KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN - MPN PAHANG




Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh Ahli Majlis Pimpinan Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat , semoga keberkatan Ramadhan tahun ini akan menyuntik semangat kita untuk terus memperbanyakkan amalan kepada Allah di samping memperkuatkan saf perjuangan kita.

Di dalam kita berebut-rebut memperbanyakkan amalan kita di Bulan yang mulia ini, kita jangan lalai dari terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita di dalam wadah perjuangan Parti KEADILAN ini bagi menentukan ketidakadilan dan kezaliman sang Penguasa akan dapat dihentikan.  Perbetulkan Nawaitu kita di dalam setiap langkah yang kita lakukan iaitu untuk melaksanakan perintah Allah yang mewajibkan kita sebagai umat Islam bangun menentang kezaliman.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.




Monday, July 8, 2013

MINGGU PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG - WAKIL KEADILAN TIDAK MENGHAMPAKAN

Bermula 01 Julai 2013 yang lalu, bermulalah tugas kesemua Adun dari Pakatan Rakyat di Negeri Pahang untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang.  Terdapat dua Adun mewakili KEADILAN di dalam Dun iaitu Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, YB Sim Chong Siang.

Bersama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, kesemua Adun dari KEADILAN setakat ini telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik.  Meskipun kedua-dua Adun dari KEADILAN tersebut tidak berpengalaman berada di dalam Dun, namun mereka begitu banyak pengalaman di luar khususnya di dalam tugas-tugas membantu permasalahan rakyat.  

YB Lee Chean Chung - Adun Semambu
YB Lee Chean Chung, Adun Semambu memang dikenali begitu aktif bergerak mendekati para penduduk di sekitar Indera Mahkota tidak mengira kaum dan agama.  Kepetahan beliau bertutur di dalam bahasa Melayu mrmudahkan beliau berinteraksi dengan masyarakat yang majoritinya berbangsa Melayu di kawasan Semambu yang diwakilinya.  Justeru itu, tidak menjadi masalah besar buat beliau untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasannya apabila berpeluang berucap di dalam Dun.

YB Sim Chong Siang - Adun Teruntum
Adun Teruntum pula, YB Sim Chong Siang sememangnya amat dikenali khususnya di kawasan Parlimen Kuantan.  Beliau sebelum ini begitu lama berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Bahkan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan itu sebelum PRU 13 lagi seolah-olah menjadi rumah kedua buat YB Sim Chong Siang.  Maka, amat tepat sekali kali ini beliau diberi peluang bertindak sendiri sebagai Adun Teruntum bukan lagi pembantu kepada YB Fuziah Salleh yang terus dikekalkan di Parlimen Kuantan.  Komitmen Adun Teruntum ini sebenarnya banyak meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh YB Fuziah Salleh.  Begitu juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung telah banyak membantu Ahli Parlimen Indera Mahkota yang baru iaitu Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Rakyat sememangnya mengharapkan kedua-dua wakil mereka di Dun Semambu dan Teruntum akan bekerja keras demi kebajikan rakyat.  Kawasan Kuantan dan Indera Mahkota boleh dikatakan kawasan elit namun tidak bermakna tiada penduduk di sekitar kawasan ini yang berada di dalam kesempitan serta memerlukan perhatian dari Wakil Rakyat mereka.  Ini lah cabaran buat kedua-dua Adun kita.


Saturday, July 6, 2013

SELINGKAR KISAH DARI YB USTAZ ROSLI JABBAR DARI DUN PAHANG

Sedikit sedutan perbahasan dewan:

Pada 3 julai, YB Andansura(PAS) berucap ketika memohon laluan dari YB Leong (DAP), YB Andansura menjelaskan tentang perpaduan dalam PR yang terdiri dari pelbagai kaum, tiba-tiba bangun YB Pulau Tawar mencelah menuduh bahawa PAS Munafiq sambil mengangkat kertas amanat Hj Hadi, beliau sifatkan PAS Munafiq sebab berkawan dengan DAP.


YB Ustaz Rosli - Adun Tanjung Lumpur
Saya bangun dan tidak dibenarkan menjawap, sehinggalah pada hari semalam 4 Julai, saya dibenarkan untuk berucap membahas titah ucapan diraja, ketika saya sedang berucap berkaitan dengan rumah PPRT, YB Pulau Tawar sekali lagi bangun menganggu dan mengatakan orang yang lawan Ulil Amri tak perlu bagi bantuan, belumpun saya menjawabnya MB Pahang bangun dan berucap "tak payah bincang lah pasal ulil Amri, tu semua pembohong je, kita sekarang ni nak bantu orang miskin" lega jugak sebab MB dok bela saya, YB Pulau Tawar diam seribu bahasa.

Saya menyambung ucapan dan meminta supaya isu amanat TGHH dan Ulil Amri didebatkan, sebab ini adalah isu agama yang memerlukan masa dan adab saya bersedia untuk berdebat dengannya pada bila-bila masa dan tempat. Saya diarahkan untuk duduk.

YB Andansura juga sempat membuat ucapan dan banyak menyentuh tentang isu alam sekitar dan menegur beberapa salahlaku berkaitan projek yang menyukarkan rakyat, kelihatannya YB YB BN tekun mendengar ucapannya dan tiada yang mengganggunya dan ucapannya mendapat credit pujian dari MB Pahang, sewaktu saya keluar saya mendengar perbualan dari YB UMNO yang memuji ucapan YB Andansura..Tahniah sahabatku./FB YB Us Rosli

* YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar adalah Adun Tanjung Lumpur, Kuantan dari PAS.

Anwar kecam penggulingan Morsi oleh tentera Mesir

KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Mesir menggulingkan Presiden yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Dalam satu kenyataan, Anwar mengulas konflik terbaharu di Mesir yang menyaksikan presidennya, Mohammed Morsi digulingkan  tentera, pagi semalam.
“Setiap negara yang mengiktiraf demokrasi berperlembagaan mesti mengecam tindakan yang tidak berperlembagaan dan tidak demokratik dalam meraih kuasa.
“Tindakan pihak tentera di Mesir merupakan satu tamparan hebat terhadap Kebangkitan Arab. Apa pun matlamat mereka, ia tidak sekali-kali menghalalkan cara.
“Pemimpin yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil tidak sepatutnya diturunkan dengan cara sebegitu,” ujar Anwar dalam satu kenyataan.
Morsi merupakan Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi Jun tahun lalu selepas jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir, bagi menumbangkan Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun.
Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari menunjuk perasaan. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpin tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.
Namun, selepas setahun Morsi dipilih secara sah oleh rakyat, tentera Mesir pula bertindak menggulingkannya.
Ketua angkatan tentera Andel Fattah al-Sisi pada 4 Julai lalu mengeluarkan satu deklarasi menggantung perlembangaan yang membawa kepada menyingkir Morsi.
Beliau juga melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara yang berperanan sebagai Presiden sementara bagi Mesir.
Puluhan rakyat Mesir dilapor terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan di beberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Morsi.
Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi./KD

Friday, July 5, 2013

VIDEO - UCAPAN YB FUZIAH SALLEH BERKAITAN ISU SPR DAN LYNAS

“Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia telah ‘berpakat’ dengan Lynas kerana kenyataan yang bercanggah berhubung bahan buangan sisa toksik radioaktif.
Fuziah membandingkan kenyataan media Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Menurut Fuziah, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menyatakan Lynas wajib mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia.
“Maksudnya AELB dan Mosti berkata, sisa mesti dikeluarkan daripada Malaysia. AELB menyatakan Lynas telah memberi surat terima untuk mengeluarkan sisa daripada Malaysia,” kata Fuziah di Dewan Rakyat hari ini.
Namun menurut Fuziah, dalam syarat Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) Lynas perlu menyediakan tapak pelupusan sisa kekal (PDF) dalam masa 10 bulan.
Justeru Fuziah menyimpulkan, berdasarkan syarat tersebut, tapak pelupusan sisa kekal berada di negara ini.
“Bila kita tanya dimana tapak PDF, ia tidak diberitahu. Kalau (sisa) kena bawa keluar negara, ia perlu dibawa keluar negara.
“Sekarang, timbul laporan daripada Lynas untuk mengitar semula sisa dalam bentuk baja, nak buat jalan, nak buat gypsum boards.
“Ini bercanggah dan berbeza. Rakyat Malaysia dan Kuantan khususnya perlu tahu. Apa yang sebenarnya berlaku. Kerajaan dah ‘pakat’ dengan Lynas?, soal Fuziah. /KD