiri waktu tamat mengundi peratusan yang keluar mengundi juga merosot berbanding PRU 13 yang lalu.  Namun paling membanggakan kemenangan ini adakah banyak dibantu oleh sokongan golongan muda dari semua kaum.

Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera KEADILAN Pahang yang ditugaskan beroperasi di Daerah Mengundi Kota Cheras di mana berjaya menyapu bersih kesemua kawasan peti undi dan menawan beberapa kawasan peti undi yang tewas pada PRU 13 yang lalu.

Di bawah Pengarah Jentera, YB Fuziah Salleh bersama seluruh jenteranya yang beroperasi di Taman Damai Jaya, Batu 9, Cheras, mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi membantu kemenangan Datin Seri Wan Azizah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu gerak kerja bersama KEADILAN Pahang termasuk rakan-rakan dari PR, warga tempatan yang juga banyak membantu kami srpanjang kempen dijalankan.

Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi untuk terus kita memperjuangkan reformasi di dalam negara kita.

Friday, March 21, 2014

Himpunan Reformasi 2.0 bantah keputusan kes Anwar malam ini

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui Pilihan Raya Umum ke-13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.


Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU 13, mereka menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji ‘Rakyat Didahulukan’ dicemari tanpa ehsan.

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui – #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada malam ini, 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjukkan kekuatan.

Penjelasan mengenai kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi oleh Anwar dan Karpal sendiri selain Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

 
 
SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit Reformasi 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya – bersama himpunan gergasi 1 Mei di medan jalan raya.

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu “Bersama Srikandi Masa Depan Negara” yang bermula jam 5 petang. Turut bersama dalam program 5 petang ialah YB Nurul Izzah Anwar, YB Rodziah Ismail, YB Kashturi Pato, YB Elizabeth Wong, Aishah, Aiman Athirah, Cikgu Mala, YB Fuziah Salleh, YB Dr Siti Mariah dan YB Hannah Yeoh.

Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard
Pengasas SAMM

Thursday, March 20, 2014

DOA DAN HARAPAN "PRAY4MH370" DI ECM KUANTAN

Malam tadi (19/3/2014) bertempat di ECM, Kuantan telah diadakan Majlis Mengingati dan Mendoakan Keselamatan (Pray For MH370) mangsa-mangsa dan krew pesawat MH370 yang masih hilang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Adun Teruntum, YB Sim Chong Siang, manakala PKR Negeri Pahang pula diwakili oleh Ketua Penerangan PKR Negeri, Sdr Razali Alias.  Majlis tersebut adalah bagi menzahirkan rasa sedih dan dukacita di samping mendoakan agar tragedi malang ini berakhir dengan penemuan kembali pesawat beserta kesemua penumpang dan Krew di dalam keadaan selamat.

Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam oleh Jurufoto, Sdr Zul.

Adun Teruntum, YB Sim sedang memerhatikan seorang kanak-kanak menulis kata-kata semangat dan doa terhadap tragedi ini
YB Sim bergambar bersama mereka yang terlibat menjayakan majlis ini
Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan PKR Pahang (Kiri Sekali) turut hadir




Sunday, March 16, 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370 - HATI-HATI DENGAN EJEN MUSUH YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Sudah seminggu tragedi Pesawat MH370 yang gagal dikesan menjadi bahan berita media dunia.  Di dalam kita bersedih dan berdukacita dengan tragedi malang itu, kita disajikan juga dengan kisah lawak bodoh dan khurafat oleh Tok Bomoh Tikar Terbang.  Media dunia turut menjadikan kisah karut itu sebagai bahan lawak media mereka, mungkin untuk menghiburkan hati yang duka buat seketika.

Apa pun perbuatan memalukan itu sewajarnya dipertanggungjawabkan kepada kerajaan Umno/Bn.  Samada bomoh khurafat itu diupah atau tidak oleh mereka, yang pasti lokasi KLIA bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh orang awam untuk aktiviti mereka apatah lagi bertujuan mengamalkan Khurafat di saat satu dunia meratapi peristiwa sedih pesawat yang hilang.  Buktinya, Solat Hajat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor yang telah diadakan di KLIA bagi memohon bantuan Allah menemukan pesawat yang hilang itu telah menarik perhatian pihak Polis untuk membuat siasatan.  Peliknya, sewaktu tim bomoh khurafat berkenaan melakukan amalan lawak tikar terbang di situ, tiada masalah pula.  

Ini jelas menunjukkan bomoh berkenaan telah mendapat restu dari pihak berkuasa.  Berkenaan tragedi pesawat yang masih hilang ini, kita ingin mengingatkan kepada Kerajaan agar berhati-hati di dalam menerima bantuan pihak luar.  Kita bimbang sekiranya pihak luar mengambil kesempatan dari permasalahan ini untuk mereka menyusup masuk ke negara kita bagi mendapatkan sesuatu yang akan menjejaskan keselamatan negara kita.

Kami menyokong sepenuhnya apa jua tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencari pesawat berkenaan tetapi di dalam masa yang sama jangan abaikan aspek keselamatan negara kita.  Jangan kita gadaikan keselamatan rakyat dan negara ini hanya kerana merintih simpati dan bantuan dari pihak asing.  Di dalam memohon bantuan, apa yang penting kita mesti kenal siapa kawan dan musuh kita.  Perisikan negara kita harus sentiasa berwaspada dengan semua langkah yang pihak luar ambil walaupun mereka menggunakan alasan untuk membantu mencari pesawat berkenaan.
 
Marilah kita berdoa agar Allah mempermudahkan usaha-usaha mencari dan menyelamat ini.   

Thursday, March 13, 2014

WAN AZIZAH AKAN HUKUM NAJIB YANG TELAH MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA

Pencalonan Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon mewakili PR di PRK Dun Kajang sebenarnya amat tepat sebagai 'hukuman' ke atas kerakusan dan kezaliman rejim Umno/Bn yang tidak pernah berhenti dari bersifat sombong dan angkuh.
 
 
Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan selanjutnya pula kes melibatkan Karpal Singh, seterusnya nanti, satu demi satu rejim akan terus bertindak untuk mengekalkan kuasa diktatornya.  Memang wajarlah dunia luar semakin jijik melihat rejim 47% ini memerintah negara kita.  Tambahan pula berlaku tragedi kehilangan pesawat MH370 yang jelas membuktikan negara kita gagal samasekali menentukan aspek keselamatan.  Amat memalukan kita. 
 
Di dalam kes Dato' Seri Anwar, Timbalan pengarah Human Rights Watch di Asia, Phil Robertson, telah berkata bahawa perbicaraan Anwar adalah demi menamatkan kerjaya politik beliau dan kerajaan bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan itu terjadi.

 
 
Sementara itu, International Commission of Jurists (ICJ) mengutuk pensabitan Anwar sebagai kegagalan dalam melaksanakan keadilan, sambil mengatakan bahawa ia menimbulkan syak-wasangka terhadap kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia serta mencemarkan reputasi sistem undang-undang negara. ICJ juga mengulas pensabitan Karpal dengan berkata bahawa keputusan tersebut menunjukkan kurangnya hormat kerajaan terhadap kebebasan bersuara dan ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa. 
 
Di dalam negara, kes-kes ini telah mengundang kutukan hebat daripada oraganisasi seperti Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty, yang mengatakan bahawa pensabitan tersebut menguatkan kembalinya pentadbiran otoritarian dan kuku besi serta mendedahkan kelayakan palsu Najib Razak sebagai seorang reformis. 
 
Wajah rejim semakin jelas di mata rakyat.  Sehubungan itu, meletakkan Datin Seri Wan Azizah di Kajang adalah untuk menghukum sang Penguasa yang zalim ini.  Bn wajib dikalahkan di Kajang dan kekalahan Bn mestilah lebih teruk dari sebelum ini agar diktator faham bahawa sudah sampai masanya rakyat bersabar dengan tingkah laku yang menjolok mata oleh diktator.